Bil.43/2011 YB Datuk Bung Mokhtar Radin

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Isnin 28 MAC 2011, apabila Datuk Bung mengeluarkan kenyataan di Parlimen berkaitan pemanduan berisiko oleh kaum hawa, sememangnya sudah diduga ia akan membawa kepada pelbagai pandangan dan tanggapan dari masyarakat secara umum, dan kaum hawa sendiri secara amnya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan dakwaan bahawa pemanduan kebanyakan wanita di negara ini amat berbahaya dan boleh mengundang kemalangan sebagai bersifat seksis dan menunjukkan diskriminasi jantina.

Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Datin Fauziah Ramly berkata, ahli politik itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian tanpa sebarang bukti. "Tanpa bukti kukuh beliau tidak layak membuat dakwaan itu. Ia jelas menunjukkan beliau memperlekehkan keupayaan pemandu wanita".

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah pula menyifatkan Bung Moktar sebagai seorang yang seksis berikutan kenyataannya itu. "Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan diskriminasi terhadap wanita di Parlimen pada 2007 dan kini beliau mengeluarkan kenyataan sama. "Ini jelas menunjukkan beliau tidak menghormati wanita. Ia juga menunjukkan beliau tidak peka dengan kajian pemanduan di Malaysia yang mengatakan pemandu lelaki sering melanggar peraturan di jalan raya".

Dan saya juga terbaca kenyataan ini dalam paultan.org oleh Professor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah [Director General Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)]:

However, if we analyse the figures further, interesting observations appear. Comparing the involvement in crashes between men and women from 2006 to 2009, there has been a steady increase of the women share, from, 26.40% in 2006, to 27.08%, 27.74% and 29.69%, successively for 2007 to 2009. Unfortunately, the absolute figures for both men and women have also grown steadily over the time period. Men drivers involving in crashes have increased by 67.93% and women drivers involving in crashes have almost doubled at 97.74% from 2006 to 2009.
Whilst men remain to be riskier on the road, women are getting involved in more accidents on the roads. These figures are for drivers involving in an accident, and they are not necessarily the drivers who are at fault in the accidents. That remains to be unknown in the database that we have, and as such we can only conclude that the risks have gone higher but this does not necessarily translate into the contribution of the crashes.

Apa pun perdebatan berkaitan pemandu yang berbahaya sama ada  kaum adam atau kaum hawa, nyawa yang 'tergadai' akibat ketidakcekapan atau kelalaian itu tidak memilih jantina. PANDU CERMAT, INSYAALLAH JIWA SELAMAT. MANFAATKAN CERMIN PANDANG BELAKANG, CERMIN SISI, LAMPU ISYARAT SERTA BREK, MUDAH-MUDAHAN KITA SAMPAI KE DESTINASI DENGAN SELAMAT.

SELAMAT MEMANDU BUAT SEMUA.

7 Response to "Bil.43/2011 YB Datuk Bung Mokhtar Radin"

  1. Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Siapa pun kita, pandulah dengan cermat dan berkhemah..

    TQ

    Anonymous says:

    Assalamualaikum P&P,

    Pendek kata lelaki dan perempuan berhati-hati bila memandu.

    Anonymous says:

    Aslmkm.
    Mohon maaf kerana lewat membalas kunjungan ... terlepas pandang sebenarnya sebab Cikgu komen terkemudian sewaktu Kak G sudah bersiap untuk membuat paparan baru. Maaf ya.
    Bung Mokhtar yang Kak G tahu (suami Kak G bertugas selama 9 tahun di Sabah ... so kiranya tahu la) memang agak celupar juga orangnya & ambil mudah dengan perasaan orang. Mungkin beliau perlu lebih masa.
    Tapi kita sukar memperbaiki orang. Lebih molek kita perbaiki diri sendiri.
    Insya Allah dapat memberi keinsafan kepada orang lain juga.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ”Maaf lama kami tak ziarah”

    saya pernah bangkitkan isu ni kat blog saya .... yang pastinya kemalangan tak kenal jantina pun.... mmg kita selalu lalai atau alpa.... tapi kadang tu kita berhati-hati pun kena gak...


    benda dah nak kena....

    jangan salah menyalah antara lelaki pompuan.... yang penting berhati-hati dijalan raya ingat orang tersayang

    ummu says:

    assalamualaikum tuan,
    melihat situasi kemalangan yang sering berlaku di hadapan mata dek kekerpan memerlukan perjalanan yang pelbagai, hati sendiri pun bimbang.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Isu ini sangat subjektif. Kelalaian pemanduan bukan bergantung kepada jenis orang, tetapi kecekapan dan sikap dia. Biasanya ia berkait rapat dengan tingkah laku semula jadi, perangai yang gopoh, maka ketika memandu pun dia akan gopoh.
    Kalau seseorang pemandu itu cermat, orang lain pula mungkin langgar dia. Jadi, dalam hal ini pendapat saya lelaki wanita sama saja."

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih atas perkongsian idea dari rakan-rakan sekalian.
    Semoga segala pandangan dapat dimanfaatkan bersama.

    TQ

Powered by Blogger