Bil 64/2011 Bicara Kehidupan
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
"Setiap dari kita sentiasa menempuh kejayaan". Begitu ungkapan rakan saya dalam 'sembang pagi', pagi ini.
Contoh yang diberi mudah sahaja. Kejayaan paling besar apabila bangun pagi, kita dah berjaya bangun dari tidur dan tidak mati (belum ajal). Diikuti dengan kejayaan ke dua iaitu bangun dari tempat tidur (katil dsb) menuju ke bilik air (buang air, gosok gigi, mandi, ambil wuduk) dan seterusnya berjaya menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim dengan menunaikan solat, menyembah yang Maha Esa.
Seterusnya berjaya pula sampai ke tempat kerja dalam keadaan selamat. Dan sepanjang hari ini insyaAllah akan berjaya menunaikan tugas dan tanggungjawab di tempat kerja, demi rezeki yang halal. Kesimpulannya kita sentiasa dikelilingi oleh kejayaan demi kejayaan. Tetapi lumrah manusia, kita sentiasa melihat kepada kegagalan apabila memberi nisbah kejayaan hanya kepada perkara-perkara utama dalam karier dan kehidupan.
Sebagai contoh, minggu mendatang kami akan mengadakan majlis khas bagi penerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC). Saya tak tersenarai. Rakan saya ini juga tak tersenarai. Apakah ini bermaksud kami telah gagal. Dari aspek APC, kalau nak sangat menterjemahkan kegagalan, maka saya dan beliau telah gagal. Tetapi apakah itu sahaja tujuan dan matlamat kita dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai anggota perkhidmatan awam? Kenapa tidak melihat kepada betapa banyak kejayaan yang telah kita alami dan kecapi dalam kehidupan kita.
SEMOGA KITA TERUS BAHAGIA DENGAN KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DIKECAPI...
Assalamu'alaikum cikgu,
Kegagalan org yg sentiasa bermuhasabah tidak sama dgn org yg berjaya tetapi gagal bermuhasabah.
Syabas cikgu kerana cikgu dan kawan cikgu bukan gagal. Setiap satu huruf yg cikgu berikan pada pelajar akan dihitung sebagai ganjaran dan itulah kejayaannya perlu dikira sebenarnya....
Assalamualaikum cikgu...
Kegagalan sebenarnya ialah kita tidak menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan~Nya kerana dengan jelasnya kita tidak faham dan tahu apa tujuan sebenarnya kita ke dunia ini...
bangun pagi, solat subuh... itu kejayaan besar, permulaan yg baik utk hari itu
Assalamualaikum cikgu,
bagi saya, setiap perbuatan yang mengharapkan ganjaran atau balasan itu adalah satu kegagalan.
saya suka bersikap beri dan lari heh3...
Assalamu'alaikum wbt,
Kejayaan disisi ALLAH itu yang lebih utama, apabila manusia taat pd perintah ALLAH, meninggalkan larangan-Nya ikut sunnah Rasulullah SAW, itulah kejayaan yang sebenar-benarnya.
Syukran cikgu :-)
semoga cikgu sekeluarga sentiasa berada dlm naungan kasih-Nya..
Tahniah atas kejayaan-kejayaan tersebut, tahniah pada diri dendiri juga, alhamdulillah.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta
Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...
yuppppp tahniahhhh. pada yang berjaya....
kejayaan bukan senang... perlu ada pengorbanan ... curahhh segalanya... itu pun kalau orang pandang ...kalau tak nasib korang lehhhh... janji kita iklas danterus berkhiidmat
Assalamualaikum.
Terima kasih sahabat sekalian kerana sudi berkongsi pandangan. Mudahan kita sama-sama mendapat manfaatnya.