Bil 50/2011 Aurat: Antara Tutup dan Dedah


Assalamualaikum.
Salam sejahtera.

Dewasa ini seperti sudah menjadi sesuatu yang biasa dan lumrah apabila pasangan/seseorang artis (muslim) melangsungkan perkahwinan dalam suasana mewah dengan tetamu jemputan dari kalangan ‘orang-orang besar’, pak menteri, bahkan ketua negeri dan ketua negara. Semakin popular dan semakin tinggi ‘ranking’ seseorang artis tersebut, maka semakin ‘glamour’lah majlis perkahwinan tersebut. Sudah tentu hantarannya akan ‘terlebih’ mahal, lokasinya hotel-hotel mewah, makanannya ala-ala barat, dan yang lebih penting pakaian pengantin pasangan ini yang mewah dan bercirikan barat, walaupun ada diselitkan pakaian ‘melayu’. Ya. Pakaian melayu yang tidak semestinya bercirikan Islam.

Bila disebut ‘bercirikan Islam’, maka yang paling utama ialah pakaian yang menutup aurat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah perkahwinan/persandingan sama ada artis atau orang kenamaan lain, atau juga orang-orang biasa, atau mereka yang bukan Islam (non-muslim) yang ‘menyajikan’ pengantin lelaki dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Walaupun fesyennya ala-ala barat, ia tetap menutup aurat. Maksudnya tidak terdedah tubuhnya yang ‘di antara pusat dan lutut’. Atau mengenakan seluar pendek atau ‘boxer’.

Berbeza dengan pengantin perempuan yang biasa dan sentiasa terdedah auratnya, walaupun berpakaian ala-ala melayu. Hanya segelintir kecil sahaja yang sanggup dan bersedia mengenakan pakaian yang pada anggapan mereka sebagai menutup, tetapi dari pandangan syariat masih lagi belum sempurna. Belum sempurna kerana mungkin pakaian tersebut amat sendat dan ketat, atau kain yang nipis dan ‘jarang’, atau tudung yang sekadar melilit hingga ke leher sahaja, membiarkan bentuk dada terlihat jelas, berlawanan dengan apa yang diarahkan Allah dalam al-Quran, contohnya Surah an-Nur ayat 31.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Dan sudah menjadi satu ‘trend’ yang semakin diminati masa kini, bukan sahaja dalam kalangan artis, bahkan masyarakat Islam secara keseluruhannya, ialah mengadakan majlis ‘akad nikah’ dalam masjid. Walaupun acara akad nikah dalam masjid ini ada pro dan kontra, kita perlu melihat dari sudut yang positif sebagai mengimarahkan dan mempelbagaikan fungsi masjid agar tidak terhad kepada solat semata, selagimana acara tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak. Persoalannya, sejauhmana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak, kalau bakal pengantin (perempuan) ini mengenakan pakaian yang tidak sempurna menutup aurat?

Kalau kita masih ingat suatu ketika ‘kita’ bising apabila seorang rakyat Malaysia yang bukan Islam memasuki masjid tanpa menutup aurat, walau masih dikatagorikan sebagai ‘sopan’ dalam norma. Tetapi apabila ia berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri, kita seolah-olah menyatakan ia tidak mengapa!? Mengapa perlu ada ‘double standard’. Orang Islam boleh dedah, orang bukan Islam tak boleh dedah!

Dan satu perkara yang tidak kurang penting, bahkan amat penting dan wajib bagi setiap muslim, perlu diingat bahawa MENUTUP AURAT ITU WAJIB BAGI SETIAP MUSLIM PADA SETIAP MASA, bukan hanya untuk berkahwin/bersanding atau menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah sahaja. Tapi itulah yang berlaku. Maka UBAHlah. Marilah berUBAH. Semoga Allah menerima segala ibadah kita. Amin.
 

21 Response to "Bil 50/2011 Aurat: Antara Tutup dan Dedah"

  1. aza ni says:

    salam cikgu

    konsep aurat masih lagi belum difahami...mungkin mereka fikir, cukup tutup urat...

    ibuintan says:

    assalamualaikum cikgu,

    memang sedih melihatnya bila tutup aurat ni dijadikan fesyen, sukahati tutup sukahati buka

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum Azani dan IbuIntan.
    Sebenarnya tiada alasan nak kata tak tahu dan tak faham berkaitan aurat, jika pernah melalui zaman persekolahan. Ini kerana sukatan pendidikan islam dalam negara kita amat lengkap dan sempurna.

    Persoalan sama ada mahu mengamalkannya atau tidak, tepuk dada tanya iman (ungkapan yang selalu digunakan penceramah).

    TQ atas perkongsian.

    perempuan yang baik, murah maharnya. Ni kalau dah beribu riban, cam ne ek?

    ALHAMDULLILAH dulu mahar saya suma RM22.50..

