Bil.41/2011 Tukar Dari Stesen N ke P

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Dalam perjalanan balik petang ini saya tertarik dengan ungkapan seorang 'motivator' di radio berkaitan sikap kita sebagai manusia. Manusia dalam ertikata manusia yang manusia, kerana kadang-kadang manusia itu juga haiwan, dan dalam keadaan tertentu, jahatnya manusia itu lebih dahsyat dari jahatnya seekor binatang. Haiwan boleh jadi teman dalam keadaan tertentu, tetapi binatang selamanya tidak boleh dijadikan teman.

Sekadar perkongsian, dalam surah Attin, Allah menerangkan (mafhumnya) bahawa manusia itu dicipta sebagai sebaik-baik kejadian (kerana anugerah akal dan nafsu, sedang malaikat hanya ada akal, haiwan pula hanya ada nafsu yang sinonim dengan perkara-perkara negatif). Kemudian Kami akan jatuhkan martabatnya ke peringkat yang paling rendah, (hina, bahkan lebih hina dari binatang kerana menjadi hamba kepada nafsunya) melainkan mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan...  FIKIR-FIKIRKAN.

Berbalik kepada 'ceramah pendek' motivator tadi, kita diumpamakan seperti radio, yang boleh diubah putar stesennya mengikut kesesuaian dan kesukaan kita. Bezanya kita hanya ada dua pilihan stesen iaitu N dan P. N merujuk kepada negatif atau sesuatu yang tidak baik, tidak elok, lebih kepada sikap. Manakala P merujuk kepada positif atau sesuatu yang baik atau bermotivasi tinggi ke arah kecemerlangan dalam hidup.

Tetapi bukan mudah untuk mengekalkan 'stesen' P, kerana  ia amat longgar dan cenderung untuk beralih arah. Diberi contoh, sebaik kita selesai menghadiri sesi ceramah atau taklimat yang memberi keyakinan tinggi, kita begitu berkobar-kobar dan beria-ia ingin melaksanakannya dalam kehidupan atau kerjaya. Sebaik melangkah keluar, sebenarnya kita berhadapan dengan terlalu ramai manusia yang bersikap negatif dan sering mendorong kita menyertai mereka. SEJAUH MANA KITA DAPAT BERTAHAN?

Dan disebut bahawa kajian menunjukkan bahawa dalam dunia ini hanya ada 5 peratus manusia yang berada di stesen P, selebihnya adalah N. Saya tidak pasti darimana beliau memperolehi dapatan ini, tetapi kalau difikir secara permukaan, seperti ada betulnya. Mungkin pernah berlaku dalam kalangan kita semasa di pejabat atau tempat kerja, berapa ramai yang ingin membantu kita merealisasikan visi dan misi organisasi, dan berapa ramai pula yang memandang remeh dan melemahkan semangat kita dengan pelbagai contoh dan bukti yang mereka hidangkan.

Semoga kita berada dalam kelompok 5 peratus yang bersikap positif itu.
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK KITA SEMUA.

11 Response to "Bil.41/2011 Tukar Dari Stesen N ke P"

  1. Semoga aura negatif orang tidak mempengaruhi atau mengurangkan sisi positif yang kita ada....dan memang bukan mudah untuk sentiasa bersikap positif. Kena usaha dan istiqomah.

    Sham says:

    aduyai camana nak mantain kekal dalam 5% tu...?berat ni...

    saharul says:

    yg x baik amat mudah dilakukan berbanding yg baik2...lumrah sifat manusia...

    nahmy says:

    kerana itulah hidup antaranya adalah berkenaan 'berubah'. dr baik kpd lebih baik, dr lebih baik kpd terbaik dan hebat. klu susah utk berubah bermakna kita dah jd 'mayat' (yg tak bergerak & berubah)

    Kalau meambaca semua nak masuk yg 5% itu.... Bersamalah kita mencari kerehaan Allah

    IMANSHAH says:

    saya setuju..N banyak sangat nih

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Bila kita tidak mampu mengetahui hakikat diri kita siapa dan tujuan berada di dunia yang fana ini, maka dengan mudahnya kita beralih 'stesen'. Kerana ini gara-gara hawa nafsu mengambil tempat sebagai pemerintah dalam diri kita.

    Anonymous says:

    Aslmkm Cikgu.
    Segala usaha baik, insya Allah berakhir dengan ganjaran baik. Jika tidak mendapatnya di sini, insya Allah dikurniakan di SANA.
    Itu janji Allah SWT.
    Jadi, kita teruslah berusaha sedaya mungkin dengan tulus kerana Allah SWT untuk mempertingkatkan diri dari tidak cukup baik kepada baik & seterusnya hingga ke tahap terbaik.

    Aslmkum Cikgu, dari blog ni dapat stesen P. Thanks.

    salam, harap-harap kita sentiasa positif.

    Abhamz says:

    salam, memang sukar hendak sentiasa manitain P, tapi kena terus berusaha.

Powered by Blogger