Bil 63/2011 Bicara Al-Hijrah
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah, berkesempatan 'update' blog P&P malam ini. Pagi esok rutin seperti biasa akan diulangi lagi. Seawal 6.10 pagi telah meluncur di jalanraya, kadang-kadang 'sesak' dan kadangkala lengang, 'menghantar' anak-anak. Menghala ke SMK memakan masa dalam 15 minit, berpatah balik menuju ke 'nurseri' dan tadika memakan masa dalam 15 minit juga. Meneruskan lagi perjalanan ke SK memakan masa 10 minit. Dari SK ke tempat kerja memakan masa 30 hingga 40 minit bergantung kepada keadaan trafik. Itu cerita di pagi hari...
Pagi ini (Ahad) sempat juga menonton Astro Al-Hijrah, satu saluran baharu yang bercorak kerohanian dan dakwah. Alhamdulillah. Dalam kelas ibadat (kalau saya tidak sila) pagi ini membicarakan berkaitan iktikad dan keislaman. Dalam satu 'klips' yang dipertontonkan, saya sedikit keliru kenapa satu 'babak' luar negara berkaitan 'pengislaman' dipertontonkan. Pada saya kesimpulannya ialah lafaz pengislaman itu menggunakan 3 kalimah syahadah iaitu syahadat tiada tuhan selain Allah, syahadah nabi Muhamad pesuruh/rasul Allah, dan tambahan syahadah saidatina Aisyah...
Setahu saya hanya 2 kalimah syahadah iaitu persaksian kita (muslim) bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah, dan persaksian bahawa nabi Muhamad adalah pesuruh/rasul Allah. Sepatutnya situasi yang agak mengelirukan ini tidak ditayangkan kepada kita di Malaysia yang berpegang dengan Mazhab Assyafie. Dan sesungguhnya ke empat-empat mazhab juga tidak mengajar 3 kalimah syahadah. Dan kalau mahu ditayangkan juga, perlulah diberi penerangan agar penonton 'jelas' dengan apa yang diperlihatkan itu.
Sekadar perkongsian dan mengharapkan pandangan balas dari rakan-rakan yang lebih arif dalam hal ini.
Mungkin ada lagi penerangan lanjut, saya juga tak berapa pasti mengenainya....harap ada yang tampil memberi penerangan.
salam, saya juga tertunggu2 siapa yang boleh membantu menerangkan
yg gua tau, syahadah orang syiah je yang lain, tapi x tau la mazhab lain camne pasal ni bukan bidang gua...
kalo syiah itu bukan mazhab, itu agama lain...
assalamualaikum..
ia boleh mengelirukan..semoga dapat dijelaskan oleh penerbit rancangan itu nanti
Assalamualaikum...
Pertama kalinya saya dengar perkara ni. Insya Allah akan saya rujuk kepada guru saya..
assalamualaikum. saya pun br pertama kali dgr. yg saya tahu syiah saja yg suka menambah yg bukan2...wallahualam. kita tunggu jwp dr syeikh Abd Razak
Assalamualaikum cikgu...
kalau kita selusuri sirah sebenar Rasulullah saw...ada beberapa cerita yg tidak enak ttg saidatina Aisha, jgn salah faham ya...beliau memang isteri Rasulullah saw dan sudah pasti dijamin tempatnya di syurga namun semasa hayatnya beliau juga tidak terlepas dari perasaan cemburu kepada Fatimah dari segi kedudukan Fatimah yang lebih mulia di sisi nabi dan Allah dibandingkan dirinya (aisyah)...
kisah yang tuan tonton itu sangat serius tapi saya percaya ramai ulamak masakini akan tutup mulut dan mendiamkan diri...
saya lebih berpegang atas apa yang Rasulullah wasiatkan kepada saidina Ali as...tapi sekelompok syiah yang keterlaluan telah menjahanamkan kebaikannya... bgitupun Allah swt sentiasa memelihara keturunan Muhammad saw sampai hari kiamat....
kalau ada kelapangan cikgu carilah riwayat sebenar Ali...mengapa hanya beliau sendirian yg menguruskan jenazah mulia nabi dgn pertolongan malaikat...dan Allah menutup mata kesemua isteri2 baginda dari melihatnya...sedar2 semuanya dah selesai...
tak ada perkara yang lebih menyebakkan dada saya dari mengikuti perjalanan riwayat hidupnya (Ali as)...sampai saat ini masih menitiskan airmata....
Rasulullah saw sendiri bersabda bahawa gedung sgala ilmu adalah Ali...jadi marilah kita cari kebenarannya...
Assalamualaikum.
Terima kasih kunjungan dan perkongsian dari rakan sekalian.
Semoga perkongsian ini mendatangkan banyak faedah dan manfaat bagi kita.
TQ