Bil 45/2011 Cuti Sekolah Di Luar Musim

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Hari ini enam buah sekolah lagi sekitar Sarawak, diberi kelulusan dan kebenaran untuk bercuti 'ganti' kerana  dijadikan sebagai pusat penamaan calon pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10.  Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abg Hj Openg bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Demak Laut; SMK Petra Jaya (Tupong); SMK Semerah Padi, Petra Jaya (Semariang) dan SK Merpati Jepang (Satok); keempat- empat di Kuching. Dua lagi sekolah di Sibu, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Thai Kwang bagi kerusi DUN Dudong dan SMK Sacred Heart (Pelawan).

Sementara semalam pula (5.4.2011) beberapa buah sekolah rendah dan menengah yang majoriti tenaga pengajarnya adalah guru-guru dari keturunan Cina, bercuti ganti sempena perayaan Ching Ming. Pada hari tersebut, kaum Cina  menziarahi kubur nenek moyang dan ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia. Mereka bersembahyang dan membersihkan kawasan kubur sebagai tanda menghormati dan memperingati nenek moyang mereka.

Cuti-cuti Malaysia.

2 Response to "Bil 45/2011 Cuti Sekolah Di Luar Musim"

  1. Assalamualaikum Cikgu Lai,

    Masa bercuti suka tapi yang tak seronok bila nak mangganti cuti rasa lesunya tak tahan, tambah bila melihat semua org bercuti....

    Selamat bercuti,

    Dah ganti dah pun...

Powered by Blogger