Bil 69/2011 Gambaran/Foto Pesta Nanas Sarikei

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Saya sempat berkunjung ke Pesta Nanas tersebut pada Sabtu 23 Julai yang lepas. Pada hemat saya sudah tentu banyak gerai yang akan menjual barangan berasaskan nanas, atau pelbagai variasi buah nanas kerana sekarang adalah musim nanas di sini. Sebaliknya apa yang saya dapati, tiada satu gerai pun yang menjual buah nanas atau barangan berasaskan nanas seperti jem nanas, kuih tat nanas dan sebagainya. Barangan yang dijual adalah seperti kain baju, permainan, perhiasan, termasuk juga barangan kraf.

Tetapi kunjungan saya juga tidak menghampakan apabila "nanas" ada terdapat di "pameran pembangunan" yang terletak dalam Pasar Sentral. Disertakan di sini beberapa foto yang saya gabungkan untuk tatapan anda di luar Sarikei.

TQ.

3 Response to "Bil 69/2011 Gambaran/Foto Pesta Nanas Sarikei"

  1. Macam Pasar Tamu, ya? :)

    Admin P@P says:

    Salam kakcik.
    Begitulah nampaknya. Tapi kat sini tiada pasar tamu...

    TQ

    Anonymous says:

    lovely jubbly fantastic thanks so much

    Feel free to visit my web-site: accident claims

Powered by Blogger