Bil 71/2011 Bazar Ramadhan
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Semalam saya berkesempatan 'melawat' bazar Ramadhan bersama keluarga. Nampaknya dari setahun ke setahun, bazar Ramadhan semakin meriah dan semakin ramai yang mengambil kesempatan menambah rezeki dengan berniaga sambilan. Ini bersesuaian mafhum hadis (bukan hadis sahih) yang menyebut bahawa 9/10 dari rezeki datangnya dari perniagaan.
Apabila melalui satu gerai 'memanggang ayam', maka tercetuslah permintaan sang anak, mahu dibelikan ayam panggang. Bukanlah sang ayah mahupun sang ibu ini 'kedekut' dan tak mahu melunaskan kehendak anak-anak, tetapi apa yang merisaukan kami ialah penampilan penjaja tersebut yang agak 'mengerikan'. Dengan baju tanpa lengan, rantai leher yang bersaiz besar, fesyen rambut, kebersihan.... menyebabkan hati ini tak tergamak nak membelinya. Gerai lauk pauk dan kuih muih yang lain pun ada juga memperagakan penampilan yang kurang sesuai. Tidak sesuai bukan sahaja kerana ini adalah bulan Ramadhan, tetapi juga kerana mereka adalah penjaja muslim. Fesyen tak kena pada tempat, jauh dari tuntutan syarak.
Terfikir juga kenapa Majlis Daerah tidak mengenakan syarat agar peniaga muslim ini mengenakan pakaian yang amat sopan, kalaupun tidak menutup aurat. Kerana bab aurat biasanya dikaitkan dengan 'seru'. Belum sampai seru lagi... Persoalan tersebut saya jawab sendiri. Agaknya peniaga ini nanti akan mengadakan demonstrasi menuntut hak dan kebebasan kerana berniaga atau berjaja tiada kaitan dengan pakaian yang dipakai!
Selamat beribadat di bulan mulia dan barakah untuk kita semua. TQ.
Jelas cikgu negara kita masih tidak menitik beratkan hal-hal sebegitu sebab itulah ianya berleluasa. Perlukan ada pencerahan baru seiring dalam mencari dunia dan akhirat...
Banyak cikgu membeli agaknya..:)
Salam ramadan al-mubarak,
selamat menjalani ibadah puasa,
selamat menyambut lebaran,
maaf zahir dan batin.
salam, saya kalau ke pasar ramadhan pg dekat2 maghrib, org pun dah tak ada
salam,
saya tak pernah lagi jejak bazaar Ramadhan. tak berapa suka keadaan yang sesak dan penuh orang, lagi2 di KL ni
apa2pun, salam Ramdhan kareem dr sy ya,
:)
Salam Ramadhan cikgu...
Kali terakhir saya ke Pasar Ramadhan yang cuma terletak di belakang sekolah adalah tahun 2008. Saya 'alah' dengan suasana yang sesak dan libang-libu begitu. Berbuka puasa, masak seadanya saja kerana Ramadhan memang masanya mengurangkan makan-makan. Alhamdulillah,anak-anak pun fahamdengan tarbiah itu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit
bazar ramadan sekarang makin kurang eeemmm rasanya mungkin dah makin banyak tempat bazar ramadan menyebabkan orang ramai tak tertumpu pada satu2 bazar sahaja... mungkin duit makin kurang... orang tak suka membeli dahhh