Bil 73/2011 Cikgu Marah?
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Sedar tak sedar hari ini dah masuk 13 hari Ramadhan. Bilangan jamaah untuk turut bertarawikh juga sudah mulai menunjukkan kekusutan. Malam tadi si-bongsu janji lagi, nak ikut abahnya ke masjid berhampiran untuk sama-sama meriahkan masjid, kerana dia masih lagi 'main-main' ketika solat. Masih lagi di 'tadika'.
Minggu lepas dia mengadu kepada abahnya:
Abah, tadi cikgu marahkan Ieesyah.
Kenapa tu?
Cikgu kata Ieesyah main-main masa kat masjid malam tadi.
Ya ke? Cikgu kata apa?
Tak tahu!
Tadi kata cikgu marah, macam mana tahu cikgu marah?
Cikgu cakap tak boleh main-main dan lari dalam masjid.
Ieesyah nampak cikgu ke?
Tak nampak. Mungkin cikgu nampak Ieesyah.
Cikgu marah macam mana?
Cikgu pegang kepala Ieesyah.
Cikgu ketuk kepala ke?
Cikgu gosok kepala Ieesyah.
Itu bukan marah. Itu tandanya cikgu suka Ieesyah pergi masjid. Cikgu banggalah tu.
Tapi cikgu kata Ieesyah bising.
Lain kali kalau ikut abah ke masjid, Ieesyah jangan buat bising.
Tapi Ieesyah ikut kawan...
Itu antara dialog antara abah dan si-bongsu.
Tarawikh malam pertama pun kakaknya dan 'komplen' yang si-bongsu ni tak boleh dikawal dan tak boleh duduk diam. Berjalan dan berlari ke sana sini. Tapi tak adalah mengganggu kakaknya secara langsung.
Pada saya keriuhan dan 'keceriaan' kanak-kanak yang mengiringi ibubapa ke masjid merupakan perkara biasa, dan bukanlah isu besar. Apa yang penting ialah kesediaan mereka untuk turut serta dan ini insyaAllah dapat 'menjinakkan' hati mereka untuk mendekati masjid. Walaubagaimanapun, ibubapa kenalah sentiasa nasihati anak-anak kecil ini agar 'berkelakuan' baik dan juga turut sama bersolat.
Salam Ramadhan.
Betul.. saya bersetuju, jika tiada kanak2 di masjid terasa sangat sunyi. Biarlah mereka ikut tetapi jangan sampai mengganggu orang lain.
Semoga mereka kenali masjid dan ingin ke Masjid bukan takut ke masjid dengan pelbagai peraturan yang mereka akan rasa tidak suka ke masjid...
Amat beanr apa yg cikgu katakan. Kanak-kanak bila sudah biasa walau mulanya kena tegur selalu lama-lama bila dia membesar dlm suasana masjid dia akan tahu sendiri utk menghormati rumah Allah...
Kita sebagai ibu-bapa kenalah menasihati mereka.
Assalamualaikum P@P
masaalah yg sama disurau kami
bising nya kadang2 mengangu
bagus bapa Ieesyah...menasihati anaknya
Wassalam
benar cikgu mmg dr kecil kita kena latih anak-anak agar 'mesra' masjid. supaya dah besar esok mereka semakin 'intim' dgn masjid tu...
Assalamualaikum.
Terima kasih atas perkongsian pandangan rakan sekalian.
Semoga diberkati Ilahi.
TQ
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit
EEEMMMM kadang tu mmg budak2 mmg macam tu takyah nak marah2 pun sekadar nasihat.... kita masa bebudsak pun macam tu gak nanti bila dah besar kita akan terfikir nanti....
Membawa anak-anak ke masjid itu bagus namun ibu bapa perlu mendidik mereka dahulu sebelum membawa ke masjid.
Membawa anak ke masjid dengan harapan mereka menjadi baik adalah tidak betul kerana dengan membawa ke masjid semata-mata tidak menjadikan mereka baik secara automatik.
Saya ingin memuji tindakan masjid negeri Pulau Pinang yang menyediakan khidmat pengasuh dan menjaga anak-anak sepanjang bulan ramadhan yang lalu ketika ibu bapa mereka berterawih. Ini kali pertama saya dengar dan saya fikir ianya baik untuk diikuti oleh masjid-masjid lain.
Bukan saja dapat mendekatkan anak kepada masjid bahkan anak itu juga tidak mengganggu jemaah.
Wallahu a'lam.