Bil 61/2011 Bicara Hari Bapa
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Ucapan Selamat Hari Bapa untuk semua bapa dan bakal bapa sekalian.
Sebenarnya saya sendiri juga tidak perihatin tentang Hari Bapa pada hari ini. Maklumat ini sampai ketika menonton TV sebentar tadi dan juga disebut dan diiklankan oleh DJ Radio Sarawak FM.
Memang ada 'pro' dan 'kontra' berkaitan meraikan hari-hari tertentu yang tidak disyariatkan dalam Islam ini. Ada yang setuju dan ada juga pandangan yang 'rigid' menyatakan bahawa ia perlu di'jauhi' kerana dibimbangi boleh membawa kepada 'khurafat'. Lagi pun menurut pandangan ini, bila-bila masa dan ketika kita boleh menghargai jasa dan pengorbanan seorang bapa, sama juga keadaannya dengan hari ibu.
Pada pandangan saya, sesuai dengan kesibukan yang tiada noktahnya, maka kesempatan seperti ini boleh 'mencipta' ruang bagi kita dan mereka yang mempunyai bapa, untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada para bapa sekalian. Yang pasti kita perlu hindari segala perkara yang syubhah dan yang boleh menimbulkan fitnah, dan jangan jadikan ia sesuatu yang amat 'serius' dan 'mesti'.
Salam ceria buat semua. Wassalam.
selamat hari bapa cikgu lai
Walaupun cikgu kata cikgu tak prihatin dengan hari bapa, saya tetap ucapkan selamat hari bapa buat cikgu....
Di hari yang diisytiharkan sebagai hari bapa hari ini, saya seperti biasa, mendoakan kebaikan buat bapa, dan sebentar lagi akan ke rumahnya yang hanya berjarak 38 KM dari rumah saya...memeriksa tekanan darah dan kandungan gulanya, memeriksa stok ubat-ubatannya, dan membelikan barang-barang dapur sedikit sebanyak, serta menemui beberapa anak-muda yang saya amanahkan untuk menjaga dan mengurus kebunnya.
Rutin mingguan tetap saya sebagai anak yang paling dekat rumahnya dengan dia. Juga amanah dari 9 adik beradik lain yang tinggal berjauhan kerana tuntutan kerjaya masing-masing.
...dan ada sedikit 'istimewa' yang saya bawa kerana hari ini hari bapa. Itu saja, insyaAllah tidak melanggar syariat.
Assalamualaikum.
Selamat Hari Bapa juga buat Azani. Semoga bahagia dan ceria selalu.
TQ
Assalamualaikum ckLah. Terima kasih. Selamat Hari Bapa buat bapa kepada anak-anak ckLah dan juga buat bapa ckLah. Semoga 'orang tua' ckLah sentiasa bahagia dan ceria, lebih-lebih lagi hari ini mendapat kunjungan istimewa dari anak tersayang.
Semoga keperihatinan ckLah terhadap 'orang tua' akan mendapat ganjaran setimpal.
Selamat semuanya. InsyaAllah.
TQ
Assalamualaikum Cikgu Lai
Insyaallah ada kebaikannya
mana yg terlupa pd bapa...mukin hari ini dia teringat semula
Wassalam
Assalamualaikum.
Walau sesibuk mana pun, janganlah lupa kepada 'orang tua' kita. Jenguk2lah selalu. Doakan mereka, sama ada semasa hayat mereka, atau sesudah meninggal.
TQ
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip beli kereta terpakai
yah..aku rindu dgn semua kenangan kita sewaktu kecil.
ayah selalu mengajak ku bermain, ayah selalu menceritakan aku dongeng2 sampai aku terlelap tidur.
semua kebahagian telah ayah berikan pada ku.
dan sebaliknya kebahagiaan apa yang telah aku persembahkan untuk ayah.
hanya cinta, sayang n doa yang bisa aku persembahkan pada mu ayah.
Dalam hati kecil ku selalu berkata n berharap..
semoga aku bisa membahagiakan ayah n berbakti pada ayah..
ayah, Doa kan anak mu ini smg bisa selalu memberikan kebahagian pada ayah..baik di dunia dan akhirat..
Aminn..
Selamat hari bapa buat arwah bapa saya...al fatihah!
mende2 mcm ni kalo tak sentuh bab2 akidah takpe, its okey... yg pempuan muslimah suka pakai tuudung mcm wanita kat gereja tu takde sape plak nak kecoh
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
balut sarung seat door trim dan dashboard kereta
bagi aku benda kalau tak sentuh akidah mungkin tak kisah...bagi anak-anak yang lama tak balik kampung ziarah ibu bapa ... mungkin pada masa ni lah dia teringat akan bapa mereka