Bil 57/2011 Kaban Munuh Kaban

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Teringat lagu 'Kaban' yang bermaksud 'kawan' yang dinyanyikan oleh penyanyi Iban, Lerry Silas. Sedikit senikata lagunya seperti beriku:

Kaban, ngiga kaban..ati-ati milih kaban
mayuh kaban..ukai kaban

Kaban..makai kaban
ngunyah kaban
munuh kaban
nyayat kaban...
mayuh kaban..macham-macham

 
Lebih kurang terjemahannya ialah:

Kawan, mencari kawan.. berhati-hati kawan
ramai kawan yang bukan kawan

Kawan 'makan' kawan
mengunyah kawan
membunuh kawan
menghiris kawan
ramai kawan... macam-macam

Peristiwa tersebut baharu sahaja berlaku kepada saya sendiri. Demi mendapat perhatian dan mahu dipandang sebagai hero, tambahan selama ini pun memang bijak dan pandai 'menjolok', dan pihak 'itu' pun merasa sedap dijolok, maka hanya pandangan sebelah pihak yang betul. Saya anggap 'kaban', rupanya masing-masing ada misi untuk 'menuju puncak'. Yang 'non' saya boleh terima, tapi kalau seagama??? "Lu pikirlah sendiri".

Selamat menyambut Gawai, bukan untuk semua tapi untuk masyarakat Dayak seluruh Malaysia, terutama di Sarawak. Gawai tak boleh dipisahkan dari 'tuak', tapi bukan sesuatu yang pelik kalau masyarakat bukan Dayak yang beragama Islam juga 'menuak' dan mabuk-mabuk. 

Ingatlah ancaman dan tegahan Allah dalam al-Quran, berkaitan arak, judi, bertenung nasib.....

Selamat Bercuti.

Bil 56/2011 Etika Berpakaian

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Berpakaian adalah suatu rutin harian yang amat penting didalam kehidupan kita. Bahkan kita akan selalu pastikan bahawa pakaian yang kita ‘kenakan’ itu adalah yang terbaik selain daripada kebersihan yang menjadi kriteria utama. Sesetengah kita juga mungkin akan meletakkan harga yang mahal sebagai kriteria kenapa sesehelai pakaian itu digunakan. Semakin mahal, maka semakin tinggilah nilainya. Begitu juga semakin ‘berjenama’, maka semakin ‘kembang’ hidung dibuatnya.

Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang, apakah pakaian atau cara berpakaian, atau nilai pakaian yang kita gunakan itu selaras dengan etika berpakaian. Dan bila disebut etika berpakaian, ia merujuk kepada cara berpakaian yang di’benar’kan dalam sesebuah institusi atau organisasi semasa/ketika menjalankan tugas  atau pada hari-hari berkerja. Dan sebagai seorang muslim maka wajarlah kita memilih pakaian yang beretika selaras dengan etika yang telah ditetapkan dalam al-Quran, baik lelaki mahu pun wanita, muda atau tua yang mukallaf (bukan muallaf), bila-bila masa dan di mana sahaja.

Menjadi ‘trend’ masa kini juga ialah berpakaian seperti ‘tak cukup kain’ atau ‘tak cukup benang’ atau pakaian yang telah lusuh dan berlubang, padahal pakaian tersebut baharu sahaja dibeli (first-hand, bukannya second-hand). Dan harganya pula boleh dikatagorikan sebagai mahal. Atau ada juga yang boleh dikatagorikan sebagai ‘menjolok mata’ atau ‘mencolok mata’. Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, menjolok mata ini didefinisikan sebagai ‘sangat jelas kelihatan’. Ia juga disebut sebagai memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya.

Nampaknya masih  ramai yang tidak sedar bahawa berpakaian secara betul dan mengikut syarak adalah dituntut dalam Islam kerana ia mampu menghindarkan masyarakat dari terjerumus ke lembah hina/dosa. DALAM BAB BERPAKAIAN DENGAN ETIKA ISLAM, IA BUKAN SAHAJA PERLU DIIKUTI PARA MUSLIMAH, BAHKAN MUSLIM (LELAKI) JUGA. BAGAIMANA ANDA SEBAGAI KETUA KELUARGA MAHU MEMBENTUK KELUARGA YANG CENDERUNG KE ARAH JANNAH ALLAH, SEDANG ANDA SENDIRI TIDAK MENJAGA PAKAIAN (DAN AURAT)?

Maksud sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:
“Sesungguhnya di kalangan ahli neraka itu ialah wanita yang berpakaian tetapi telanjang, (sengaja) menarik perhatian dan menggoda (dengan perlakuan, cara berjalan dan tutur kata yang dibuat-buat), mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium baunya.”