    Asri Alam says:

    ws cikgu.
    pertama, suka tgk tajuk tu mcm no rujukan pekeliling :)

    dan mengenai isu tutup aurat, boleh dilihat kemodenan kini semakin ramai ibu bapa sendiri sudah tidak kisah anak bertudung atau tidak. ke sekolah bertudung, jumpa di luar free hair. nampak sangat tiada kawalan & halangan daripada orang tua. agaknya, wajar didikan dan kesedaran bermula dari rumah ya cikgu.

    Assalammuallaikum.

    sama2 kita cuba yg terbaik utk semua umat islam.insyallah.

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Biarlah tudung yang dipakai membuahkan rasa kehambaan, merasakan diri hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Merasa menegakkan syariat dengan bertudung walaupun ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu dilaksanakan.

    Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

    Dr K says:

    Assalamualaikum..
    Terima kasih sudi singgah ke blog saya semalam..

    Isu aurat ni dah lama.
    Menutup aurat itu WAJIB, bukan pilihan.

    Tapi ramai manusia yang kononnya menjadikan ia pilihan, menutup bila sampai seru katanya.

    kasihibu says:

    assalamualaikum cikgu
    terima kasih singgah di blog sya

    pemakaian tudung sya pun memang masih belum sempurna seperti tuntutan islam.Insya'allah akan cuba diperbaiki lagi, tambahan anak anak dara sya bersekolah di SRAI, memang cepat je mulut diorang tu menegur sya.

    Assalamu'alaikum cikgu,

    Cantik sungguh N3 ini. Kakak salute dan moga menjadi panduan kita bersama. Sedih sesungguhnya terlalu ramai umat Islam yg masih leka dan hanya menutup aurat ketika solat saja.

    Aurat wanita bukan sekadar bertudung sahaja, tetapi meliputi menutup bentuk tubuh. Bahkan kaki yg berselipar tanpa stoking juga adalah aurat.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih atas pandangan dan perkongsian rakan-rakan sekalian.
    Mohon maaf kalau tulisan ini ada tersinggung perasaan mana-mana pihak. Bukan itu niatnya, sekadar perkongsian dan saling ingat mengingati

    Terima kasih kunjungan kalian.

    Nori says:

    Salam perkenalan.
    TQ kerana singgah di laman & ikut saya. Saya ikut balik la.
    Sayangnya negara & pemimpin Islam pun tidak menekan perkara yang disuruh oleh Allah. Ramai orang pun macam keliru!

    nahmy says:

    assalamualaikum. para pemimpin kita pun ramai dr golongan fasiq...membiarkan isteri mengabaikan hukum tuhan. 'fish got rotten from the head'...itu yg org tua cina katakan & ada benarnya. kesian kita..susah sgt nak berubah. tukar 'kepimpinan' bukan bermakna tukar agama....kita kena pikir benda ni sbb kita tak mahu jd cam Tunisia, Mesir, Yaman...Libya

    This comment has been removed by the author.

    Assalamualaikum,

    InsyaAllah berusaha ke arah itu.

    Anonymous says:

    Aslmkm Cikgu.
    Memang isu penting kan?
    Kak G pun tengah nak buat paparan tentang isu yang sama ni.
    Mungkin sedikit berbeza dari pendekatannya la.
    Jika berkelapangan nanti, jengah ler.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Honda ex5 dan Honda wave
    Menutup aurat adalah perintah daripada Allah swt. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.

    Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini.

    Assalamualaikum,

    Berani berubah?
    Pakai jubah?

    .....berubah demi kebaikan sendiri...moga tabah.

    ROHA says:

    Salam perkenalan.
    Tq kerana follow saya. Saya follow balik la. :)
    Saya baca semua termasuk komen2.
    Tq ya. Nampaknya Kak G pun sudah tunai janji utk buat N3 atas isu ini.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terimakasih atas maklum balas dan perkongsian rakan semua. Terima kasih juga sudi 'ikut' untuk perkongsian.

    Yang baik kita jadikan tauladan, mana-mana kekurangan dan tidak baik, jadikanlah sempadan. Semoga kita semua dalam peliharaan Allah swt.

    TQ

    Wanita berpakaian ketat dihadapan mahramnya (kerabat si wanita yang haram menikahinya) dan dihadapan wanita lain saja tidak boleh. Apalagi di hadapan lelaki lain.Masalah wanita berpakaian ketat ini ada penegasan dari Nabi shollallohu’alaihi wa sallam, pemakainya tak akan masuk surga, bahkan mencium bausurga saja tidak.”Duagolongan termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihat mereka; satukaum (penguasa) yang membawa cambuk (besar) seperti ekor sapi,dengannya mereka memukuli manusia; dan kaum wanita yang berpakaiantetapi telanjang, menggoda dan menyimpang, kepala mereka seperti punukunta yang miring, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akanmendapati aromanya, padahal aromanya bisa didapat dari jarak perjalanansekian dan sekian.” (HR. Muslim)

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Yamaha 135lc dan penjagaan

    Honda ex5 dan Honda wave

Powered by Blogger