Iman dan Amal: Keyakinan



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Belek-belek berita online lewat malam tadi menemukan saya dengan satu berita yang sebenarnya terpulang kepada kita sendiri menilainya. Sama ada ia berita yang biasa, atau luar biasa, atau mengejutkan, atau tiada apa-apa yang pelik. Allah swt. telah berfirman, maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan). (Surah al-Israk: Ayat 32).

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Georgtown, atas dakwaan melakukan khalwat! Wallahu a’lam. Bukanlah nak memutuskan bahawa beliau telah melakukan kesalahan, kerana selagi mahkamah belum memutuskan beliau bersalah, maka beliau tidaklah bersalah.

Saya sengaja mahu mengajak para pembaca sekalian merenung sejenak, yang mana sejak kebelakangan ini kita sering dipaparkan dengan kes-kes seperti khalwat, zina, rogol, liwat dan pencabulan yang dilakukan oleh mereka yang ‘terhormat’ dari segi kedudukan dan ‘arif’ dalam bidang keagamaan.

Kita pernah ‘dikejut’kan dengan berita guru agama atau ustaz yang mencabul dan meliwat pelajar, guru mengaji al-quran merogol muridnya, ustazah terlibat dengan klip video lucah dan zina, pegawai pencegah maksiat terlibat merogol, selain dari yang terkini, hakim mahkamah syariah didakwa terlibat dengan kes khalwat yang dilaporkan ditangkap pada jam 2.05 pagi 5 Disember 2010.

Kebimbangan kita ialah masyarakat akan kehilangan kepercayaan terhadap golongan agama ini, seperti yang terungkap dalam peribahasa; kerana nila setitik rosak susu sebelanga, atau kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Kita juga bimbang kalau ada pendapat-pendapat yang liar yang membuat rumusan; kalau golongan agama ini pun boleh terlibat dalam kes maksiat berat, apalah yang nak diherankan kalau ia dilakukan oleh orang-orang yang ‘biasa-biasa’!

Apa yang pasti, seperti yang disebut dalam lirik lagu kumpulan Raihan (Iman Mutiara); Iman tak dapat diwarisi, Dari seorang ayah yang bertaqwa, Ia tak dapat dijual-beli, Ia tiada di tepian pantai

Iman juga tidak dapat diperolehi melalui jawatan atau gelaran, sebaliknya ia memerlukan doa dan usaha dan perlukan ‘maintenance’ agar ia tetap subur dalam hati dan jiwa kita. Allah tidak sediakan syurga hanya untuk para ustaz ustazah atau golongan berkaitan agama, juga tidak menyediakan neraka untuk golongan selain mereka. Sesungguhnya golongan yang paling mulia si sisi Allah ialah yang paling bertaqwa kepadaNya.

Wallahu a’lam. Semoga kita mampu menjagasubur iman dan menambahbaik kualitinya dari masa ke semasa.  TQ.

11 Response to "Iman dan Amal: Keyakinan"

  1. Anonymous says:

    harap ianya menjadi ikhtibar

    Assalaamu'alaikum wbt

    Insya'ALLAH ya Admim P@P..sama2 terus menjaga iman dan taqwa dlm diri, supaya ia menjadi benteng yg kuat..insya'ALLAH

    Terima kasih atas perkongsian ni..
    Barakallahu fik

    IMANSHAH says:

    terkenang lirik nasyid IMAN MUTIARA dari Raihan..antaranya mengatakan iman tak dapat diwarisi, oleh seorang ayah yang bertaqwa...

    Hunny says:

    One is innocent until proven guilty.. Prinsip kehakiman dalam undang2 islam dan sivil. Moga tertuduh dapat dihakimi dengan adil.

    Abd Razak says:

    السلم عليكم ورحمة الله

    Apabila kurangnya menjaga iman dan menambahbaik kualitinya hari demi hari, nafsu mudah mengambil tempat menerajui halanya ke arah yang tidak baik...

    salam,

    org agama tu juga spt manusia biasa yg tk lari drpd melakukan khilaf...

    cuma malangnya, kelebihan yg mrk miliki tu tk dpt membenteng diri mrk drpd melakukan khilaf...

    dan media yg terlalu mensensasikan berita2 sebegini hingga seekor lembu yg membawa lumpur, semuanya terpalit sama...

    azzey says:

    semog a kita dpt mengambilnya sbg satu pengajaran..

    ibuintan says:

    semoga menjadi ikhtibar kepada kita semua, sememangnya manusia tidak dapat lari dari melakukan salah dan silap... minta dijauhkan darinya

    … ....Gong Xi Fat Coi……..
    ┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
    Wish you healthy always
    ┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
    ....lllllll........ lllllll .......lllllll....
    Salam dari kami…
    http://firestartingautomobil.blogspot.com
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com

    ianya sebagai iktibar sesama kita...

    Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:
    "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
    Jazakallah Khairan,

    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih kepada semua rakan yang telah berkongsi pandangan dalam 'posting' saya. Semoga kita mendapat kebaikan daripada perkongsian tersebut.

    Segala kebaikan adalah atas 'dorongan' dari Allah, dan sama-sama kita perbaiki kelemahan dalam diri.

    TQ

Powered by Blogger