Bil 49/2011 Hujan, Kesesakan

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Kebiasaannya setiap hari Isnin, memang akan sedikit kelam kabut. Maklumlah, selepas bercuti Sabtu dan Ahad. Anak-anak pun sedikit liat untuk bangun.

Hari ini hujan amat lebat. Seperti dijangka memang kesesakan pun luar biasa. Masing-masing nak tunjuk bahawa mereka nak cepat. Sebenarnya semua orang nak cepat. Kalau dah semua nak cepat, ikutlah peraturan di jalanraya agar tidak berlaku kesesakan yang lebih teruk lagi.

Satu perkara yang saya perhatikan berkaitan gelagat pemandu di tempat saya, sukar sangat nak beri laluan pada kereta yang hendak keluar dari simpang jalan, walhal di depan mereka semua kereta berhenti dan tak boleh bergerak. Natijahnya kereta yang sepatutnya boleh berlepas dari simpang terpaksa membuang masa tersadai di situ. 

Kemudian di awal pagi yang masih lagi kegelapan, ditambah dengan hujan yang lebat, ada juga pemandu yang sayangkan bateri kereta dan tidak mahu pasang lampu. Kemudian ambil kesempatan pula untuk potong Q, menyebabkan kesesakan yang semakin teruk. Begitu teruknya sikap sebahagian pemandu kita...

4 Response to "Bil 49/2011 Hujan, Kesesakan"

  1. Assalamualaikum,

    Kita di ajar buat begitu....

    saharul says:

    Salam...

    apabila sudah terdesak, sopan tah ke mana, santun pun turut hilang..

    Anonymous says:

    Assalamualaikum P&P

    Kami disini pun kesejukan semenjak dinihari tadi.

    Hujan lebat, sekarang pun masih mendung.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Yamaha 125z

    betol di bila saya perhatikan waktu hujan ramai yang hilang pertimbangan.. kurang berhati-hati dan banyak sikap penting diri sendiri... eeemmm susahkan ...

Powered by Blogger