Bil 44/2011 Ayat-ayat Cinta.


Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Dalam pemanduan ke tempat kerja pagi ini saya tertarik dengan sebuah lagu dari ‘seberang’ nyanyian Rano Karno. Penyanyi ini cukup popular dalam era 80an dan saya juga antara yang suka mendengar dendangan lagu ‘Yang Sangat Ku Sayang’ ini. Entah macam mana tiba-tiba saya teringatkan banyak kes yang saya baca sama ada dalam akhbar atau secara on-line yang menceritakan mengenai keghairahan kanak-kanak, gadis dan wanita Malaysia terhadap lelaki Indonesia, sehingga mereka sanggup lari dan melarikan diri bersama jejaka Indonesia. Destinasi yang paling popular setakat ini ialah LOMBOK.

Lombok adalah sebuah pulau di kepulauan Sunda Kecil atau Nusa Tenggara. Ia dipisahkan oleh Selat Lombok dari Bali di sebelah barat dan Selat Alas di sebelah timur dari Sumbawan Pulau mempunyai keluasan 4,725 kilometer persegi. Mataram adalah bandar utamanya. Penduduknya melebihi dua juta orang. Lebih kurang 80 peratus penduduknya daripada suku Sasak dan sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka ada golongan yang menganut agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, Jawa, Cina dan Arab.

Ada dakwaan mengatakan jejaka Lombok menggunakan amalan sihir yang mampu menundukkan gadis tempatan hingga menyebabkan mereka mudah mendapatkan sesiapa juga yang diinginkan menjadi kekasih dan menurut segala kemahuan mereka. Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh, yang menegaskan, jejaka Lombok sebenarnya pandai bermain kata-kata hingga mampu ‘mencairkan’ hati wanita. Menurutnya, itulah keistimewaan mereka yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk memikat gadis tempatan, sekali gus memperdayakan mangsa dengan janji manis untuk hidup bahagia bersama.

Ditanya mengenai trend membawa lari gadis Malaysia ke Lombok yang makin kerap dilaporkan akhir-akhir ini, Novian mendakwa kebanyakan kes itu dilakukan pemuda Lombok yang berasal dari desa terpencil. "Pemuda Lombok yang bekerja di Malaysia kebanyakannya berasal dari pedalaman yang masih kuat memegang hukum adat asal. "Malah, biasanya mereka tak pernah sampai pun di bandar Mataram. Terus saja ke Malaysia sebaik selesai direkrut ejen (pekerja asing), sebab itu mungkin perkara ini (larikan gadis Malaysia) terjadi. Mereka terkejut dengan (suasana) tempat lain yang berbeza dengan tempat sendiri.

"Memang diakui kami melarikan gadis untuk dijadikan pasangan hidup sama ada dia suka atau tidak. Contohnya dengan berpura-pura bermaksud baik kononnya mahu menghantar seseorang gadis pulang ke rumah, tapi gadis itu akan dilarikan ke rumah keluarga atau saudara lelaki itu. "Kemudian, gadis itu akan 'disimpan' untuk tempoh tertentu, biasanya seminggu hingga dua minggu sementara keluarga pihak lelaki melakukan perundingan mahar dengan keluarga pihak perempuan. Pihak lelaki yang mempunyai kuasa dalam sebarang keputusan. "Adat ini simbol kehebatan lelaki suku Sasak. Tetapi, hukum bunuh untuk kes larikan gadis bawah umur kini tidak lagi diguna pakai sejak awal 1970-an selepas pemerintah mula campur tangan," kata Novian yang berasal dari Desa Taman, Mataram, Lombok.

CINTA TIDAK MENGENAL USIA.
CINTA TIDAK MENGENAL KULIT.
CINTA YANG MULIA APABILA IA BERLANDASKAN HUKUM SYARAK, JAUHI YANG DILARANG, JAGA PERGAULAN, HINDARI MENGHAMPIRI ZINA, APATAH LAGI UNTUK MELAKUKAN ZINA.
CINTA YANG UTAMA PADA ALLAH DAN RASUL.

Kita di Malaysia juga ada adat resam yang cantik dan murni yang perlu kita patuhi dan ikuti, selagimana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dah ‘berkenan’, maka laluilah prosidur yang betul agar rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia dan selamat. Ibubapa juga berperanan dalam memastikan segala prosidur ‘dipermudahkan’ agar terhindar dari perlakuan dosa dan agar orang Islam itu tidak dilihat sebagai ‘suka melawan Allah’ dan seolah-olah sudah terlalu kuat dan ‘tidak lut dek api neraka’. Banyak juga kes yang terpapar dalam akhbar Malaysia berkaitan pergaulan bebas, seks bebas, mengandung tanpa suami, pembuangan bayi umpama sampah sarap, berpakaian seolah telanjang, rampas suami/isteri orang, sumbang mahram, rogol yang ada pertalian keluarga atau tidak dan pelbagai lagi gambaran menunjukkan ‘muslim’ yang kuat sehingga sanggup ‘melawan Tuhan’.

Wallahua’lam. Moga ditambahteguh keimanan kita terhadap Allah.

4 Response to "Bil 44/2011 Ayat-ayat Cinta."

  1. Assalamualaikum cikgu Lai,

    Bukan hendak menuduh tapi kenyataan dah berlaku depan mata kakak. Gadis itu (jiran abang kakak) memang cantik, baik dan lemah-lembut. Bertugas part-time membantu rela membenteras PATI. Akibatnya dia dilarikan ke Lombok juga. Yg pasti kami rata-rata percaya memang dia kena sihir sebab gadis ini telah ada teman lelaki yg baik dan baru dlm proses utk bertunang.

    aza ni says:

    salam cikgu
    bukan saja pemuda lombok,bahkan pemud iran,sudan dan berbagai lagi,cuma konteksnya berbeza.kenapa wanita melayu?

    Assalamualaikum,

    Kalau dah terkena sihir...lupa segalanya.

    Pertingkatkan amalan penjati diri bagi mengelakkan terkenanya sihir.

    Anonymous says:

    saya hanya ingin menyuarakan apa yang sedang sy lalui, Kini, keluarga saya sedang mengalami kemelut ini. Arwah ibu mnggal dunia pd tahun lepas, menyebabkan jiwa ayah saya kosong, ntah dimana silapnya, ayah didatangi 2 org lelaki indonesia berasal dari lombok. apa yang menyedihkan, sekarang ayah saya x kenal siapa kami..Dia seakan lupa siapa anaknya. Habis semua simpanan ayah ditipu oleh lelaki lombok itu, akan tidak smpai hati melihat apa yg ayah lalui, sy berpakat dgn adik beradik yg lain bawa ayah pegi berubat, Allahuakbar, segala khazanah spt jarum, kaca, paku keluar dari badan ayah. dan kami menjumpai 2 bungkusan kain, 1. dibaluti kain kuning, diisi, abu mayat,rmbut,tulang babi dan kaca. 2. Dibaluti cerpisan kain seluar dlm wanita, diisi, paku, jarum emas, rambut, kuku dan abu mayat.
    Allah membantu perjalanan kami pergi & balik semasa mengubati ayah, tetapi, si lelaki Lombok itu mengunakan seruan keatas ayah. Sekarang, ayah seperti hilang punca. Seakan sihir itu semakin ditambah. Bantu lah saya, saya benar2 buntu.

Powered by Blogger