Bil 74/2011 Ramadhan dan Merdeka
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
- Selamat berpuasa Ramadhan buat semua umat Islam. Moga puasa kita terpelihara dari sebarang kecacatan, dan "objektif"nya sudah tentulah ganjaran yang sempurna. Sejak Isnin yang lepas, boleh dikatakan setiap pagi hujan turun, mengiringi perjalanan ke tempat kerja. Hujan rahmat, begitu kata-kata sebahagian rakan. Ini kerana sejak awal Ramadhan cuaca amat panas, dari pagi sehingga petang.
- Sejak dua hari lepas juga telah mula berkumandang lagu-lagu 'raya', walaupun tidaklah begitu kerap. Tetapi ia cukup memberikan 'suasana' kepada hari lebaran yang bakal menjelma kurang dari 2 minggu lagi. Tapi kalau difikirkan semula, masih terlalu awal nak memikirkan tentang hari raya dan lagu raya, kerana baki hari-hari yang tinggal ini perlu digunakan secara 'serius' untuk merebut segala ganjaran yang Allah janjikan.
- Seawal 4 Ramadhan tahun ini pula kita telah di'kejut'kan dengan berita remaja putus tiga jari kerana mercun. Remaja berusia 19 tahun! Terfikir pula ketika Tahun Baharu Cina, tiada berita berkenaan putus jari dan seumpamanya akibat mercun.
- Dalam pemanduan pagi ini, saya dapat melihat dan mengenalpasti 3 jalur gemilang 'terkulai' dan cedera parah di jalanraya. Teringat kata-kata Menteri Penerangan dalam radio kelmarin bahawa pada tahun ini kementerian tidak menggalakkan mengibar Jalur Gemilang pada kenderaan, kerana banyak yang tercabut jatuh, dan digilis tayar. Satu penghinaan kepada JG. Kebetulan saya sendiri juga belum mengibar JG pada kereta. Terus dibatalkan. Sememangnya JG untuk kereka tidak berkualiti dari segi benderanya dan pelekatnya walaupun harganya amat murah. Hanya RM1.20 sahaja. Rakan-rakan kata ia 'made in china' agaknya.
- Tiga hari lepas, bonus separuh gaji (sempena AidilFitri?) dah masuk akaun. Baharu separuh gaji, diulang umum dalam radio, tv dan media cetak, berulang kali dan berulang hari. Tak pasal-pasal harga barangan naik. Rakan di Bank Rakyat terima 8 bulan gaji sebagai bonus, senyap saja. Hanya mereka yang tahu dan tak heboh pun.
Semoga terus tabah dan bersemangat meneruskan kerjaya dan kehidupan. Salam Ramadhan.
Assalamualaikum cikgu,
Bonus dah dapat, puasa dah masuk 18 hari, persiapan raya dah kian lengkap, lagu raya dah berkumandang (IKIM tak ada lagilah cikgu, kakak tak buka radio lain), mercun dah meletup sana sini sampai cedera dan bazar kian meriah.
Moga kebaikan diperolehi cikgu. Kakak tak ada bonus sebab kerja swasta. Kakak mengharap "bonus" ramadhan ini sajalah cikgu.
Cikgu memang asal di sana atau kg di semenanjung?...
w/salam Kakzakie.
Semoga terus ceria dan bahagia bersama keluarga.
Semoga kita sama-sama memperolehi bonus Ramadhan yang dijanjikanNya.
(saya ni memang asal sini kakzakie)
TQ
Assalamualaikum...
Bila lagu raya sudah berkumandang masjid pun kian sunyi. Jemaahnya semakin menurun setiap hari. Apa pun jangan lupa 10 hari terakhir Ramadhan bonus tersedia setiap tahun harus direbut kerana kita tidak tahu adakah kita sempat lagi bersama Ramadhan pada tahun hadapan.
Selamat menghidupkan 10 hari terakhir Ramadhan
Assalamualaikum,
Selamat menjalani ibadah puasa,
Selamat menyambut lebaran,
Salam merdeka,
Maaf zahir dan batin.
Asalam..
Terpesona membaca tiap info tuan, semua yang diungkapkan adalah realiti yang kita nampak dan kita dengar. Hal bendera jatuh digilis itu, saya syorkan cari jalan agar kukuh biar bertahan hingga 31hb ogos pun cukuplah. Kadang kita perlu memperbaiki kelemahan lalu yg melekatkan bendera tetapi kurang ikhtiar untuk lebih kukuh. Tambahkan sedikit gam gajah tetapi pastikan tak mencalar kereta ya. Saya tak kisah kurang yg kibarkan jalur gemilang, kerana ada jg yang bertindak memasang jalur gemilang di dalam kereta pula. Ertinya masih ada yang membanggai kehadiran bulan merdeka kita. Saya tiap tahun memang kibarkan JG, kerana saya merujuk rasa kesyukuran ku padaNya saya lahir di bumi Malaysia.
hal bonus pula..hemmm! hanya mampu menadah tangan bersyukur, tetapi tak heboh mengeji kerajaan kerana hanya setengah bulan gaji. Kata orang yg sedikit itu jika diurus secara bijak akan menjadi yg banyak.
semoga puasa kita diterima.
Bulan Kemerdekaan..........
Mengulang-ulangkan lafaz
merdekamerdekamerdekamerdekamerdekamerdeka
mengenangkan jasasasa mereka yang bangun memerdekakan
mengenangkan keringatdarah mereka yang bangun memerdekakan
mengenangkan taksiapasiapa mereka yang bangun memerdekakan
Bulan Ramadahan...............
Bulan ketenangan,
Bulan anugerah,
dan bulan penuh rahmat.
Semua manusia, memuja bulan itu.
Mencintai,
dan merindukannya.
Mengharap, keridhahan sang penguasa
Sang pencipta alam semesta.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit
Salam Ramadhan al-mubarak. Saya doakan semoga kita sama-sama mendapat ganjaran bonus dibulan yang mulia ini terutama di sepuluh hari terakhir ini. Semoga tarbiyah Ramadhan ini dapat meningkatkan martabat kita ke suatu peringkat yang lebih mulia di sisi Allah taala.
kekadang menyakitkan mata bila tengok bendera berterabur atas jalan
gitule cikgu. separuh gaji - diumum berulangkali dari ufuk timur ke barat dari utara ke selatan. riuhnya...apapun something is better than nothing - alhamdulillah
Assalamualaikum.
Terima kasih di atas perkongsian rakan-rakan sekalian.
Semoga hari-hari terakhir Ramadhan akan lebih menguatkan keimanan kita.
TQ
Assalamualaikum P&P,
Selamat mencari Lailatulqadar. Selamat hari raya juga untuk P&P dan keluarga.