Bil 60/2011 Bicara Tentang Marah


Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Sifat marah adalah satu sifat mazmumah, yakni sifat tercela yang sewajarnya kita usahakan untuk dijauhi. Saya yakin semua kita tahu dan faham bahawa sifat marah tidak mendatangkan faedah atau keuntungan kepada sesiapa pun. Pun begitu ‘kita’ masih lagi suka atau terlanjur marah dalam kehidupan seharian.

Hanya kerana seorang murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan, seorang  guru mungkin boleh hilang ‘selera’ untuk  berkongsi ilmu,  sebaliknya menghabiskan masa yang diamanahkan itu untuk mengutuk, mengungkit atau menghina murid tadi. Itulah marah. Tidak cukup dengan  bukti lisan, sering juga kita terbaca di akhbar atau tertonton di TV3, nafsu amarah yang membawa kepada kecederaan dan ‘fobia’ dalam kalangan murid, di mana ‘guru’ ini sanggup meroton, sepak terajang  atau memukul dengan pembaris, selain membiarkan murid ini berdiri atas kerusi. PERISTIWA YANG HANYA BERLAKU SATU DALAM BANYAK RIBU, tetapi itulah yang nampak dan kelihatan di mata masyarakat. KERANA NILA SETITIK.... atau SEEKOR KERBAU...

Walaupun kita  bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah  juga orang lain. Tegurlah  dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Maksud firman Allah dalam surah Ali Imran:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa (ayat 133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik (ayat 134).


8 Response to "Bil 60/2011 Bicara Tentang Marah"

  1. kalau marah jangan lupa amik wudhuk, marah dari syaitan (api), jadi air bisa menyejukkan ;)

    Assalamualaikum cikgu,

    Walau selalu cuba tak nak marah tapi ada kalanya kita lupa cikgu. Baru semalam kakak marah anak kakak sebab tak mahu makan. Sedangkan kalau nak makan ubat kena makan nasi atau apa saja seperti roti/bubur/mee tapi dia enggan. Tujuan kita sayang tapi syaitan menggoda kita jadi marah.

    Kenalah kakak muhasabah diri masih banyak kena belajar....

    assalamualaikum cikgu...

    kalau bos marah, ape yg kita buat semua tak betul..dia je yg betul huhuhuhhhhh

    Dr K says:

    Kalau marah, cepat2 istighfar..kalau boleh ambil wudu...dan berbaring...Insya Allah reda marahnya...masalahnya, saya selalu marah masa driving!!! :)

    Anonymous says:

    Assalamualaikum P&P,

    Bila sedang marah jangan berkata apa-apa dulu. Tenangkan diri. Dibimbangi akan terkeluar perkataan2 yang mengguriskan hati orang yang kita marah dan kita akan menyesal bila hati dah sejuk.

    Kata2 yang dah terlajak tak boleh ditarik balik.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    اسلام عليكم

    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    kembara mahkota johor 2011 daulat tuanku

    baca doa moga hilang lah kemarahan yang meluap2 tu


    “Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkan marah di hatiku dan selamatkan aku dari godaan syaitan.”

    Assalamu'alaikum wbt,

    ...apapun kesalahan tegurlah dengan bicara iman...agar nampak keindahan islam, insya'ALLAH

    syukran ya syabab Admin P@P :-)
    Moga ALLAH kasih dan redha kita semua

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih pandangan dan petua yang dikongsi rakan bloggers sekalian. Semoga selepas ini kita akan menjadi lebih cekap dalam mengawal perasaan dan kemarahan. InsyaAllah.

    TQ

Powered by Blogger