Cuti: Tahun Baharu Cina (TBC)



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Kebanyakan sekolah telah mengadakan ‘sekolah ganti’ pada Sabtu lepas. Natijahnya pada minggu depan, bercuti seminggulah jawabnya. Semuanya gara-gara sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 3 dan 4 Februari 2011. Persekolahan akan disambung semula pada 7 Februari 2011.

Teringat kepada kata-kata rakan bahawa Malaysia merupakan negara yang paling banyak jumlah cuti dalam setahun, sesuai dengan semangat masyarakat majmuk atau apa yang dikenali sebagai 1Malaysia sekarang ini. Setiap kaum ada perayaan besarnya sendiri dan memerlukan cuti. Dan cuti terbanyak diungguli oleh sekolah, sama ada berbentuk cuti gantian atau cuti peristiwa, selain dari cuti asli yang diperuntukkan dalam almanak.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting kaum Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar mereka. Kalendar ini terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, ia ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

Dalam negara kita setiap tahun dan setiap perayaan besar akan dirayakan secara besar-besaran dengan kehadiran pemimpin negara dan menteri-menteri. Cuma sebagai peringatan kepada umat Islam, dalam meraikan rakan kita yang bukan Islam ini, janganlah sampai kita menggadai maruah agama semata-mata kerana mahu mempertahankan semangat 1Malaysia. Setiap batasan dalam agama tetap sahlaku, halal haramnya tidak akan berubah lagi walau atas apa alasan, apatah lagi kalau semata-mata untuk ‘menjaga’ hati penganut atau kaum lain. Berhati-hati dalam makan minum dan juga pergaulan, agar kesucian Islam sebagai ad-Deen tetap terjaga, apatah lagi ia adalah agama rasmi negara.

Tahun 2011 dikenali sebagai tahun arnab, dipercayai oleh masyarakat cina sebagai tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun yang baik bagi untuk perniagaan, juga merupakan tahun yang baik bagi perniagaan berkaitan perubatan tradisional dan jamu. Akan tetapi masyarakat Cina percaya mereka perlu berhati-hati dan jangan terlalu menurut kehendak hati.
http://sites.google.com/site/desabayu/horoskoparnab

Selamat Bercuti. Jaga kesihatan dan keselamatan. TQ.

8 Response to "Cuti: Tahun Baharu Cina (TBC)"

  1. Rozali says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    terima kasih info ni

    Wassalam

    Salam P&P,

    Saya selalu risau bila ada perayaan, risau berapa banyaklah aksiden nanti. Kurang ker tambah.

    ibuintan says:

    selamat bercuti cikgu Lai... tak jalan-jalan cuti2 Malaysia ke?

    azhar says:

    untung jadi cikgu banyak cuti..tp terpaksa dibayar dgn tanggungjawab dipikul demi mendidik anak bangsa..berbaloi

    Mohamad says:

    Salam admin P@P..
    Tak kita tahun apa, perniagaan mereka sentiasa berjaya kalau dibandingkan dengan bumiputera..

    Selamat tahun baru kepada semua rakan2 yang menyambut Tahun Baru Cina..

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    EEEMMMMM cuti sekolah cekgu pun ikut cuti gakkkkk

    selamat bercuti panjang

    (Semuga Allah SWT memberi balasan yang baik kepadamu kerana sering mengingatkan kami semua)


    Bahawasanya kami
    Guru-guru negara Malaysia
    Dengan ini berikrar
    Mendukung terus cita-cita kami
    Terhadap tugas kami
    Dan menyatakan keyakinan kami
    Pada cita-cita murni pekerjaan kami
    Kami akan berbakti
    Kepada masyarakat
    Dan negara kami
    Kami sentiasa menjunjung
    Perlembagaan Negara
    Kami mengamalkan
    Prinsip-Prinsip Rukun Negara

    Sham says:

    kamek pun cuti seminggu jugak...yahooo

    IMANSHAH says:

    Salam

    Murid kami 100 peratus melayu, tapi sekolah cuti sampai seminggu..Agak pelik di situ..Alangkah baiknya waktu digunakan untuk belajar..

Powered by Blogger