Bil 70/2011 Produk Golden Churn Creamery Butter

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.


Dalam perjalanan pagi ini, salah satu tajuk akhbar Sarawak yang dikongsi oleh juruhebah ialah mengenai ketidakhalalan (TIDAK HALAL) mentega jenama Golden Churn Creamery Butter keluaran New Zealand kerana mengandungi DNA babi. Ini telah disahkan oleh Majlis Islam Sarawak dan status kewujudan DNA babi ini telah diterima dari Jabatan Kimia Malaysia pada 19 Julai 2011.


Ramadhan akan menjelang dalam sehari dua lagi, dan menjadi kebiasaan, walaupun belum Ramadhan, atau baharu sahaja berpuasa Ramadhan, umat Islam telah mula sibuk dengan pelbagai kek dan biskut. Semoga kita sentiasa ingat bahawa salah satu bahan utama yang digunakan selama ini telah disahkan sebagai tidak halal. Carilah ‘alternatif’ lain. Elakkan benda yang haram.

Salam Ramadhan. Semoga ibadah kita diterimaNya.





Tambahan. Upload pada 4 Ogos 2011

16 Response to "Bil 70/2011 Produk Golden Churn Creamery Butter"

  1. Masya-Allah cikgu... kakak pernah guna butter ini.:(

    Terima kasih dgn info yg baik ini dan kakak mohon copy paste utk disebar di surau tempat kakak. Sekali lagi terima kasih cikgu...

    Selamat menyambut ramadhan al-mubaraq:)

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    TQ Kakzakie.
    Sebelum ini memang ada juga timbul isu GC ini yang dikatakan sekejap halal dan sekejap haram. Sebenarnya kajian yang mendapati tiada DNA babi pada satu sampel sahaja, tidak dihebah kepada awam kerana masih lagi dalam siasatan dan penyelidikan tetapi maklumat telah 'bocor' juga.

    Kajian terkini yang dikeluarkan keputusannya 28.7.2011 oleh MIS menyatakan ada DNA babi dan haram hukum pengambilannya bagi umat Islam. Sila rujuk
    http://www.theborneopost.com/2011/07/28/pig-dna-in-golden-churn-creamery-butter/

    TQ

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip rendahkan lowered kereta

    Butter jenama “Golden Churn Creamery Butter” dari New Zealand / Australia.

    Rasanya butter nih banyak digunakan dalam bahan ramuan roti, kek dan pastri Kat pasaraya pun kalau tak silap berlambak. Jakim telah membatalkan pengiktirafan Halal yang diberikan sebelum ini setelah siasatan mendapati terdapat kandungan DNA babi dan tidak boleh digunakan oleh umat Islam sehingga ada maklumat terbaru.

    Nora says:

    Bagus Jab Agama Sarawak, berani keluarkan kenyataan. Jab Agama Johor, keluar memo pas tu senyap jek.

    Queenie says:

    Assalamualaikum cikgu,

    bebaru ni kan Jakim dah keluarkan kenyataan ttg halal butter tu? apa citer?
    jakim tu tidur kekenyangan ker?
    marah betul saya dgn sikap diorang nih!

    Admin P@P says:

    Salam, Afzainizan dan Nora. Itu berita terkini untuk info bersama. Haraf kita akur dengan keputusan tersebut, selagi tiada pembatalan.

    TQ

    Admin P@P says:

    W/salam Queenie.
    Itulah yang menjadi tandatanya kepada kita. tapi berita terbaharu yang dikeluarkan Majlis Islam Sarawak, memang telah sah ada DNA babi dalam kandungannya.

    Semoga Allah ampunkan kelalaian kita selama ini, kalau GC tersebut ada bercampur dengan DNA itu. Tapi tidak semestinya GC tersebut tidak suci selama ini kerana ada kemungkinan ia hanya berlaku mutaakhir ini... Wallahu a'lam.

    TQ

    nahmy says:

    assalamualaikum, walau duduk di negara islam nampaknya kita masih perlu berhati-hati dlm bab memilih makanan, salam Ramadhan 1432H utk cikgu sekeluarga.

    كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum. Nahmy dan ckLah.
    Selamat beribadah puasa Ramadhan, semoga mendapat keredhaanNya.

    TQ

    Ramadan bulan yg mulia..
    Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    Ucapan Selamat Berpuasa & berbuka

    yuppp dah ceck balik mmg dalam proses identiti sebenar ... kena stopkan dulu

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Seharusnya kita patut punya makmal untuk membuat kajian tentang makanan dari luar yang tidak mempunyai label HALAL dan mengesahkan ia samada halal atau tidak.

    Selamat berpuasa cikgu...

    Salam ramadhan al mubarak,

    Selamat menjalani ibadah puasa.
    Selamat menyambut lebaran bakal tiba.
    Maaf zahir dan batin.

    tq atas info... nasib baik la mende2 cenggini gua jarang layan huhuhu

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
    ”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip periksa kerosakan san servis radiator

    ooohhh dah disahkan JAKIM mengandungi DNA Babi.... jangan beli

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih kepada rakan sekalian yang berkongsi pandangan. Semoga kita dalam peliharaan Allah swt.

    Selamat beribadah di bulan Ramadhan.

    TQ

Powered by Blogger