Bil 62/2011 Bicara Tentang Taat

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Mutaakhir ini isu berkaitan taat dan ketaatan yang menjadi perbualan dan perdebatan ialah ketaatan seorang isteri terhadap suami. Bahkan 'kita' juga sering mendengar ungkapan bahawa "syurga isteri itu ditelapak kaki suami", selain "syurga di telapak kaki ibu" bagi seorang anak.

Isu yang timbul apabila seseorang mengeluarkan kenyataan bahawa seorang isteri hendaklah memberi layanan kelas pertama kepada suami. Tetapi apa yang dimusykilkan ialah seolah-olah kehidupan berpasangan itu tidak lain hanya "kepuasan seks" semata-mata, apabila disarankan seorang isteri melayan nafsu seks suami sebagaimana perlakuan seorang atau mungkin juga beberapa orang pelacur kelas atasan melayan seorang atau beberapa orang lelaki.

Lebih musykil lagi apabila dikatakan bahawa layanan kelas pertama ala-ala pelacur kelas atasan ini perlu dipraktiskan kerana dibimbangi para suami akan beralih arah atau bertukar angin memuaskan nafsu dengan perempuan simpanan, main 'kayu tiga' atau mencari pelacur (kelas atasan).

Terbayang dalam minda saya bahawa para lelaki dan para suami di bumi negara Islam sederhana Malaysia ini, begitu goyah iman mereka. Masakan tidak, hanya kerana layanan nafsu seks yang mungkin gagal mencapai piawai pelacur kelas atasan, maka mereka sanggup 'makan luar' dan mendekati maksiat. 'Tolol' sangatkah para suami ini tadi. Atau 'hebat' sangatkah mereka sehingga sanggup berbuat dosa besar semata-mata kerana nafsu seks.

Kehidupan yang bahagia secara teorinya ialah dengan menunaikan segala tanggungjawab masing-masing, baik isteri mahupun suami, dengan sebaik-baik dan seadanya. Selain itu kehidupan hendaklah dipandu oleh iman, berdasarkan al-quran dan hadis nabi. Taati Allah dan Rasul saw, wujudkan ketaqwaan dan keimanan, insyaAllah bahagia di dunia, bahagia juga di akhirat. Mafhum ayat al-quran ada menyatakan bahawa 'mereka' yang paling mulia di sisi Allah adalah sesiapa yang paling bertaqwa kepadaNya. Tiada pernyataan sama ada dalam al-quran atau dalam hadis nabi, bahawa yang paling mulia itu adalah yang kuat nafsu seks, atau paling pandai melayan nafsu seks...

Sekadar pandangan.

11 Response to "Bil 62/2011 Bicara Tentang Taat"

  1. Assalamualaikum,

    Ketaatan kita yang utama ialah taatkan perintah Allah dan Allah telah memberikan garis panduan mengenai ketaatan yang seterusnya...insyaAllah selamat dunia akhirat.

    Assalamualaikum cikgu,

    Isu inilah juga yg menjadi topik tazkirah tempat kakak. Sedih bila hidup pasangan yg perlu taat menjurus semata-mata pada kepuasan sex. Benar ia satu tuntutan hidup namun banyak soal taat yg telah diingkari tapi tidak dibongkar malah seolah-olah tidak nampak.

    Saya punya keluarga terdekat yang menganggotai Global Ikhwan dan pastinya 'isteri-isterinya' juga menjadi ahli Kelab Isteri Taat itu. Taat kepada suami memang tuntutan.... tapi saya amat tidak menerima jika layanan kepada suami diibaratkan dengan tugas seorang pelacur. Semoga para suami tidak memandang atau mendatangi isteri mereka seperti pelacur.Astagfirullah...

    Queenie says:

    Assalamualaikum cikgu,

    saya bertambah musykil ttg siapakah pencadang hal yang memalukan ini...
    tidakkah mereka boleh bezakan antara isteri dan pelacur?

    kalaulah sipencadang itu muslim, tidakkah mereka tahu bahawa lelaki yg baik ialah lelaki yg melayani isterinya dgn baik...

    kalau tengok iklan 'ubat kuat' dlm TV, rata2nya menggunakan org melayu sebagai model seolah2 org melayu (muslim) ini takder kerja lain selain sex, sex dan sex... teruk betul.

    Kalau isteri nak disuruh berlagak spt pelacur,ertinya lain kali kalau suami tu nak main kayu tiga, dia ttp main jugak kan? seolah2 menggalakkan para suami mencari keseronokan hidup dgn pelacur dr memikirkan tgjwwb lain yg lebih penting dan dituntut ugama...

    apa nak jdi dunia akhir zaman sekrg...lelaki begitu sungguh menjijikkan....

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Moga cikgu sihat hendaknya..

    Perkahwinan itu seolah-olah hanya kerana hendak memuaskan nafsu seks sahaja..Allahu Akhbar

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    generasi kawasaki ninja dan kips

    Perkahwinan itu adalah jalan terbaik menghalalkan hubungan ... namun dalam perkahwinan juga termaktub kehendak dan lunas agama ... mungkin ramai yang tak mengerti... layanan bukan semata-mata hanya untuk tuntutan nafsu ...

    nahmy says:

    dewasa ini ramai yg mentaati makhluk dr mentaati tuhan yg mencipta makhluk tersebut....

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy buat mudguard dari fibreglass

    eeemmmm mmg kita harus mentaati Allah...

    PERKAHWINAN BUKANLAH SEKADAR MEMENUHI TUNTUTAN FITRAH SEMULAJADI MANUSIA INGIN MEMILIKI ZURIAT DAN KEINGINAN SYAHWAT SAHAJA..

    kahwin tu paling utama kerna ianya satu ibadat...

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    happy 2nd anniversery

    betul gak tu suatu perkahwinan merupakan nikmat.... dan merupakan ibadat.... dan istei-isteri berhak atas tuntutan hak mereka

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih kunjungan dan perkongsian pandangan dari rakan sekalian.
    Dari masa ke semasa jika terluang saya juga turut berkongsi pandangan dalam blog rakan sekalian, cuma akhir-akhir ini masa kurang mengizinkan.

    TQ

Powered by Blogger