Cuti: Tahun Baharu Cina (TBC)



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Kebanyakan sekolah telah mengadakan ‘sekolah ganti’ pada Sabtu lepas. Natijahnya pada minggu depan, bercuti seminggulah jawabnya. Semuanya gara-gara sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 3 dan 4 Februari 2011. Persekolahan akan disambung semula pada 7 Februari 2011.

Tudung dan Aurat



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain iaitu melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik, tidak boleh pakai tudung.  Aurat wajib ditutup, tapi dalam masa yang sama perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar, tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. 
(http://lamanilmu2u.blogspot.com/2008/02/nilai-tudung-wanita.html)

Stress dan Tekanan


Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Satu hakikat yang ‘kita’  harus terima ialah kehidupan manusia yang selalu diuji oleh Allah swt. Antaranya yang kita boleh katagorikan sebagai ‘ujian’ dari Allah ialah tekanan kerja atau stress dalam kehidupan. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepadaNya.

Kematian: Tragis



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Satu lagi berita kematian pelajar yang dibunuh secara kejam terpampang di dada akhbar pada 18.1.2011. Mangsa adalah seorang pelajar tingkatan 3, berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya, Sarawak.  Terdapat sumber yang menyatakan bahawa kejadian berlaku akibat keengganan mangsa untuk menyertai ‘geng’ yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi motosikal, sedangkan beliau telah mengetahui kegiatan ‘haram’ kumpulan ini. Natijahnya, kematian yang tragis!

Guru j-QAF



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Laporan Kosmo Online 17.1.2011 menyebut tentang kekurangan guru j-QAF yang amat kritikal di semua sekolah rendah di Malaysia. Menurut Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd. Arsad, dengan hanya 1500 guru j-QAF yang ada pada tahun ini, ia tidak mampu memenuhi permintaan sekolah-sekolah rendah seluruh negara.

Mesyuarat vs Kunjungan: Melaka Bandaraya Bersejarah



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Alhamdulillah diberiNya kesempatan kepada saya untuk mengemaskini blog yang masih ‘amatur’ ini. Nampaknya dalam minggu ini saya tidak ada ruang untuk ‘mewarnai’ alam maya dan bersapa dengan rakan-rakan sekalian. Saya diberi peluang untuk menghadiri satu mesyuarat yang amat penting, ada kaitannya dengan ‘kemenjadian’ bakal guru dan murid yang akan mencorak masa depan negara.

Kekurangan vs Kehabisan: Kesusahan



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Kesibukan kerana penggal persekolahan baharu sahaja bermula, menyebabkan blog ini menyepi seketika. Banyak perkara yang perlu disegerakan dalam masa terdekat. Rancangan semester, harian dan bahan bantu mengajar terutama bahan powerpoint, perlu dikemaskini, agar terus relevan kepada pelajar.

Harimau Malaya vs Harimau Malaysia



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera. 

Heboh kerana kebangkitan semula bolasepak negara, memesrakan kita dengan perkataan “Harimau Malaya” yang menjadi ikon, simbol dan logo bukan sahaja kepada FAM, tetapi juga PDRM, MAYBANK, PROTON dan juga lambang Malaysia atau Jata Negara sejak 1948. 

Powered by Blogger