Saman ke lima dari PDRM



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Khamis 10.2.2011 dalam pemanduan balik, saya melalui satu sekatan oleh PDRM. Pada saya tiada apa yang hendak di’takut’kan dalam sekatan seperti itu. Lagipun ini bukan kali pertama saya melaluinya. Pada saya semuanya dalam keadaan baik dan ‘terkawal’, lesen ada, cukai jalan ada, lampu semua berfungsi terutama lampu brek ke tiga, talipinggang ada terpasang, tidak menggunakan telefon bimbit sambil memandu, dan tiada ubahsuai pada ‘ekzos’ yang mengeluarkan bunyi yang bingit.

Nak dijadikan ‘cerita’, rupa-rupanya cukai jalan yang terpampang pada kereta, sudah 3 bulan ‘meninggal dunia’. Walhal bulan lepas, apabila seorang kawan menceritakan beliau kena saman kerana cukai jalan dah jadi ‘bangkai’, saya tengok cukai jalan pada kereta saya masih ‘hidup’. Rupa-rupanya kadang-kadang apabila kita merasa yakin atau terlebih yakin, maka matapun boleh jadi rabun dan gagal mengenal angka. Angka 2010 dilihat seperti 2011.

Setelah ‘berbincang’ panjang dengan pegawai berkenaan dengan pelbagai alasan yang ‘munasabah’, maka saya diberi satu saman yang mana menurut beliau adalah yang terendah sekali. Tak tahulah berapa rendah atau murahnya, kerana tiada dicatat jumlah RM disitu. Hanya akan diketahui apabila membuat pembayaran di kaunter PDRM (saya belum bayar lagi saman, tapi cukai dah perbaharui). Saya disaman kerana gagal mempamirkan cukai jalan pada masa dan tempat sekatan jalan itu dilakukan. Menurut ‘datok’ trafik tersebut, kalau saman kerana tiada cukai jalan, RM akan lebih banyak… Ini merupakan saman yang ke lima sepanjang penglibatan saya dalam pemanduan dijalanraya selama hampir 20 tahun.

Saman kerana memparkir kereta bukan di tempat parkir, 3 kali.
Saman kerana memandu melebihi had laju 80 km (saman ekor diterima melalui pos setelah satu tahun kejadian berlaku), 1 kali.
Saman kerana gagal mempamirkan cukai jalan (terbaharu), 1 kali.

Kalau dikira semua jumlah saman, lumayan juga RM yang di‘derma’kan kepada PDRM dan kerajaan. Walaubagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada pegawai tersebut yang cukup berhemah dan bertimbang rasa semasa kejadian tersebut. Terima kasih ‘datok’.

7 Response to "Saman ke lima dari PDRM"

  1. khaifaiz says:

    Salam.. alahai kesiannya.. ni yg kene lebih berhati-hati.. Tq

    Berhati-hati memandu ya cikgu....

    Kakzakie says:

    Lupa... tak ada alasan. Mesti itu kata dia kan... Mujur masih ada rasa simpati dia. Bayar.... jangan tak bayar :(

    AZANI says:

    salam cikgu

    berapanilaisamannya?

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Pernah sekali disaman kerana memandu lebih had..

    _____♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    ______ ♥♥♥♥♥♥♥♥SAY NO TO VALENTINES
    _______♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥DAY♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    _________♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Uihhhh aku pun masa taun baru aderrr 2 saman had laju..... tapi rasanya aku bawak macam tak laju pun....

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum rakan-rakan dan pembaca budiman.

    Terima kasih berkongsi bicara dalam ruangan P&P.

    Semoga jalinan persahabatan dan perkongsian ini diredhai Allah.

    TQ

Powered by Blogger