Bil 100/2012 PM Kita

Assalamualaikum.


Terkial-kial juga saya nak buat posting kali ini. Ada perubahan yang memerlukan penerokaan dan belajar semula, ditambah pula dengan talian internet yang tidak begitu stabil.

Antara berita yang menarik dalam minggu ini yang berlaku di Sarawak ialah kehadiran PM ke Sibu, seterusnya ke Kabong dalam usaha mendekati masyarakat dan pelbagai etnik dalam negara Malaysia. Apa yang lebih menggembirakan rakyat di kawasan Parlimen Saratok ialah peruntukan sejumlah RM26.45 juta bagi pelaksanaan 5 projek dalam masa terdekat.

Semoga negara kita tetap aman sentosa dan kaya raya agar kekayaan itu dapat dikecapi semua negeri dalam Malaysia. Saya teringat di zaman persekolahan, malah masih lagi berlaku sekarang di mana apabila melibatkan Sabah dan Sarawak, maka akan ada penggunaan perkataan kumulatif TERMASUK.

Semuanya akan menikmati nikmat kekayaan dan keamanan dalam negara kita TERMASUK Sabah dan Sarawak.

Salam dari Admin P@P.

Bil 99/2012 Pesta Benak Sri Aman

Assalamualaikum.



Semalam (7 April 2012) saya sekeluarga sempat juga ke Sri Aman untuk melihat secara dekat peristiwa-peristiwa di sekitar Pesta Benak Sri Aman. Acara ini berlangsung dari 6 hingga 8 April dan di jangka dikunjungi lebih 50 ribu orang.

Memang penuh sesak bandar Sri Aman ketika pesta ini. Jalan banyak yang ditutup, selain aliran di jalan yang dibenarkan adalah sesak dan padat. Kereta diletakkan di merata-rata. Stesyen utama tempat melihat peristiwa benak tidak dapat dihampiri. Lautan manusia tidak dapat ditempuhi. Gerai-gerai memenuhi kawasan berhampiran tebing sungai juga penuh. Dek kerana lemas dalam lautan manusia maka saya tidak teringat nak mem'foto' suasana ini, tambahan kena mengawal dan menjaga ahli keluarga agar tidak terpisah antara satu sama lain.

Powered by Blogger