Solat Berjamaah



Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Semasa berdiri menunggu rakan bagi melengkapkan saf untuk solat fardhu zohor hari ini, rakan ustaz secara spontan dan bernada seloroh menyebut; “Solat berjamaah ni, boleh juga kita buat di rumah. Tapi seeloknya buatlah di masjid atau surau. Buat di rumah dapat juga 27. Buat di masjid atau surau pun 27. Tapi bezanya macam 27 ikan bilis dan 27 ikan yu…”  Dalam sedar tak sedar sebenarnya ‘kita’ selalu ambil mudah berkaitan solat berjamaah di masjid atau surau. Kadang-kadang kita buat juga solat berjamaah, tapi di rumah. Tapi kalau difikirkan, suami solat berjamaah di masjid atau surau, isteri (dan anak-anak) dibiarkan solat di rumah, pun rasa macam tidak adil juga. Jadi, kalau sekali sekala kita raikan keluarga kita dengan solat berjamaah di rumah dan jika ada kelapangan atau keadaan yang mengizinkan (di zaman moden ini) kita bawa keluarga ke masjid atau surau, itu lebih baik (rasanyalah…) daripada langsung tak solat berjamaah atau hanya berjamaah di rumah.

Sesungguhnya solat berjamaah itu adalah sunnat muakkad yang sangat diberatkan dan hukum mendirikannya adalah fardhu kifayah. Jadi sekiranya sesebuah kampung itu tidak mendirikan jamaah, maka seluruh penduduk kampung itu menanggung dosanya kerana solat berjamaah itu termasuk syiar dan lambang keagungan Islam.

Menurut syariat Islam, pihak berkuasa seperti Qadhi, Hakim Syariah dan sebagainya boleh mengambil tindakan memerangi atau menghukum orang yang tidak mendirikan jamaah. Terdapat banyak hadith yang menerangkan tentang ancaman atau balasan yang akan diterima oleh mereka yang meringan-ringankan solat berjamaah.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
Sesiapa meringan-ringankan solat berjamaah maka Allah akan membalasnya dengan 12 kecelakaan. Tiga ketika di dunia, tiga ketika hendak mati, tiga ketika dalam kubur dan tiga ketika pada hari qiamat.

Adapun 3 ketika di dunia ialah :
         Allah menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya;
         Allah mencabut cahaya orang-orang yang soleh daripadanya;
         Dia dibenci oleh orang mu’min.

Tiga ketika hendak mati ( sakaratul maut ) :
         Ruhnya dicabut sedangkan dia dalam keadaan sangat dahaga walaupun telah minum air seluruh sungai;
         Merasakan sangat sakit ketika hendak dicabut ruhnya;
         Dia dikhuatirkan hilang imannya; kita berlindung kepada Allah.

Tiga ketika dalam kubur :
         Soalan Malaikat Mungkar dan Nakir sangat menyulitkan ;
         Kuburnya menjadi sangat gelap;
         Kuburnya menghimpit sehingga bercantum tulang-tulang rusuknya.

Tiga ketika pada hari qiamat :
         Hisabnya sangat menyusahkan;
         Allah swt murka kepadanya;
         Diseksa oleh Allah swt dengan api neraka. Kita berlindung kepada Allah.

Sabda Rasulullah saw bermaksud :
“Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat berjamaah itu adalah terkutuk di dalam Taurat, Injil, Zabur dan Furqan ( al-Quran ). Orang yang meninggalkan solat berjamaah itu berjalan di muka bumi, sedangkan bumi mengutuknya. Orang yang meninggalkan solat berjamaah itu dimurkai Allah, para malaikat dan oleh segala makhluk Allah yang bernyawa serta dimurkai pula oleh malaikat yang berada di antara langit dan bumi dan semua ikan yang berada di laut”.
(http://www.sabah.org.my/mns/allPDF/TAZKIRAH%2050%20030606%20Hukum%20Meringan-Ringankan%20Solat%20Berjamaah.pdf)

Wallahu a’lam. Semoga dapat menjadi iktibar kepada kita dalam memperkukuh dan memartabatkan keimanan terhadap Allah swt.

10 Response to "Solat Berjamaah"

  1. Tazkirah yang penuh pengisian.

    Pandangan cikgu sangat betul....
    Apabila suami ke surau, isteri boleh berjemaah dengan anak-anak (kalau tak mampu ikut sama ke surau) Alhamdulillah....dapat mengamalkan itu.

    Abd Razak says:

    السلم عليكم ورحمة الله

    Moga cikgu sihat hendaknya..

    Peringatan yang sangat baik untuk diri saya. Semoga ia boleh membangkitkan semangat pada semua terutamanya orang laki-laki untuk sama-sama ke masjid mengerjakan solat berjemaah pada setiap waktu..

    Rozali says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    Alhamdulillah
    mengingatkan saya yg selalu lalai

    Wassalam

    AZANI says:

    salam cikgu
    Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran

    terimakasih

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    keutamaan kaum lelaki berjamaah di masjid....

    betul tuuuu.... antara ikan bilis dan ikan yu mmg besar ikan yu kannn...

    sama sama kita ingat mengingati sesama kita

    Salam P&P,

    Terima kasih. Ilmu yang sangat berguna.

    salam...bagus jugak perumpamaan ni.

    tapi zaman sekarang ni dah susah sungguh nak cari org yg rajin solat kat mesjid/surau.

    solat 5 waktu pun belum tentu cukup. :(

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum. Terima kasih kerana rakan-rakan sekalian dapat terima 'tazkirah' ini dengan begitu positif sekali.

    Anjuran Allah melalui firmanNya dalam al-Quran menyuruh kita berpesan-pesan tentang kebaikan yang mana ia akan memberi manfaat kepada orang mukmin. InsyaAllah.

    TQ

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    //sembahyang limalah waktu
    kita kerjakan siang dan malam
    sebagai hamba kita menyembah
    hanya kepada Allah yang esa//

    sembahyang subuh dua rakaat
    kita tunaikan di subuh hari
    tidur malamnya janganlah lewat
    supaya bangun tidaklah berat
    sembahyang zohor empat rakaat
    kita tunaikan di siang hari
    setelah penat kita bekerja
    berehat sebentar... dan tunaikanlah..

    //mari-mari kita semua
    tunaikan solat yang lima waktu
    sembahyang limalah waktu
    kita kerjakan siang dan malam
    sebagai hamba kita menyembah
    hanya kepada Allah yang esa//

    sembahyang asar empat rakaat
    kita tunaikan di petang hari
    untuk bersyukur rezeki yang ada
    kepada Tuhan Maha Pemberi

    sembahyang magrib tiga rakaat
    kita tunaikan menjelang malam
    untuk merasa kebesaran Nya
    siang dan malam Allah tentukan

    sembahyang itu tiang agama
    janganlah kita merobohkannya
    kerana di akhirat yang mula ditanya
    adalah tentang sembahyang kita

    sembahyang isya' empat rakaat
    kita tunaikan di waktu malam
    untuk bermohon kepada Allah
    dipanjang usia beramal soleh

    //sembahyang limalah waktu
    kita kerjakan siang dan malam
    sebagai hamba kita menyembah
    (jangan-jangan kita tinggalkan)
    hanya kepada Allah yang esa
    (walaupun satu dari waktunya)//

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum saudara Afzainizam.
    Terima kasih atas pesanan dan nasihat yang dikongsikan.

    TQ

Powered by Blogger