Tudung dan Aurat



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain iaitu melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik, tidak boleh pakai tudung.  Aurat wajib ditutup, tapi dalam masa yang sama perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar, tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. 
(http://lamanilmu2u.blogspot.com/2008/02/nilai-tudung-wanita.html)

Firman Allah SWT adalam Surah An-Nur ayat 31: yang mafhumnya: “Dan janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasannya kecuali apa yang biasa nampak daripadanya dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka hingga ke bawah dada”.


Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Tafsir Ibn Kathir juz 3 halaman 284 disebut riwayat dari Ibn Syahab dari ’Urwah dan dari Aishah, kata Aisyah ra: Moga-moga Allah mencucuri rahmat kepada wanita-wanita Muhajirin yang mulia iaitu tatkala Allah menurunkan ayat 31 surah An-Nur, mereka terus mengoyak kain selendang lalu menutup diri mereka dengannya.

Hadith riwayat Abu Daud daripada Saidatina Aisyah ra bahawa suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar datang mengadap Rasulullah SAW sedangkan dia berpakaian nipis (jarang). Melihatkan keadaan itu, Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda maksudnya : Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya).

Entah di mana silapnya, dan tidak mungkin salah guru Pendidikan Islam semasa di sekolah, kerana sukatan pelajaran bagi Pendidikan Islam dalam negara kita antara yang terbaik di Asia, kalaupun tidak di dunia. Subjek Pendidikan Islam diwajibkan kepada semua pelajar muslim, sejak dari tahun 1 di sekolah rendah sehinggalah ke tingkatan 5 sekolah menengah.


Semasa bersekolah atau di sekolah, pakaian sekolahnya elok cantik dan menutup aurat. Bila di luar, mulalah timbul kekeliruan atau ‘ambil indah tak indah’ berkaitan konsep penutupan aurat yang difardhukan dalam Islam. Tidak semuanya begitu. Tetapi ia tidak sepatutnya berlaku kerana perkara ini telah diajar dan dipelajari.

Bertudung dan menutup aurat adalah dua perkara yang berbeza. Tudung itu sendiri merupakan salah satu elemen atau alat yang digunakan sebagai penyempurnaan penutupan aurat tersebut. Mungkin akan tiba masa dan ketikanya nanti di mana alat untuk menutup bahagian kepala dan rambut, tidak lagi dinamakan atau dikenali sebagai tudung. Maksudnya kita tidak boleh menganggap bertudung itu wajib, kerana yang wajib atau fardhu itu ialah menutup aurat.

Secara mudahnya kita boleh kata bahawa aurat lelaki itu adalah di antara pusat dan lutut. Sedikit lebih ke atas dan sedikit lebih ke bawah. Sementara aurat wanita pula ialah seluruh anggota tubuh badannya kecuali bahagian muka dan juga tangan sehingga pergelangan (hujung jari hingga pergelangan). Kesilapan yang sering berlaku ialah apabila seseorang wanita itu alpa dan seolah-olah menganggap kaki itu bukan aurat, maka ia terdedah dan didedahkan. Tanpa mengenakan stokin atau sarung kaki. Atau hanya ber’sandal’ tidak berkasut.

Sekadar perkongsian. Semoga kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah.

14 Response to "Tudung dan Aurat"

  1. atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    Kalau ditekankan tazkirah ini dlm mediam, Insyaallah zaman kegemilanggan 1990an menutup aurat ini akan berulang kembali
    Insyaallah

    Wassalam

    ibuintan says:

    assalamualaikum Cikgu Lai,

    terima kasih cikgu atas peringatan ini, memang sering lupa dan lalai dengan melupakan bahawa kaki juga adalah aurat

    Jaga aurat...jaga kelibat...hindari maksiat...InsyaAllah selamat.

    Hunny says:

    SUka entri ni. Senario sekarang orang suka bertudung ikut artis. Artis tudungpendek, mereka pun pakai tudung pendek.. Kena islamkan artisnya dulu.. dan pemimpinnya dulu..:)

    Mohamad says:

    Penghayatan itu perlu.. bukan sekadar ikutan..

    Semoga keluarga kita dijauhi perkara-perkara pelik seperti ini...

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kajang Pak Malau kajang berlipat,
    Kajang hamba mengkuang layu,
    Dagang Pak Malau dagang bertempat,
    Dagang hamba Tumpang lalu

    eeemmm dah elok bertudung tapi tang tu terbukak plakkkk...

    jangan kita jadikan tudung sebagai fesyen tapi kewajipan wanita memelihara pandangan mata yang meliar menjerumus maksiat...menutup aurat itu wajib

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Alangkah indahnya jika para wanita muslimah menghiasi dirinya dengan menutup aurat dengan sempurna dan jangan hendaknya menggunakan tudung yang menyerupai seperti rahib kristian...

    emarieys says:

    assalamualaikum..

    terima kasih atas peringatan ini...

    saya pun tak sebaik2nya lagi..

    harus ku pelajari setiap hari...

    Assalamu'alaikum wbt..

    Seharusnya umat islam menjadi qudwah yg baik buat non muslim, dan wajib bg wanita menutupi auratnya dengan sempurna termasuklah kaki.

    Terima kasih ya admin P@P
    Semoga menjadi peringatan buat kaum wanita khususnya.

    Acik Erna says:

    cik gu..terima kasih .
    peringatan bagi yang lupa..

    ya allah....walaupun kita tak bertudung.tak snggup pakai mcm ni.

    insyallh....ingin bertudung, demi ALLAH

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    “Semoga ALLAH melindungiku dari keburukan dan kejahatan kamu serta melindungi kamu dari keburukanku dan kejahatanku... Semoga Allah melindungimu dari kemurkaan-Nya dan neraka-Nya... Dan, Semoga Allah memberkati kamu dan mengampuni segala dosa kamu dan sesiapa pun yang bersama kamu buat selama-lamanya...

    eeeemmmm apalahhhhh nak jdi mereka ni yerrrrrr....

    nahmy says:

    assalamualaikum. sebenarnya bertudung pun kena ada 'ilmu' dan menutup aurat pun kena ada 'ilmu' dan bertudung adalah sebhg dr menutup aurat. jd bg mereka yg tak bertudung cuma ada 2 sebab...1, sbb takde ilmu dan 2, sbb mereka nak perlekehkan hukum Allah.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.

    Terima kasih kepada para rakan bloggers sekalian yang sudi berkongsi pandangan.

    Isu aurat dan bertudung sememangnya amat sensitif dan hanya sikap yang profesional dapat membendung perasaan marah atau tidak puas hati.

    Sekali lagi terima kasih atas sikap 'profesional' yang ditunjukkan.

    TQ

Powered by Blogger