Kesopanan



Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk mengemaskini ruangan P&P. Tugas sebagai pendidik yang sentiasa sibuk dan ‘menyibuk’ menyebabkan ruangmasa agak terhad untuk mengisi laman ini.

Hujung minggu ini tadi (26.2.2011) saya berkesempatan menghadiri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Professor Emeritus Abdullah Hassan. Dalam sesi penerangan dan komentar yang dilontarkan terhadap penulisan seorang peserta, saya tertarik dengan perkara berikut:

Berkaitan sopan dan kesopanan. Biasa kita mendengar ‘orang-orang tua’ menyebut bahawa jika kita tidak memandang mata orang yang bercakap dengan kita, maka itu tandanya kurang sopan dan tidak menghormati. Berkaitan ini Prof telah bertanya kepada peserta tersebut;

Bagaimana jika seorang guru yang sedang memarahi muridnya, adakah beliau suka jika ‘ditentang’ mata oleh murid tersebut. Tentu semakin bérang guru itu. Itu namanya ‘kurang ajar’. (murid itu yang kurang ajar)

Bagaimana pula jika seorang bapa sedang memarahi anaknya, adakah beliau suka jika anaknya melihat ke dalam matanya? Tentulah sibapa ini akan menjadi semakin ‘panas’ kerana pada ketika itu beliau berpendapat bahawa anaknya tadi ‘berani melawan’nya.

Jadi kesimpulannya, memandang mata (memandang ke dalam mata) orang yang sedang bercakap dengan kita bukanlah satu adab sopan.

Sebaliknya dikatakan sopan jika kita memandang ‘muka’ orang yang sedang bercakap dengan kita. Iaitu memandang pada bahagian antara dua mata atau pada hidung, dalam jangka masa tidak lebih dari empat saat. Kemudian pandangan dialihkan ke tempat lain untuk beberapa ketika sebelum memandang semula ke arah orang itu. Memandang ke tempat lain maksudnya memandang ke arah lain selain ‘orang itu’, bukannya pandangan yang ‘meneroka’ tubuh badan beliau, apatah lagi ke bahagian dadanya (dalam situasi seorang wanita bercakap dengan seorang lelaki). Kalau ini dilakukan, silap-silap boleh kena dakwa melakukan ‘gangguan seksual’ pula nanti.

Semoga ada manfaat. Terima kasih.

12 Response to "Kesopanan"

  1. Kakzakie says:

    Kalau pandang dengan mata pun kena dakwa bahaya juga kan. Tapi kalau meraba dengan tangan memang sah kena dakwa.

    p/s: teringat lagu jangan pandang-pandang, jangan pegang-pegang. Heee... gelihati pulak kakak.

    Rozali says:

    Assalamualaikum Cikgu lai

    dari mata turun ke hati

    Wassalam

    nahmy says:

    assalamualaikum. pesanan yg baik...saya selalu juga terlepas pandang bab pandang dan pandangan ini.

    Abd Razak says:

    السلم عليكم ورحمة الله

    Betul ker cikgu, pandangan antara murid di sekolah kadang berakhir dengan pergaduhan

    KERI says:

    Salam Cikgu.
    Perjalanan hidup itu jauh ... kadang2 begini la.

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    begitu lahhhhh kehidupannamanyerrr... jangan tak pandang langsung nanti orang cop kata kita sombong plak kan

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    eemmmmm pandangan dengan mata selalunya salah.... tapi pandangan hati itu lebihh hakiki telus lebih mendalam...cuma hati perlu bersihhh

    saya mmg tak boleh pandang mata org sebab malu. patutlah sokmo dicop bersopan santun. heheheh~

    ckLah says:

    Dalam masa 40 minit, saya akan cuba pandang 40 pasang mata di hadapan saya, sambil menyampaikan mesej dan pengajaran. Saya suka kalau mereka juga memandang tepat ke mata saya sewaktu saya bercakap.

    IMANSHAH says:

    salam,

    suka dengan ayat sibuk dan menyibuk..huhu

    kalo orang tak sopan, memang gua sound hu3

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Pandang lah lihat lah tiru macam saya...

    tapi kalau setakat pandang tangan tak jalan takpekan.....

Powered by Blogger