Mesyuarat vs Kunjungan: Melaka Bandaraya Bersejarah



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Alhamdulillah diberiNya kesempatan kepada saya untuk mengemaskini blog yang masih ‘amatur’ ini. Nampaknya dalam minggu ini saya tidak ada ruang untuk ‘mewarnai’ alam maya dan bersapa dengan rakan-rakan sekalian. Saya diberi peluang untuk menghadiri satu mesyuarat yang amat penting, ada kaitannya dengan ‘kemenjadian’ bakal guru dan murid yang akan mencorak masa depan negara.

Dapat dihitung dengan jari. Ini kali ke tiga saya berkunjung ke bumi Melaka, bumi Hang Tuah yang sekarang dikenali dengan Melaka Bandaraya Bersejarah. Sejarah berulang bilamana pemandu Airpot Limo KLIA terpaksa melakukan tawaf mencari letakberdirinya Hotel Avillion Legacy. Hilang punca dan berputus asa, maka ditahan sebuah teksi bandar untuk memandu arah ke hotel tersebut. Sebagai tanda ‘terima kasih’ dan semangat 1Malaysia, maka sekeping ‘note’ merah dihulurkan sebaik tiba ke destinasi. Satu  pengalaman nyata bagaimana mesra dan erat jalinan sesama pemandu yang mencari rezeki, walau tidak mengenali antara satu sama lain, bantuan tetap dihulur kepada rakan dalam ‘kesesatan’.

Semoga semangat kerjasama dan tolongbantu sebegini dapat terus dipupuk demi menjaga nama baik rakyat Malaysia di mata dunia. Menjadi harapan kita juga agar semangat 1Malaysia tidak dijadikan modal untuk mengubah fakta dan mencipta ruang pertelingkahan antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia. Interlok merupakan sejarah yang tidak sepatutnya menjadi ‘mangsa’ kepada semangat 1Malaysia.

Saya kongsikan di sini, beberapa keping foto yang sempat diambil dalam ruang masa terhad, kerana mesyuarat berlanjutan sehingga ke malam agar agenda dapat diselesai dalam masa yang diperuntukkan.
Terima kasih buat rakan-rakan yang masih lagi punya ruang dan kelapangan untuk mengunjungi ‘paradigm@pandangan’ dan berkongsi pandangan.

15 Response to "Mesyuarat vs Kunjungan: Melaka Bandaraya Bersejarah"

  1. atuk says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    memang seronok pergi melaka
    tak naik but ke..

    Wassalam

    Acik Erna says:

    salam cik gu..memang suka pi melaka..sebab tak jauh..jadi selalu la pergi

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam saudara Rozali.
    Empat hari berkurung dalam hotel. Sempat 'curi' masa lewat petang untuk 'lawatan singkat'. Tak sempat naik bot. InsyaAllah lain kali.

    TQ.

    Admin P@P says:

    Salam kak Erna.
    Malam pertama di Malaka kawan dari N9 sempat bawa jalan makan ikan bakar. Tak ingat pula nama tempat tu. Tak jauh dari sekolah Hendry Gurney rasanya, tepi laut.

    Bila ada kesempatan berjalan jauh, baru terasa yang Melaka tu besar juga rupanya.

    TQ.

    Tertarik dengan kerjasama antara pemandu teksi yang diceritakan....

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Assalamualaikum... Maaf lama kami tak ziarah blog kamu..

    eeeemmm meeting tu kat avillion legacy woooo tentu best kan dok kat sana.... tapi ni meeting penting nampaknya macam isu besar yang nak di bincangkan ni....

    salam cikgu..saya pernah ke melaka sekali sahaja, itu pun kerana trip kelas fotografi...lain kali nak pergi lagi, insya'Allah..

    terima kasih jadi follower, dan tahniah sebab jadi follower ke 300...jenguk entry saya mengenai blog cikgu ya..:)

    KLIK SINI untuk tengok entry tu~ :)

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Cikgu ckLah: Sesuai dengan mafhum firman Allah dalam al-Quran iaitu berkerjasama/bertolong bantu dalam perkara kebaikan, serta larangan bertolong bantu dalam perkara keji/kejahatan. Tahniah rakyat Malaysia. TQ


    Saudara Afzainizam: Terimakasih sempat menyinggah di sini. 3 tahun kebelakangan ini saya jarang 'keluar stesyen' untuk mesyuarat dan kursus. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi kepercayaan kepada orang seperti saya. TQ

    Admin P@P says:

    Salam saudara Sunah Mohammad.
    Terima kasih kerana sempat mengulas mengenai paradigm@pandangan. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

    TQ

    daddydian says:

    sedapnya makan ikan bakar... Umbai or Alai ?

    Admin P@P says:

    Salam Daddy.

    Yang pasti bukan Umbai.
    Letaknya tak jauh dari sekolah (kalauia tak silap Hendry Gurney) menghala ke tepi laut. Ada diberitahu, tapi lupa...

    TQ

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Moga kitak sihat hendaknya..

    Selamat bermesyuarat kitak..:)

    salam kenal...last pegi Melaka tahun 2006...rindu pulak tengok gambar2 ni...

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam U. Abd Razak.
    Terima kasih sempat menyinggah di sitok. Moga Allah memberikan kita kesihatan yang sempurna.

    TQ.

    Admin P@P says:

    Salam saudara Fadzli.
    Jika ada kesempatan, Melaka merupakan destinasi yang amat indah. TQ singgah di P&P.

    TQ

Powered by Blogger