Guru j-QAF



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Laporan Kosmo Online 17.1.2011 menyebut tentang kekurangan guru j-QAF yang amat kritikal di semua sekolah rendah di Malaysia. Menurut Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Mohamed Sabri Mohd. Arsad, dengan hanya 1500 guru j-QAF yang ada pada tahun ini, ia tidak mampu memenuhi permintaan sekolah-sekolah rendah seluruh negara.

Guru-guru j-QAF merupakan  kelahiran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) selama 18 bulan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia. Mereka ditempatkan di sekolah semasa sesi persekolahan dan mengikuti pengajian di IPG semasa cuti persekolahan. Setelah selesai pengajian, mereka akan ditempatkan di sekolah yang sama untuk jangkamasa 3 tahun lagi sebelum dibenarkan berpindah.  Setakat ini guru j-QAF hanya diperuntukkan untuk sekolah rendah sahaja, dengan gred 41.

Pengambilan kemasukan pelajar j-QAF di IPG dihentikan sementara pada 2010 dan disambung semula pada 2011 dengan unjuran 2500 pelajar (dikenali sebagai guru j-QAF di sekolah) dan akan ditempatkan/dikelolakan oleh kesemua 27 IPG seluruh negara. Mereka dijangka melapor diri ke IPG  pada 24 Januari 2011. Setelah menjalani minggu pengurusan pelajar baharu serta mendapat pendedahan mengenai kurikulum dan perkara berkaitan, mereka akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah yang telah dikenalpasti, dengan kerjasama JPN.


Sedikit Info Mengenai Program j-QAF.

Program j-QAF  berasaskan idea Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah dinyatakan secara khusus  semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003.  Cetusan idea ini telah  diperhalusi di peringkat Kementerian  Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada  3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara ujikaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. Tun Abdullah telah bersetuju  program ini dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2005.

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid.

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam Pendidikan Islam iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Terima kasih kesudian anda menelaah info ini. Salam hormat untuk semua…

5 Response to "Guru j-QAF"

  1. atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    Moga program ini mendapat sambutan dimasa akan dtg

    Wassalam

    assalamualaikum cikgu..moga anak2 kita dpt pendidikan agama yg baik dr program ini kn

    Abd Razak says:

    assalamualaikum...

    Moga usaha ini dapat menyelesaikan masalah yang ada..

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    yupppp moga dapat mendidik anak bangsa... moga didikan agama diterapkan lebih berkesan dan mendalam lagi....

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum. Terimakasih rakan yang sudi melapangkan masa berkongsi pandangan.

    Program j-QAF merupakan salah satu cara kerajaan memartabatkan Islam dan umat Islam di Malaysia. Semoga guru j-QAF dapat berkhidmat dengan penuh komitmen dan berkorban dengan berkhidmat di kawasan yang jauh dan dalam. Kita masih lagi dalam Malaysia walau sekolah itu di P3.

    Tahniah kepada anda semua.

    TQ

Powered by Blogger