Bil 68/2011 Sedikit Info Pesta Nanas Sarikei
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Pesta Nanas Sarikei telah dilancarkan oleh YB Datuk David Teng Lung Chi pada 24 September 2005. Ia adalah bertujuan mempromosikan aktiviti-aktiviti pertanian dan ekonmi di Sarikei seterusnya mempromosi Sarikei sebagai sebuah destinasi pelancongan dan percutian yang menjurus kepada meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.
Agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Sarikei, FAMA, Jabatan Pertanian, Pejabat Residen dan seumpamanya memainkan peranan penting dalam menjayakan Pesta Nanas ini. Antara lain aktiviti dalam Pesta Nanas ini ialah Jualan hasil tani, jualan hasil kraf, jualan dan pameran makanan tempatan dan persembahan hiburan.
Pada sekitar tahun 70an, buah nanas dijual di jeti-jeti bot express laluan Kuching - Sarikei - Sibu. Penumpang-penumpang sering membeli buah nanas sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Lama-kelamaan nanas menjadi sinonim dengan Sarikei. Terdapat pelbagai spisis nanas yang popular di Sarikei. Nanas paun, Nanas Madu, Nanas Josapin dan Nanas Sawit. Antara kawasan pengeluaran nanas di Sarikei ialah Sg. Sawang, Parit Tengah, Sg. Salah, Sg. Sageng dan kawasan tanah gambut yang lain. Sehingga kini nanas telah dikaitkan dengan nama Sarikei selain keluaran-keluaran pertanian lain seperti Lada dan Getah.
[diadaptasi dari http://mysarikei.blogspot.com/2008/11/pesta-nanas-sarikei.html]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
generasi nissan sentra
eeeemmm meriahhhh jugak yerrr...
untuk pengetahuan Tuan.... Tempat saya ( daerah Pontian, Johor ) juga ada gak Pesta Nenas sebegini.... setiap tahun diadakan... kerana daerah Pontian di tempat saya pun tempat pengeluaran utama adalahh tanaman Nenas Moris nama sains dia :Ananas Comosus Keluarga : Bromeliaceae ...
Tak menyangka kat sana pun ada Pesta nenas yerrr....
Assalamua'alaikum cikgu,
org Pontian sebut nenas...org Sarawak sebut nanas...tp bendanya sama kan?
Nenas-nenas kat Sarawak manis tak? Ia sama tak ngan nenas Sarawak yang terdpt kat Semenanjung sini?
Masa saya kecik-kecik dulu, nenas sarawak banyak terdapat di Ayer Hitam, Johor, nenas dia panjang sangat sampai hampir 1'...saya suka sebab rasanya yg manis tp tak berapa rangup macam nenas moris..
Skrg punya nenas sarawak dah agak kontot sikit, mungkin dah di'tut'kan ker apa...esh, betul ker apa yg saya cakap ni, sbb saya mmg tak faham bahasa pertanian, kalau salah maaflah ya...
nice entry...saya suka nanas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta
klu ikut tatabahasa betul mmg ejaannya nanas bukan nenas... but johorean menyebut nenas...
yuppp baka nenas sekarang telahh dipertingkatkan mutunya.... lebih kecil pokoknya dan tiada duri pada hujung daunnya
terimakasih atas info tersebut...
Assalamualaikum.
Maaf tiada kesempatan nak jenguk blog sehari dua ini. TQ Afzainizam atas maklumat dan TQ juga Queenie berkongsi pandangan dan maklumat.
Pesta nanas di Sarikei sebenarnya cuma gah pada namanya sahaja, tetapi kunjungan saya pada sabtu lepas, tiada gerai yang jual nanas atau apa jua yang bersumberkan nanas.
Hanya gerai badan kerajaan seperti pertanian yang mempamirkan buah nanas dan sedikit info berkaitan.
Saya akan cuba buat posting gambar sekitar pesta tersebut sedikit masa nanti.
TQ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy pasang head unit dan poweramp
sama lahhhhh kat tempat aku pun camtu gakkkk yang lain semua jual baju dan tudung ajerrr nak cari produk nens punya yg ada kat gerai Fama dan lembaga nenas ajerr....
matlamat tu rasanya tak tercapaiii pun...