Kematian: Tragis



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Satu lagi berita kematian pelajar yang dibunuh secara kejam terpampang di dada akhbar pada 18.1.2011. Mangsa adalah seorang pelajar tingkatan 3, berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya, Sarawak.  Terdapat sumber yang menyatakan bahawa kejadian berlaku akibat keengganan mangsa untuk menyertai ‘geng’ yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan curi motosikal, sedangkan beliau telah mengetahui kegiatan ‘haram’ kumpulan ini. Natijahnya, kematian yang tragis!

Kita biasa mendengar ungkapan “Jangan jaga tepi kain orang”. Kita juga selalu membincang dan mempertikai sejauhmana ungkapan pepatah ini masih relevan pada zaman mutaakhir ini. Kalau kita merujuk kepada kes pelajar yang ‘dibunuh’ ini, mungkin ia ada kaitan dengan ‘jaga tepi kain orang’, dan mungkin juga tidak berkaitan kerana pelajar tersebut  mengetahui kegiatan geng itu secara tidak sengaja, atau hanya terserempak.

Dalam banyak hal, merujuk kepada kita golongan dewasa dan berumur, dan juga generasi lama yang ingin melihat keamanan dan kemakmuran negara berterusan dan berkekalan, maka perlu kita ‘jaga tepi kain orang’, tertakluk kepada kesesuaian dan keselamatan diri. Sebagai contoh, kalau terlihat atau terserempak, atau mengetahui bahawa ada yang ‘tidak baik dan tidak kena’ berlaku dalam kalangan keluarga tetangga atau masyarakat setempat, maka kita perlu tegur. Bahkan kalau perlu, kita hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa yang relevan.

Ini bersesuaian dengan mafhum hadis Nabi saw yang bermaksud; Kalau ada dalam kalangan kamu yang melihat perlakuan mungkar, maka hendaklah dia berusaha mengubahnya dengan ‘tangan’,  jika tiada kemampuan maka hendaklah mengubahnya dengan ‘lidah’,  jika tidak mampu juga, maka ubahlah dengan ‘hati’. Ketahuilah bahawa itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman.

Nampaknya dalam konteks menangani masalah remaja hari ini, ‘kita’ lebih berminat untuk mengubah keadaan hanya dengan ‘hati’. Maksudnya kita tidak setuju dengan apa yang berlaku atau yang dilakukan itu, tapi kita tidak mahu menggunakan ‘tangan’ yakni kuasa yang ada pada kita, juga kita tidak mahu menggunakan ‘lidah’ untuk menegur kerana bimbang akan didatangi musibah. Merujuk kepada kebanyakan kes disiplin berlaku di sekolah, guru-guru hanya menyerah kepada guru disiplin dan guru besar atau pengetua sahaja, bimbang kereta dicalar atau dibuang angin dan pelbagai alasan ‘remeh’.  Sampai ke satu tahap, di mana guru disiplin dan guru besar atau pengetua pun lepas tangan atas alasan yang sama atau alasan keselamatan.

Cabaran guru membentuk modal insan semakin mencabar dan ‘tak tertanggung’, dalam masa yang sama permohonan untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru semakin meningkat saban tahun. Permohonan bagi kemasukan pelajar KPLI untuk ambilan Januari 2011 ini sahaja, jumlahnya melebihi 60 ribu untuk mengisi unjuran sekitar 4 ribu orang. Adakah mereka betul-betul meminati dan ada komitmen membentuk modal insan yang akan mencorak masa depan negara?

Salam hormat dari P@P.

6 Response to "Kematian: Tragis"

  1. salam 'alaik.

    Benar-benar tragis.

    Pada sy, ungkapan 'jangan jaga tepi kain orang' telah difahami dalam konteks yang salah menyebabkan banyak berlaku kejadian yang tidak diingini sekarang ini.

    moga guru-guru yang baru dilantik benar-benar mempunyai keazaman tinggi unutk menjadi pendidik

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Kejam...inilah yang dikatakan ‘jaga tepi kain orang’ sehingga ‘kain sendiri berlubang di punggung’

    "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"(QS Ali-Imran : 104)

    nahmy says:

    salam p@p, pertama takziah dan bykkan bersabar pd keluarga mangsa. kedua...sbg bapa mmg sedih sgt baca citer-citer camni. apa nak jadi dgn generasi kita skrg...kita camna jaga pun anak kita masih tidak sesempurna bila Dia menjaga kita semua. Dia-lah sebaik-baik penjaga dan pelindung...tp klu dah sistem hidup, hukum-hakam tak ikut Dia punya camna nak minta tolong Dia jagakan kita semua? akhirnya jdlah kes-kes camni. nau'uzubillahi minzalik...semoga kita semua dlm jagaan-Nya. wallahualam.

    Anonymous says:

    Salam,

    Sedih dan tragisnya pembunuhan ini.

    Apa nak jadi dengan remaja sekarang.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum.
    Rakan-rakan sekalian; al-Muallim, Abd Razak, nahmy dan Kunang-Kunang.

    Seolah olah sudah menjadi satu kebiasaan pada masa kini dimana pelajar dibunuh dengan kejam, rogol dan bunuh, dan sebagainya.

    Sistem pendidikan dalam negara kita antara yang terbaik di dunia, kalau harapkan sekolah sahaja tidak memadai. Faktor persekitaran yang diluar bidangkuasa pihak sekolah spt media cetak dan elektronik/internet amat kuat pengaruh dan amat dipercayai baik remaja mahupun dewasa. Inilah juga antara faktor yang membantutkan usaha menyuburkan sahsiah dalam kalangan modal insan kita.

    Sama-sama kita berdoa agar keadaan ini berubah, dan ibubapa tidak perlu lagi risaukan anak-anak...

    TQ.

    siapa kah iblis yang membuatnya??...memang teruk la senang binatang pon x buat anak dia macm na....ni bukan manusia ni...

Powered by Blogger