Bil 58/2011 Perihal Mentaati Allah, Rasul dan Pemerintah
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Satu satu daripada aturcara yang telah ditetapkan, selain bacaan Yasin dan doa selamat ialah sesi ceramah agama, sempena meraikan hari keputeraan baginda Yang Dipertuan Agong. Sekadar berkongsi sedikit info dari ceramah tersebut.
Ceramah yang diberikan berkisar/berpandu kepada ayat al-Quran dari surah an-Nisa' ayat 59 iaitu anjuran agar umat Islam mentaati Allah swt, Rasulullah saw. serta pemimpin. Dalam konteks ini pemimpin yang dimaksudkan ialah Yang Dipertuan Agong Malaysia.
Susah sangatkah kita hendak menunjukkan dan membuktikan ketaatan kepada Allah sebagai Tuhan dan Rab, pentadbir dan pengurus sekalian alam? Habiskah duit dan segala harta benda kita kalau kita taat dan patuh kepada Allah? Matikah kita kalau kita mentaatiNya?
Persoalan ini ditimbulkan di sini memandangkan umat Islam mutaakhir ini nampak seperti amat susah dan sukar sekali mentaati Allah swt, Tuhan Maha Pencipta, yang mencipta manusia itu sendiri, dari tiada kepada ada. Siapa pun kita, apa kedudukan kita, di manakah kita 100 tahun yang lampau? Sudah tentu jawapannya: Belum ada. Belum dilahirkan. Belum ada 'kedudukan' seperti sekarang. Nah! Siapakah yang 'mewujud'kan kita?
Mentaati Allah bukannya payah dan susah. Paling mudah, kita 'terjemahkan' sahaja Rukun Islam dan Rukun Iman dalam kehidupan seharian. Tak mungkin kita tidak tahu apakah Rukun Islam dan Rukun Iman tersebut. Kita di Malaysia amat bertuah kerana subjek Pendidikan Islam turut diajar di sekolah bermula dari Tahun Satu (saya dulu Darjah Satu) sehingga Tahun Enam, kemudian dari Tingkatan Satu sehinggalah Tingkatan Lima. Tak cukup dengan itu ada pula KAFA dan PAFA dan ada 'ujian' dan lulus. Tak cukup lagi? Kita ada guru j-QAF yang menggalas tugas yang sama dengan para ustaz ustazah kita.
Berbalik kepada cara mentaati Allah, paling mudah kita mendirikan solat 5 waktu dalam sehari. Allah sendiri menjanjikan bahawa solat itu akan mencegah kita dari melakukan kemungkaran. Jika terelak dari kemungkaran, sudah tentu lebih mudah bagi kita mentaati Allah. Kepelikan yang berlaku ialah walaupun seseorang muslim itu bersolat, dia masih lagi terjebak dengan perkara mungkar dan maksiat. Maksudnya, ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya itu.
Marilah kita sama-sama muhasabah solat kita, sejauhmana kesempurnaannya. Sekadar peerkongsian, semoga ada manfaat.
Assalamualaikum Cikgu Lai
moga solat kita diterima olehNya
Wassalam
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah berulang kali memerintahkan umat Islam mentaati-Nya dan mentaati Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Mentaati Allah bermaksud mentaati al-Qur’an al-Karim manakala mentaati Rasulullah bermaksud mentaati sunnahnya yang membentuk hukum syari‘at.[1] Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Qur'an yang mewajibkan taatnya). [al-Anfal 08:20]
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
Jom Terjah entry terbaru ??
modifikasi proton satria
Assalamualaikum cikgu,
Sesungguhnya godaan syaitan amat kuat sekali. Selagi belum kiamat dia akan terus-terusan menghasut kita. Kenalah kita kuatkan keimanan demi menangkis hasutan itu.
Solat yg kita dilakukan dgn ikhlas dan tertib moga diterima Allah dan dapat menjadi penangkis hasutan itu.
nak dikirakan, dalam kehidupan kita seharian ni pon lebih banyak perbuatan kita yang mengingkari apa yang Allah suruh tanpa kita sedar
Assalamualaikum...
Kita semua diciptakan untuk berlaku taat kepada Allah Taala, bukan diciptakan untuk hidup sesuka hati..
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
sejarah honda civic ej @ ek
An-Nisaa [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.