Bil 59/2011 Bicara Kereta
Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Teringat kepada pandangan seorang panel dalam rancangan berbentuk 'bicara agama', dalam tv, suatu ketika. Kalau ada rezeki lebih maka tidak salah bagi seseorang muslim itu memiliki dan seterusnya menggunakan kereta yang 'mewah' atau 'agak mewah' untuk tujuan yang baik. Lebih-lebih lagi kalau digunakan untuk ke masjid atau surau, bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.
Tetapi kalau 'kemampuan' itu belum sampai tahap, maka lebih elok menggunakan apa jua kenderaan yang sesuai dan mampu milik, kerana dibimbangi nanti akan menjadi beban yang mana secara tidak langsung pula akan menjadikan 'kita' jauh dari masjid atau surau. Apatah lagi dalam keadaan mutaakhir ini, harga barang-barang keperluan semuanya naik.
Baru-baru ini apabila lori pengangkut barang tidak lagi menikmati harga minyak diesel subsidi, rata-rata harga barang-barang telah naik sehingga 10 peratus (di tempat saya). Mutaakhir ini juga boleh dirasakan harga barang-barang keperluan meningkat setiap bulan. Walaupun harga hanya naik 10 sen atau 20 sen, tetapi impaknya amat besar. Saya tidak menafikan yang gaji saya juga naik setiap tahun, tetapi kenaikan tahunan itu seperti tidak berupaya menampung kenaikan harga barangan yang berlaku setiap bulan...
Berbalik kepada bab kereta. Nampaknya 'kelahiran' model kereta baharu sekarang ini semakin 'menjadi-jadi'. Bukan sahaja model luar negara, bahkan model buatan Malaysia seperti Proton dan Perodua juga tidak ketinggalan. Proton Saga yang dulunya hanya berkuasa 1.3, dalam beberapa hari yang lepas telah dinaiktaraf kepada 1.6 dengan harga mampu milik iaitu sekitar 48K sahaja. Dan khabarnya Perodua akan melancarkan MyVi generasi kedua pada minggu depan, dan maklumat berkaitan juga telah banyak dimuatnaik ke laman blog. Harga sekitar 50K sehingga 58K dengan kapasiti enjin 1.3 sahaja.
(MyVi generasi ke dua yang akan dilancarkan)
http://www.arenakereta.com/perodua-myvi-elegance-dengan-warna-ebony-black-dan-mystical-purple/
http://www.arenakereta.com/perodua-myvi-elegance-dengan-warna-ebony-black-dan-mystical-purple/
Orang seperti saya yang 'makan gaji' hanya mampu memasang angan-angan memiliki sama ada Proton atau Perodua sahaja. Itu pun kena fikir sehingga setahun. Bila Inspira dilancarkan pada penghujung tahun 2010 pun saya dah pasang angan-angan. Sekurang-kurangnya 1.8 CVT. Nampaknya sampai ke hari ini masih belum ada 'hitam-putih'nya.
Walaubagaimanapun, saya 'tumpang' gembira dengan perkembangan rakan-rakan, sejak penghujung tahun 2010 dan yang terakhir sebulan yang lepas, kerana berjaya menukar dan memiliki kereta baharu jenama Honda dan Toyota. Satu Honda Accord 2.4, satu Honda Civic 2.0, dua Honda Civic 1.8, satu Toyota Estima 3.0, dan satu Toyota Wish 1.8. TAHNIAH buat rakan-rakan semua.
Assalamualaikum P&P,
Mudah2an dimurahkan rezeki oleh Allah dan InsyaAllah makbul hajat dihati.
Assalamualaikum...
Hiduplah mengikut kemampuan yang telah Allah tetapkan kepada kita. Andaikata cuba nak lebih-lebih, kita mengundang masalah dalam kehidupan kita.
Assalamualaikum cikgu,
Kakak pula selagi kereta boleh pandu kakak pandu tak tukar. Kereta diguna sekadar utk pergi-balik kerja tak perlu yg membebankan kos minyak yg terus-terusn naik. Kereta family pun kami parking di rumah saja. Pergi kerja bawa kereta buruk je.
p/s: Inspira pun cantik cikgu. Kakak dah tengok yg merah huh... cantiklah cikgu. Setanding juga dgn Honda city dan harganya pun lebihkurang :)
SALAM,
YANG TERBAIKNYA, KITA BERSEDERHANA ! ADA ORANG TU, WALAUPUN MAMPU, TAK PULA BELI KERETA MEWAH.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Sejarah mitsubishi lancer dan enjin mivec
kalau ikut bajet aku belum mampu nak tukar ... beli boleh nak bayar bulan bulan masih tak mampu. jadi pakai kereta lama dah habis utang tak sakit kepala
duk bujang merasa la mewah sikit...
assalamualaikum. tahniah juga pd cikgu...yg sentiasa berjaya memujuk 'nafsu'. keperluan dan melayan nafsu adalah 2 benda berbeza. atau kita ikut je apa yg org tua2 kata "ukur baju ikut badan sendiri"....bila sampai masa esok maka pandai2lah buat 'keputusan'.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Terima kasih perkongsian minda dan pandangan rakan sekalian. Moga kita sentiasa mendapat yang terbaik dalam kehidupan.
TQ