Bil 75/2011 Berapa Hari Boleh Raya?

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Sejak beberapa hari ini anak bongsu saya sering mengulangi soalan tentang barapa hari dia boleh 'beraya'. Katanya dia mendapat pujian dari cikgu di TASKI kerana dah melaksanakan puasa selama 2 hari. Setengah hari darab empat kali, bersamaan dengan 2 hari. Bila diberitahu boleh 'beraya' dua hari, dia begitu gembira sekali, sebaliknya bila di'sakat' oleh si kakak bahawa puasanya tidak dikira atau tidak sah, dia akan marah dan menangis.

Bukan setakat tanya berapa hari dia boleh beraya, tetapi semua ahli keluarganya ditanya, berapa hari mereka akan beraya nanti. Apa agaknya yang bermain di minda anak kecil ini. Apa yang pasti dia begitu teruja menantikan hari yang 'meriah' ini.

Bagi kita yang dewasa dan memahami tanggungjawab sebagai umat Islam, sudah tentu akan ada rasa pilu dan sedih mengingatkan Ramadhan yang akan berlalu meninggalkan kita dalam beberapa hari sahaja lagi. Dan dalam 10 hari terakhir kita sepatutnya 'berlumba-lumba' untuk mendapatkan yang terbaik dan bermohon agar mendapat LailatulQadr, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Subhanallah. Dalam masa yang sama kita tidak ditegah dari membuat persiapan menjelang hari lebaran, asalkan tiada pembaziran atau perbelanjaan ke atas perkara yang tidak diperlukan. Dan dalam masa yang sama janganlah sehingga lalai dengan kewajipan kita beribadah kepada Allah, walaupun hanya solat sunat tarawikh. Apatah lagi solat sunat tarawikh ini hanya ada dalam bulan Ramadhan, dan belum tentu kita akan bersua kembali dengan Ramadhan berikutnya.

Salam Ramadhan dan Salam AidilFitri buat anda semua.
Maaf dipohon terhadap sebarang kesilapan dan tulisan yang menyinggung perasaan.

4 Response to "Bil 75/2011 Berapa Hari Boleh Raya?"

  1. Dr K says:

    Bagi saya, yg penting ialah kita latih anak anak utk taat tunaikan solat, kerana solat itu kunci segala ibadah. Apabila solat nya cantik tak perlu bersuruh, Insya Allah ibadah lain seperti puasa tu amat senang dibuat.

    Assalamualaikum,

    Raya kan sebulan? Sama macam ramadan.

    ...selamat hari raya,
    maaf zahir dan batin.

    lagi banyak hari bole raya, lagi banyak duit raya

    bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

    Anak kecik pun tahu menilai ibadah yg dituntut. Sedih melihat yg dah terlebih baligh bagai tak dapat menikmati ramadhan yg dtg sebulan sekali je....

    Selamat Hari Raya cikgu. Mohon maaf andai ada yg mengguris rasa...

Powered by Blogger