Kepada kita yang suka sangat mengikuti perkembangan fesyen terkini (yang nampak seperti balik semula ke zaman batu), sudah tentu akan berhujjah atas alasan hak peribadi dan akan secara semborono mengatakan ‘usah dijaga tepi kain orang lain’. Tetapi itulah yang Islam kehendaki, jaga tepi kain orang lain itu mencerminkan keperihatinan dan kasih sayang sesama muslim kerana kita tidak mahu ‘saudara’ kita di’lemparkan’ ke neraka kerana kesilapan yang dianggap kecil, dan kita tidak menegurnya...

Gambar dari ‘google’ yang dipaparkan di bawah hanya sebagai hiasan. Berani menjolok mata kerana mereka memang hebat dalam hal tersebut.

t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t

Bil 55/2011 Rumah Anak-anak Yatim Hidayah

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Sekadar berkongsi rasa sedih dan mendoakan agar roh mereka dirahmatiNya.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kami (Allah) pasti akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta kekayaan, kehilangan jiwa (kematian) dan kekurangan buah-buahan/makanan. Dan sampaikanlah khabar gembira pada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah : 155)
Salam Takziah buat semua keluarga mangsa tragedi 21 Mei 2011.

Bil 54/2011 Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Tidak terlambat rasanya kalau nak ucapkan ‘Selamat Hari Guru’ buat semua warga pendidik sekalian. Tak kira sama ada anda adalah guru tadika atau prasekolah, sekolah kerajaan atau bukan kerajaan, sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan, pensyarah IPT atau IPTA mahupun IPG seluruh negara.

Berita gembira, dan mungkin juga kurang gembira, telah diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri, bukanlah nak membelakangkan Menteri Pelajaran, tetapi sebagai menggambarkan betapa serius dan benarnya pengumuman ‘berita baik’ tersebut, demi memartabatkan profesyen keguruan.

Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan. Jika mereka berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Hari ini saya membaca artikel berkaitan di ‘Berita Harian Online’ [http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NaikhinggaDG54/Article/] dan ‘terkesima’ sebentar apabila membaca beberapa komen yang terpapar dibahagian bawah artikel berkenaan. Saya tersenyum, saya juga kehairanan dan saya juga rasa malu dengan gelagat segelintir ‘kita’ yang melontarkan komen-komen yang pada saya seperti kurang matang dan mengikut perasaan. Ternyata perasaan tidak puas hati yang dilontarkan itu juga boleh menyinggung perasaan sebilangan lain kerana masing-masing merasakan mereka ‘lebih berhak’ untuk itu dan ini.






Beberapa komentar tersebut yang saya ‘cut & paste untuk renungan.

Semua guru layak mendapat pengiktirafan. Kalau guru biasa tak buat kerja, mana nak dapat pencapaian cemerlang. Sekolah cemerlang maknanya semua gurunya cemerlang, berdedikasi dan satu matlamat dengan pentadbir. Kalau askar penakut dan tak terlatih takkan boleh menang peperangan. [rasmali]

macam mana dengan pensyarah...kami pun bertungkus lumus..sampai ke malam..guru kerja sampai pukul 2 je..pastu cuti sekolah diorg pun turut cuti...byk sgt ke keje cikgu [mohdkarim]

En Karim En Karim, kau pensyarah kat mana ni? cakap mcm bukan pensyarah, ingat kau saje yg byk keje? minta posting balik jd guru biasa la en karim, br tau. tp kalau dah sampai sekolah biasa, jgn pulak komplen keje banyak. [cikgu]

come laa en karim..guru skng ukan mcm dulu..konon keja half day..byk urusan pntabiran kn buat..kelas tmbhan tahun 6..kdg mlm pun buat kelas..skng 1sukan 1murid..akt kokum lg..suma yer d buat d luar waktu P&P..kdg2 guru tpakse keja lbh dr 8jam sehari..smpi umah nak tanda kertas..buat RPH..soalan..jd jan laa pertikaikan tugas guru..en karim pun dulu pnah jd guru b4 jd pensyarah..jd msti sdh maklum dgn hal ini..tau zaman en karim jd cikgu dulu..xmcm nie..Zaman dah berubah en karim..Apapun thanks atas hadiah hari guru ini..wpun xsemua yg mendapat faedah yer..mgkin d masa akn dtg..ada jugak juga..thing p+ jelaa.. [Ezat]

naik tu baguslah tapi tgk2 la kami yang dg41 sama.. selama ni sebarang kenaikan lebih memihak kepada DGA29 dan DGA32 saja.. Jangan menganaktirikan kami guru2 DG41.. [azhansofi]

salam kpd guru dg 41 di sk,jangan angkuh sangat dengan dg yang anda perolehi,Ingat anda dulu pun diajar oleh guru dg 29/32/34 sebelum dapat dg 41.jangan biadab sangat.. [guru tua 2]

ingatkan berita gembira buat SEMUA GURU tp hanya segelintir dpd lebih 300,000 guru seluruh negara yg dapat habuan!!!!guru-guru biasa bertungkus lumus, ketua pula dapat habuan.....kesian kami guru2 yg tak ada pangkat ni!!!!mcm tak nampak je kewujudan golongan kami di sekolah.mcm mana nk perform jika penat lelah langsung tak dihargai.fikir-fikirkanlah dan selamat beramal... [zailan]

