Kesopanan



Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk mengemaskini ruangan P&P. Tugas sebagai pendidik yang sentiasa sibuk dan ‘menyibuk’ menyebabkan ruangmasa agak terhad untuk mengisi laman ini.

Telefon Bimbit di sekolah: Penguatkuasaan



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Saya terbaca dalam Utusan Online baru-baru ini berkaitan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar-pelajar sekolah, di sekolah. Setakat ini saya pasti belum ada pekeliling yang membatalkan larangan penggunaan telefon bimbit yang dikuatkuasa  melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009 bertarikh 25 Mac 2009. Adakah pihak sekolah menghadapi tekanan tertentu sehingga gagal menguatkuasa peraturan yang telah ditetapkan kerajaan ini. Atau adakah kerana sikap tolak ansur, atau adakah kerana ‘takut’kan ugutan dari pelajar dan ibubapa…

SK Ulu Lubai Sarawak: Simbol Kecemerlangan Sekolah Pedalaman



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Sungguh gembira apabila mendengar berita melalui radio beberapa hari lepas apabila sebuah sekolah di pedalaman Sarawak telah dinobat sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. Kalau sebelum ini kita selalu mendengar sama ada suara-suara guru luar pedalaman atau suara-suara ‘politik liar kedai kopi’ mencemuh guru-guru di pedalaman, yang seolah-olah tiada usaha untuk mengubah ‘label’ murid pedalaman lembab atau bodoh. Antara usaha terbaik kerajaan ialah menganugerahkan ‘elaun P1, P2 dan P3’ kepada guru-guru pedalaman sebagai penyuntik semangat agar mereka terus kekal di sekolah tersebut dan berusaha lebih lagi untuk membuktikan bahawa mereka adalah contoh guru-guru Malaysia yang terbaik, mampu mengubah persepsi masyarakat bahawa murid di pedalaman juga mampu dan boleh meraih kejayaan sepertimana rakan-rakan mereka di bandar.

Benarkah Kita Mencintai Rasulullah saw.?



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Persoalan sama ada kita benar-benar mencintai Rasulullah saw sepatutnya sentiasa berlegar dalam pemikiran kita. Dengan ini kita akan sentiasa berusaha melaksanakan segala perintah dan larangan agama melalui pelaksanaan dan amalan wahyu yang beliau telah sampaikan. Sering juga umat Islam mengaku mencintai Rasulaullah saw, tetapi dalam masa yang sama gagal menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim mukmin, sebagaimana yang telah digariskan oleh baginda. Daripada cara pemakaian pakaian yang tidak mengikut garis panduan syarak sehinggalah kepada penunaian kewajiban menyembah Allah sebagai Tuhan sekalian alam, umat Islam sering tersasar dan leka.

Hari Kekasih ?



Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Hari Kekasih atau Valentine’s Day sudah sinonim dengan remaja seluruh dunia termasuk Malaysia. Tarikh 14 Februari menjadi tarikh yang keramat bagi pasangan muda mudi ini untuk menunjukkan kasih sayang dan membuktikan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Persoalan yang timbul ialah sejauhmana ‘menunjuk’ dan ‘membukti’ ini selari dengan ajaran Islam dan bebas dari hal-hal yang ditegah, dilarang serta diharamkan. Realitinya pergaulan bebas, pakaian yang tidak sesuai, tempat yang boleh mendatangkan syak, serta semata-mata mengikut budaya atau amalan agama selain Islam, itu yang lebih menonjol.

Saman ke lima dari PDRM



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Khamis 10.2.2011 dalam pemanduan balik, saya melalui satu sekatan oleh PDRM. Pada saya tiada apa yang hendak di’takut’kan dalam sekatan seperti itu. Lagipun ini bukan kali pertama saya melaluinya. Pada saya semuanya dalam keadaan baik dan ‘terkawal’, lesen ada, cukai jalan ada, lampu semua berfungsi terutama lampu brek ke tiga, talipinggang ada terpasang, tidak menggunakan telefon bimbit sambil memandu, dan tiada ubahsuai pada ‘ekzos’ yang mengeluarkan bunyi yang bingit.

Solat Berjamaah



Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Semasa berdiri menunggu rakan bagi melengkapkan saf untuk solat fardhu zohor hari ini, rakan ustaz secara spontan dan bernada seloroh menyebut; “Solat berjamaah ni, boleh juga kita buat di rumah. Tapi seeloknya buatlah di masjid atau surau. Buat di rumah dapat juga 27. Buat di masjid atau surau pun 27. Tapi bezanya macam 27 ikan bilis dan 27 ikan yu…”  Dalam sedar tak sedar sebenarnya ‘kita’ selalu ambil mudah berkaitan solat berjamaah di masjid atau surau. Kadang-kadang kita buat juga solat berjamaah, tapi di rumah. Tapi kalau difikirkan, suami solat berjamaah di masjid atau surau, isteri (dan anak-anak) dibiarkan solat di rumah, pun rasa macam tidak adil juga. Jadi, kalau sekali sekala kita raikan keluarga kita dengan solat berjamaah di rumah dan jika ada kelapangan atau keadaan yang mengizinkan (di zaman moden ini) kita bawa keluarga ke masjid atau surau, itu lebih baik (rasanyalah…) daripada langsung tak solat berjamaah atau hanya berjamaah di rumah.

Keajaiban Kurniaan Allah



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Sengaja saya mahu berkongsi maklumat bersama rakan-rakan sekalian, dari emel oleh rakan. (Sumber: Tidak diketahui).

Berfikirlah dahulu sebelum kita merosakkan tubuh sendiri dengan berbagai cara kerana tubuh kita dicipta oleh Allah dengan begitu canggih dan sangat menakjubkan. Hentikan rencana kita untuk menghancurkan diri sendiri dan mulailah menyayangi diri sendiri.

Iman dan Amal: Keyakinan



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Belek-belek berita online lewat malam tadi menemukan saya dengan satu berita yang sebenarnya terpulang kepada kita sendiri menilainya. Sama ada ia berita yang biasa, atau luar biasa, atau mengejutkan, atau tiada apa-apa yang pelik. Allah swt. telah berfirman, maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan). (Surah al-Israk: Ayat 32).

Powered by Blogger