Bil 66/2011 Bicara Al-Quran
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Teringat zaman kanak-kanak dan remaja, apabila tiba bulan Ramadhan, selain makanan yang enak semasa berbuka dan solat sunat tarawikh selepas isyak, saat yang ditunggu-tunggu ialah Musabaqah Tilawah al-Quran. 'Dulu-dulu' Malaysia merupakan 'juara' dalam mendendangkan alunan al-Quran yang tiada taranya seantero dunia. Dan dulu-dulu juga kita akan diperdengarkan dengan bacaan peserta luar negara yang 'menimbulkan rasa belas' kita apabila mendengarnya. Tiada alunan tarannum selain suara yang 'tiada merdu'nya serta tajwidnya yang kurang memuaskan.
Zaman berubah dan suasana telah jauh berbeza dari dahulu. Teringat pepatah 'Lain ulu lain parang, lain dahulu lain sekarang'. Sekarang seperti sudah ada kesedaran bahawa peluang bertarawikh yang hanya kunjung tiba sekali setahun telah dimanfaatkan dengan sebaiknya. Musabaqah (pertandingan) telah di'rebranding' dengan Ujian Tilawah, dan dikelolakan sebelum tibanya Ramadhan. Para peserta juga telah jauh lebih baik dari segi suara, tarannum dan tajwid. Malaysia tidak lagi boleh mendabik dada dan seringkali juga negara-negara luar yang dinobatkan sebagai pemenang.
Kita juga berbangga dengan langkah saluran TV yang memperkenalkan Akademi al-Quran selain Akademi Fantasia. Agaknya untuk menyeiringkan dunia dan akhirat? Tetapi yang baik tetap kita sokong dan berbangga.
Bagaimana pula kita yang tidak terlibat dengan Akademi al-Quran atau Ujian Tilawah sama ada peringkat kebangsaan atau antarabangsa? Adakah kita membaca al-Quran? Atau adakah kita membacanya secara konsisten, bukan semata-mata semasa bulan Ramadhan sahaja? Berapa kali kita sudah khatam al-Quran tersebut? Tips yang diberikan guru saya semasa di alam persekolahan, bacalah al-Quran setiap kali selepas solat fardhu. Baca 2 helai bersamaaan dengan 4 mukasurat. Sehari satu juzuk, sebulan khatam sekali, setahun khatam 12 kali. InsyaAllah. Atau kalau tidak kesempatan, bacalah sekurang-kurangnya satu mukasurat sehari. Lakukan tanpa gagal, insyaAllah 'rohani' kita tidak akan kelaparan.
Semoga kita dapat beramal dengannya. Sekian.
Setiap hari ketika anda dalam perjalanan ke tempat kerja, saya pasti ramai yang akan mendengar celoteh DJ di stesen radio kegemaran. Mendengar lagu-lagu terkini sambil menghadapi kesesakan jalan raya yang setiap hari anda perlu lalui. Sekali sekala anda tergelak mendengar celoteh DJ yang melawak.
Apa salahnya jika anda mulakan kehidupan anda dengan satu perubahan yang baru. Jika sebelum turun dari rumah untuk menuju ke tempat kerja, anda bacalah Al-Quran dalam 10 ayat sebagai mengisi waktu pagi dengan keberkatan. Tetapi saya pasti adakalanya anda agak sukar untuk mengisi waktu ini dengan aktiviti baca Al-Quran. Namun anda masih berpeluang mendengar bacaan Al-Quran.
Jika setiap hari anda boleh mendengar lagu-lagu terkini dari radio, tiada salahnya juga anda mula mendengar Al-Quran ketika anda memandu dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Bukan sahaja hati anda lebih tenang, bahkan Allah berikan pula ganjaran pahala
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta
marilah rapatkan diri pd Quran, satu dgn membacanya secara lisan, dua membacanya dgn hati dan tiga membacanya dgn anggota (yakni mengamal apa yg didlmnya). selamat menyambut Ramadhan cikgu....
Assalamualaikum.
Semoga al-Quran sentiasa di hati kita.
Baca, faham dan amalkan. InsyaAllah.
TQ perkongsian.