Bil 47/2011 Pengetahuan dan Skill


Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Emel dari rakan saya terima pagi ini, dalam bahasa Inggeris. Saya terjemahkan seperti berikut;

Apabila enjin sebuah kapal bersaiz gergasi gagal berfungsi, tuan punya kapal tersebut telah meminta bantuan pakar. Beberapa pakar yang dipanggil untuk membaiki enjin tersebut telah menemui kegagalan. 

Akhirnya beliau telah memanggil seorang tukang yang telah menjadi pembaiki enjin sejak dari muda lagi. Dia membawa bersamanya sebuah beg yang dipenuhi peralatan. Sebaik sampai, dia tanpa melengahkan masa telah menjalankan tugasnya. Dia memeriksa enjin tersebut dengan begitu teliti, dari atas ke bawah.

Dua dari pemilik kapal gergasi tersebut berada di situ, mengharapkan agar si-tukang ini tahu apa yang perlu dia buat.

Selepas memeriksa keseluruhan enjin, dia dengan cermat mengeluarkan sebatang tukul kecil dari begnya. Dia kemudiannya telah mengetuk pada satu bahagian enjin dengan perlahan. Setelah itu cuba dihidupkan enjin tersebut. Sungguh kagum sekali kerana enjin itu dapat dihidupkan hanya dengan sekali percubaan. Kemudian dia pun dengan cermat telah menyimpan balik tukul tadi. Enjin telah siap dibaiki.

Seminggu kemudian, pemilik kapal telah menerima ‘bill’ dari tukang tersebut berjumlah RM10 ribu. “Apa!, Dia tak buat apa-apa, Kenapa harganya begitu tinggi?”.  Pemilik kapal tersebut pun menulis kepada tukang tersebut meminta agar diberi bill yang terperinci.

Tukang itu mengirim bill yang tercatat:
Mengetuk dengan penukul:  RM2.00
Tahu dengan tepat dimana tempat untuk diketuk:  RM9998.00

USAHA ITU PENTING, TETAPI TAHU DI MANA UNTUK MEMULAKANNYA, ITULAH YANG MEMBEZAKANNYA. ANTARA USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN USAHA MEMBUTA TULI.
Ia bukan semata-mata mengenai tukul, tetapi pengetahuan dan ilmu di sebaliknya.

7 Response to "Bil 47/2011 Pengetahuan dan Skill"

  1. Begitula mahalnya sebuah kemahiran.

    Cantik N3 ini.

    Sebab tahu strategi dan tempat yg tepat itu yg mahal kan cikgu.... :)

    kah3... gelak aku baca

    kah3... gelak aku baca

    kemahiran tak boleh berdiri sendiri tanpa pengetahuan... maknanya kena ada pengetahuan dahulu baru wujud kemahiran... tapi kalau ada pengetahuan tak semestinya ada kemahiran...

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    enjin wira enjin apa lepas jpj

    Anonymous says:

    Itulah perbezaan antara 'orang yang membuat perancangan' dengan orang yang melakukan 'apa yang dirancang.'

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Ilmu dan pengetahuan tidak akan berfungsi kepada tuannya jika kurang praktik dan pengalaman.

Powered by Blogger