Bil.43/2011 YB Datuk Bung Mokhtar Radin

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Isnin 28 MAC 2011, apabila Datuk Bung mengeluarkan kenyataan di Parlimen berkaitan pemanduan berisiko oleh kaum hawa, sememangnya sudah diduga ia akan membawa kepada pelbagai pandangan dan tanggapan dari masyarakat secara umum, dan kaum hawa sendiri secara amnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan dakwaan bahawa pemanduan kebanyakan wanita di negara ini amat berbahaya dan boleh mengundang kemalangan sebagai bersifat seksis dan menunjukkan diskriminasi jantina.

Bil.42/2011 Minda Yang Terperangkap

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Lagi perkongsian buat rakan-rakan maya sekalian.

Kalau ada dalam kalangan kita yang pernah atau biasa menonton sarkas, sudah tentu anda juga ada di'hidangkan' dengan pertunjukan oleh sang gajah.

Gajah merupakan seekor binatang yang amat besar dan kuat. Agak menakjubkan apabila 'tuan' gajah hanya mengikat sang gajah dengan seutas tali yang lemah pada sebuah bangku yang ringan dan kecil semasa pertunjukan berlangsung. Mungkin ada dalam kalangan penonton tertanya-tertanya, bahkan ada juga yang tak pernah tertanya-tanya, kenapa gajah tersebut seolah-olah terikat kepada tembok besar yang kukuh dan berat sehingga ia tidak berusaha melarikan diri.

Bil.41/2011 Tukar Dari Stesen N ke P

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Dalam perjalanan balik petang ini saya tertarik dengan ungkapan seorang 'motivator' di radio berkaitan sikap kita sebagai manusia. Manusia dalam ertikata manusia yang manusia, kerana kadang-kadang manusia itu juga haiwan, dan dalam keadaan tertentu, jahatnya manusia itu lebih dahsyat dari jahatnya seekor binatang. Haiwan boleh jadi teman dalam keadaan tertentu, tetapi binatang selamanya tidak boleh dijadikan teman.

Kuasa Gempa dan Tsunami: Kuasa Allah


Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Kejadian yang tidak pernah diimpikan, bahkan sentiasa minta agar dijauhi dan terhindar darinya. Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang melanda Jepun hari  11hb Mac 2011 disifatkan terbesar dalam sejarah 140 tahun negara itu. Jepun pernah mengalaminya pada 1923, gempa bumi berukuran7.9 pada skala Richter dan telah membunuh lebih daripada 140,000 orang. Gempa bumi kali  ini telah menyebabkan ombak Tsunami setinggi 10 meter yang telah memusnahkan segala yang berada dalam laluannya.

1Malaysia



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan  kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Powered by Blogger