Bil 53/2011 Hari Ibu

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Selamat Hari Ibu buat kesemua wanita yang bergelar IBU dan BAKAL Ibu di seluruh Malaysia, pada hari ini (8 Mei 2011). Saya sendiri sebenarnya bukan termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa ingat dan meraikan hari-hari 'yang tertentu' yang tidak termasuk dalam hari-hari utama atau istimewa umat Islam. Hari ini sepanjang pemanduan saya ke salah sebuah hotel terkemuka di Sibu, semua stesen radio yang saya 'tune', menyajikan rancangan permintaan dan ucapan hari ibu dan kebanyakan lagu yang dikumandangkan juga bertemakan IBU atau Emak. Tahniah buat ibu-ibu sekalian, tanpa kalian siapalah kami sebagai anak-anak.

Cuma bila saya 'melayari' internet malam ini, saya terjumpa laman web/blog yang mengisahkan asal usul sambutan hari ibu yang dirasakan ada pertentangan dengan syariat sehingga membawa kepada hukum haram. Tetapi setakat carian saya dalam keputusan fatwa kebangsaan dan negeri di Malaysia, nampak macam ia belum lagi dibincang dalam Majlis Fatwa.

Saya membuat rumusan bahawa selagi sambutan itu hanya merupakan ingatan dan penghargaan kepada insan bergelar ibu, dengan pemberian hadiah dan 'makan-makan', tanpa mengaitkan ia dengan upacara yang bertentangan dengan syariat, maka ia adalah harus. Tetapi kalau sudah difatwakan bahawa ia ditegah dan haram hukumnya, maka hendaklah kita mematuhinya, Lagi pun, untuk meraikan ibu, tidak semestinya ia perlu ditetapkan tarikhnya, untuk mendapatkan impak yang maksimum... hari-hari adalah hari ibu.


Bil 52/2011 Pesta Kaul Mukah

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

30 April yang lalu saya sempat berkunjung ke Mukah untuk menyaksikan dan ‘meramaikan’ pantai Kala Dana, sempena Pesta Kaul Mukah 2011. Pesta Kaul yang diadakan setiap tahun pada akhir April ini telah dirasmikan oleh Pehin Sri Taib Mahmud, KM Sarawak. Ini merupakan perayaan yang diwarisi sejak sekian lama oleh kaum Melanau Liko atau Melanau ‘pagan’ tetapi telah diubahsuai dengan bertambahnya penganut Islam dan Kristian.

Pesta Kaul atau Perayaan Kaul yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan mengikut bacaan saya, hampir seratus tahun yang lepas, merupakan satu perayaan memberi makan kepada ‘ipok’ atau dewa laut, yang menjaga rezeki para nelayan. Pada hari tersebut para nelayan akan ‘bercuti’ dari mencari rezeki di laut selama 3 hari bermula petang sebelumnya sehinggalah keesokan hari. Barangsiapa yang melanggar peraturan, mereka akan dikenakan denda.

Kaul tradisi dimulakan dengan memacak ‘serahang’ di satu lokasi yang ditetapkan dan diikuti dangan pemujaan dan memberi makan kepada ipok ini. Selesai acara tersebut, penduduk tempatan dan orang ramai yang datang akan menghidangkan makanan yang dibawa (jika ada membawanya) dan dimakan bersama-sama, tak ubahnya seperti ‘perkelahan besar’ di pantai.

Tetapi sekarang ia lebih merupakan satu pesta keramaian, tak ubah seperti pesta-pesta lain yang diadakan diseluruh negara, cuma tempat atau lokasinya adalah di pantai, sebagai mengekalkan tradisi asal. Berpuluh-puluh gerai disediakan oleh Majlis Daerah Mukah untuk disewa peniaga dan berpuluh-puluh acara juga diadakan sepanjang 5 hari pesta tersebut. Kemuncaknya adalah pada 30 April, dan berakhir pada 1 Mei.

Antara acara-acara yang saya dapat tahu dari rakan-rakan di Mukah ialah seperti pertandingan Ratu Kaul, Karaoke, Konsert, Motorshow, Bertandak, Bermukun dan pelbagai acara pertandingan selain jualan pelbagai barang di gerai yang disediakan.

Saksikan foto-foto yang sempat saya rakam untuk perkongsian.
Saya tidak sempat melihat acara perasmian pada jam 11.00 pagi kerana saya sampai di Mukah sebelah tengah hari dan berkunjung ke pantai Kala Dana pada sebelah petang.

'Serahang' dengan tajuk Pesta Kaul
Permainan tradisi 'Tibow'


Powered by Blogger