Telefon Bimbit di sekolah: Penguatkuasaan



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Saya terbaca dalam Utusan Online baru-baru ini berkaitan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar-pelajar sekolah, di sekolah. Setakat ini saya pasti belum ada pekeliling yang membatalkan larangan penggunaan telefon bimbit yang dikuatkuasa  melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009 bertarikh 25 Mac 2009. Adakah pihak sekolah menghadapi tekanan tertentu sehingga gagal menguatkuasa peraturan yang telah ditetapkan kerajaan ini. Atau adakah kerana sikap tolak ansur, atau adakah kerana ‘takut’kan ugutan dari pelajar dan ibubapa…

Memang kita sedia maklum tentang peri pentingnya ‘makhluk’ bernama telefon bimbit ini. Dalam zaman serba canggih dan serba segera,  ketiadaan telefon bimbit merupakan satu kecacatan dan kecelaan yang amat besar dan aib. Sering juga kita dengar berita perkhabaran mulut ke mulut, bahawa seseorang yang terlupa telefon bimbit lebih rela datang lewat ke tempat kerja semata-mata kerana berpatah balik ke rumah untuk mengambil telefon bimbit.


Bagi kita yang dah dewasa dan tua, mungkin kurang dipersoalkan jika kita terlalu taksub dan tidak dapat berpisah dengan telefon bimbit. Cuma persoalannya, mengapa ‘penyakit’ ini juga telah menular dengan serius dalam kalangan pelajar sekolah, sedang mereka belum lagi mempunyai pendapatan sendiri, paling tidak untuk ‘reload’. Selain itu kita juga sering dihidangkan dengan berita penyalahgunaan telefon bimbit berkamera untuk tujuan seronok, jenayah dan seks.

Segala kecanggihan yang kita miliki, andai disalahguna, ia akan mendatangkan mudharat. Mungkin tidak hari ini. Oleh itu GUNAKAN TELEFON BIMBIT DENGAN BETUL  DI TEMPAT YANG BETUL DENGAN TUJUAN YANG BETUL.  Tq.

9 Response to "Telefon Bimbit di sekolah: Penguatkuasaan"

  1. Abd Razak says:

    السلم عليكم ورحمة الله

    Saya setuju dengan pendapat cikgu 'GUNAKAN TELEFON BIMBIT DENGAN BETUL DI TEMPAT YANG BETUL DENGAN TUJUAN YANG BETUL.' Penyakit ini boleh dikatakan sudah menular kepada semua peringkat umur, sehingga masa berwukuf di padang arafah pun sempat ber'SMS' dan ber'FB'

    Sham says:

    pernah tengok dalam HP pelajar perempuan yang dirampas adegan2 'panas'nya...Masyallah...

    Tahun ini saja, kami telah 'menggantung sekolah' dua murid kerana
    1. Membawa telefon bimbit
    2. Membawa dan menyebarkan video lucah di dalamnya.


    Buka telefon saja, segala flash-card, pen drive dan memori kad yang dibawa murid patut juga dipantau....dan ibu bapa yang paling utama, periksalah beg anak-anak.

    Menghadapi ibu bapa 'mengamuk' kerana telefon bimbit anak mereka dirampas, sudah jadi perkara 'lali' pada cklah...

    ║║╔║║╔╗ ║
    ╠╣╠║║║║ ║
    ║║╚╚╚╚╝ O
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    yup dari dulu lagi tak bagi bawa masuk tapi mak ayah bantahhhh pasal senang anak tipon mak ayah bila balik.... tapi sebalik tu dibelikan hand phone canggih hahhh...sudahnyerrr banyak buruk dari kebaikan

    hmmm budak2 tak bleh main mende mahal, ha3...

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    dialog 1 :

    ayah : alooooo...abg long kat mana ni ?
    anak : kat rumah kawan ayah, ada disscusion
    ayah : ok, nak balik kul berapa ni ?
    anak : kul 6 along balik le..
    ayah : jgn merayau ke lain pulak..
    anak : ok ayah..

    dialog 2 :

    ibu : angah kat mana tu ?
    anak : kat sekolah mama
    ibu : tak balik lagi ? dah kul berapa ni ?
    anak : jumpa kawan jap mama..nanti angah balik le..
    ibu : ni kawan lelaki ke pompuan ?
    anak : pompuan le mama...
    ibu : bak sini mama nak cakap dgn kawan tu..nama apa ?


    dialog 3 :

    anak : ayah, along eksiden tadi...ada motor langgar
    ayah : teruk ke ? cam ne boleh kena langgar
    anak : tadi org tu bawak laju..kami nak melintas jalan..bla bla bla


    kesimpulannya, ada masa hp berguna gak utk anak2..
    kita boleh pantau mereka, mereka boleh hubungi kita bila ada kecemasan
    zaman dulu kalau kita ada kecemasan, cam ne nak hubungi mak bapak kita
    kena lak zaman la ni macam2 kejadian kat luar..
    keselamatan anak2 tidak terjamin..

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Di Singapura sekolah menengah atau rendah tak digalakkan membawa handphone. Cikgu diberi kuasa merampas handphone itu kalau nak balik suruh ibu dan bapa datang jumpa cikgu itu sendiri. Ibu bapa disingapura satu hal tak boleh nampak anak buat muka "kesian" atau ada sanggup mogok sampai tak makan disebabkan satu handphone.

    Ibu dan bapa tak sampai hati belikan juga tapi bila hujung bulan ibu bapa tengok bill sampai S$460.00 siap lah ibu bapa menjerit salah ibu bapa jugak kasi anak card bayaran bulanan bukan prepaid Apalagi ada ibu bapa sampai sanggup ambil handphone itu dan simpan sampai anak-anak nya tau betapa susah senang cari duit. Ada betul betul ketuk ibu bapa mereka beli handphone mahal mahal tak sampai 2 bulan handphone hilang ...

    yang pastinyerrr aku tak setuju handphone bawak gi sekolahhhhh

    KERI says:

    Salam Cikgu.
    Tekanan sosial!
    Apatah lagi di Malaysia, perlaksanaan & penguatkuasaan amat lemah!

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama berkongsi pandangan dan pendapat dalam P&P.

    Semoga perkongsian membawa faedah dan manfaat kepada semua.

    TQ

Powered by Blogger