Bil 67/2011 "Nanas Sarikei"


Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Pesta Nanas Sarikei Kembali Lagi. Bermula hari ini, dan kemuncaknya ialah pada 23 Julai (Sabtu)  di mana pengunjung dari luar Sarikei berpeluang datang (cuti hujung minggu).



Michael Dawi Ali (Residen Bahagian Sarikei) turut mengumumkan tarikh Pesta Nanas 2011 iaitu dari 20 hingga 24 Julai.

“Selaras dengan usaha kita untuk mempromosikan Sarikei sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di rantau ini, imej Sarikei sebagai destinasi agropelancongan telah dikekalkan dan ia ditambah lagi dengan pelbagai cara bagi menyerikan lagi suasana pada tahun ini.

“Setelah mengadakan mesyuarat dengan semua pihak, kita sebulat suara mempersetujui bahawa beberapa acara seperti regata tidak diadakan pada tahun ini tetapi diganti dengan beberapa aktiviti lain yang kita rasakan tidak kurang hebatnya,” ujar Michael.

Katanya, antara aktiviti baru akan diadakan pada Pesta Nanas yang akan datang adalah seperti pentas ria yang melibatkan persembahan artis tempatan dan luar, bermukun, pertandingan ratu Pesta Nanas, pertandingan ngajat, ‘battle of the band’, pertandingan memasak dan menggubah berasaskan buah nanas, pertandingan makan nanas, ‘autoshow’ dan sebagainya.

Menurutnya, lebih 400 tapak gerai dan pameran disediakan oleh penganjur pada tahun ini untuk digunakan oleh masyarakat yang berminat  menyertai program itu  nanti. Sehubungan itu beliau turut menyeru kepada masyarakat agar memanfaatkan peluang yang ada itu dengan sebaiknya.

Lokasi utama bagi Pesta Nanas bagi tahun ini adalah di Central Market Sarikei.
(dipetik dari Borneo Post online pada 16 Julai 2011)
 Persiapan akhir menyediakan khemah/tapak pesta untuk peniaga
 

9 Response to "Bil 67/2011 "Nanas Sarikei""

  1. Assalamualaikum,

    Pertandingan makan nenas?

    ....uhhhh ngilu rasanya.

    Saya suka jem nenas, tart nenas, namun makan segar begitu cuma setakat separuh potongan bersaiz kecil.

    Admin P@P says:

    Salam.
    Nanas spesis terbaharu namanya nanas sawit, bersaiz agak besar sehingga 3 kilo, amat manis. Kalau makan separuh potongan bersaiz kecil tu memang tak puas.

    TQ

    Assalamualaikum cikgu,

    Lepas ini puaslah cikgu makan nenas. Kalau kakak sebab kampung kakak banyak pokok nenas jarang membeli.... Belum pernah sampai Sarikei lagi.

    p/s: kakak suka kuih tat nenas:)

    Admin P@P says:

    w/salam Kakzakie.
    Nenas di Sarikei sebenarnya macam tak bermusim, sentiasa ada. Tapi sekarang memang banyak nanas dan banyak variasinya. Paling popular sekarang nanas sawit. Sebelum ini nanas paun yang digemari. Walaupun banyak nanas, tapi harga kekal agak mahal.

    TQ

    Anonymous says:

    Assalamualaikum P@P

    Kak ani pun suka makan nenas, terutama nenas yang orang panggil 'nenas sarawak', mungkin benihnya dari sarawak.

    Nenas sarawak ni kalau makan banyak pun lidah kita tak 'pedih'.

    Admin P@P says:

    w/salam Pn Kunang-kunang.
    Mungkin bila dibawa keluar sarawak ia dikenali sebagai nenas sarawak. Kat sini pun ada banyak jenis nanas, ada yang masam dan sesuai dubuat jem atau sambal dan ada yang manis yang sesuai dibuat hidangan selepas makan atau makan begitu sahaja.

    TQ

    Dr K says:

    Kalau dekat, dah lama saya ke sana. Tapi kereta tak boleh drive dalam laut..huhuhu

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Kalau ada rezeki (ruang dan peluang) datanglah ke Sarawak. Sarikei terletak di tengah Sarawak. Lapangan terbang di Sibu.

    Kalau nak drive juga kena tunggulah kerajaan bina jambatan merentangi LCS...

    TQ

    Pesta Nanas Sarikei (Pineapple Festival) kalau tak silap telah diperkenalkan pada 2004 lagi..

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    generasi nissan sentra

Powered by Blogger