Bil 65/2011 Bicara Hati (Muhasabah)
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Ketika memandu pagi ini sempat juga mendengar (tak dapat nak menonton kerana perlu memberi lebih perhatian di jalanraya) satu slot kerohanian di TV1. Saya tak ingat tajuk. Tapi perkara yang menarik perhatian saya ialah realiti kehidupan kita umat manusia termasuklah umat Islam yang amat terdorong dan bermotivasi dalam meningkatkan taraf kehidupan didunia. Faktor yang disebut ialah 'kita' akan lebih cenderung untuk melihat mereka yang berada 'di atas' dan seterusnya berusaha dengan sedaya upaya untuk mencapai tahap yang sama atau lebih lagi. Contohnya, kalau sahabat handai kita memiliki rumah berkembar sementara kita hanya mendiami rumah teres, maka kita sentiasa berazam untuk memiliki rumah yang sama atau lebih hebat dari itu.
Sebaliknya dalam hal berkaitan ukhrawi / akhirat, kita lebih suka melihat kepada mereka yang berada 'di bawah'. Mereka tak pergi masjid, aku pergi. Mereka tak bersedekah, aku ada, Mereka mencuri, aku tidak. Dan pelbagai lagi kekurangan orang lain yang dilihat, menyebabkan kita rasa selesa dan berpahala besar serta berpeluang masuk syurga Allah. Dan natijahnya kita kurang usaha untuk menambahbaik amal ibadat yang sedia ada.
Walhal, dalam keadaan yang lebih waras kita sepatutnya lebih berazam menambahbaik amal ibadat dengan memandang mereka yang 'di atas'. Ini akan memotivasikan dan memberi lebih semangat untuk kita berlumba-lumba melipatgandakan lagi ibadat kita.
Wallahu a'lam.
Assalamualaikum...
Moga cikgu sihat hendaknya..
Berbuatlah amal untuk mendapat redha Allah Taala kerana amal itu tidak membolehkan kita mendapat syurga melainkan dengan rahmat Allah SWT..
Assalamu'alaikum wbt,
Realiti umat akhir zaman. Itulah satu cara syaitan menipu manusia dengan menunjukkan kpd org yg lebih lemah dan jahil drpd kita, walhal Nabi SAW mengajar kita supaya dalam perkara agama/akhirat hendaklah kita melihat kpd org yg lebih tinggi drpd kita, tetapi didlm perkara dunia, kita hendaklah melihat kpd org yg lebih rendah drpd kita.
Wallahu'alam
terima kasih cikgu, n3 yg mampu muhasabah diri, alhamdulillah
Assalamualaikum cikgu,
N3 ini memang benar sekali. Moga kita sedar yg ilmu kita terlalu sedikit kalau dibandingkan mereka yg cerdik dalam hal-hal agama.
Assalamualaikum,
Moga kita sentiasa bemuhasabah dirim kita sendiri, insyaAllah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta
Moga kita sentiasa bemuhasabah dirim kita sendiri, insyaAllah.
Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan dari api neraka? Karena: “Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, “Wahai Allah! Masukkanlah ia ke dalam syurga”, dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, “Wahai Allah! Selamatkan ia dari api neraka”.” (Shahih Al-Jami? No. 6151 Jilid 6)