Kekurangan vs Kehabisan: Kesusahan



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Kesibukan kerana penggal persekolahan baharu sahaja bermula, menyebabkan blog ini menyepi seketika. Banyak perkara yang perlu disegerakan dalam masa terdekat. Rancangan semester, harian dan bahan bantu mengajar terutama bahan powerpoint, perlu dikemaskini, agar terus relevan kepada pelajar.

Nampaknya kemunculan 2011 menimbulkan satu lagi ‘wabak’ yang lama. Minyak masak kekurangan di pasaran. Bahkan di sesetengah tempat, ia amat sukar  sekali didapati. Impak yang ketara dihadapi oleh peniaga kecil  terutama bumiputera, yang memerlukan sekurang-kurangnya 5 kilo minyak masak ‘bungkus’ sehari kerana ia lebih murah, sesuai dengan perniagaan yang dijalankan. Modal kecil, untung kecil.

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, nampaknya negara tercinta sering berdepan dengan pelbagai kesulitan dan kekurangan, seolah satu fenomena, dan ia berlanjutan dalam jangka waktu yang agak lama sebelum kembali pulih dengan satu ‘keperitan’ kepada rakyat golongan pertengahan dan bawahan atau yang ‘tak berapa nak kaya’.

Kita pernah kehabisan minyak diesel di pasaran. Setelah dikaji dan disiasat, didapati berlaku penyeludupan minyak kita ke pasaran negara jiran. Penyebab yang dikenalpasti ialah kerana ‘kemurahan’ harga minyak kita sehingga ia mendatangkan satu profesion baharu kepada golongan yang mencari jalan mudah untuk kaya.


Negara kita begitu bermurah hati berbanding negara jiran lain seperti Singapura atau Brunei, yang amat kedekut dengan menghadkan belian minyak kenderaan warga asing. Walaupun ada peraturan yang diperkenalkan selepas ‘wabak’ ini, nampaknya ia tidak berkesan dek kerana tahap penguatkusaan yang kurang efisien.

Kita pernah kehabisan tepung gandum.

Kita pernah juga kehabisan dan kepayahan mendapatkan minyak masak sebelum tahun ini. Walhal kita adalah antara pengeluar dan pengeksport minyak sawit utama dunia.

Kita pernah kehabisan dan kesukaran mendapatkan gula, sebaik menteri berkenaan mengumumkan akan berlaku kenaikan harganya selepas Tahun Baharu Cina tahun berkenaan, dengan alasan kerajaan sudah tidak mampu lagi meneruskan subsidi. Walaupun selepas itu tiada kenaikan harga, keadaan tidak pulih sehinggalah berlaku ‘sedikit’ kenaikan, dan ia beransur-ansur pulih.

Kita juga pernah mengalami kekurangan beras, dan bekalan hanya dapat diteruskan setelah harganya ‘dilambung’ pada paras yang amat menyayat hati. Akhirnya kebanyakan rakyat termasuk saya, terpaksa beralih kepada beras termurah ketika itu dengan harga sekampit 10 kilo, RM29.00 yang mana sebelum itu ia adalah harga bagi beras wangi yang mahal.

Semoga bekalan minyak masak bermasalah sekarang akan berakhir segera, dan tiada lagi masalah lain yang akan timbul atau ditimbulkan. Wassalam.

13 Response to "Kekurangan vs Kehabisan: Kesusahan"

  1. Rozali says:

    Assalamualaikum Cikgu Lai

    kita pengeluar petrol..tapi petrol mahal
    dekat nak separuh tanah negara ditanam dgn kelapa sawit..tapi minyak masak tak ada..apa kah ini lakunan, sandiwara, wayang kulit atau apa2 pun

    Wassalam

    IMANSHAH says:

    salam

    saya tak terasa sangat ketiadaan minyak masaksebab tiap2 hari makan di luar.jgn makan luar udah

    ibuintan says:

    biasalah tu, semua gara-gara nak naikkan harga, kita sebagai pengguna terima kerana terpaksa terima

    selamat mengajar cikgu di tahun 2011. semoga cikgu terus diberi kesihatan yang baik

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Moga kitak sihat hendaknya..

    Kita sering dihidangkan dengan kekurangan barang di pasaran. Akhirnya barang tersebut dinaikkan harga, kemudian berlambaklah barang tersebut di pasaran

    Admin P@P says:

    Salam kepada rakan sekalian.

    Terima kasih berkongsi pandangan. Seolah menjadi suatu kebiasaan, kehabisan bahan seperti yang disebut, akan cepat kembali pulih setelah harganya meningkat...

    TQ

    =====,o00o Pon..Ponn..Ponn
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    EEEMMMM harap kerajaan dapat peka terhadap isu ini... bertindak segera menangani masalah rakyat...

    kes sorok minyak supaya naik harga .... amat menyusahkan rakyat

    selamat mendidik anak bansa cekgu.... tabik hormat

    Salam..

    a'aa, bab minyak masak ni terasa. Pagi tadi ke pasar, dibenarkan ambil satu je, tak boleh beli lebih..huhu

    Padahal dalam berita semalam, kat kawasan mana entah, beratus2 kotak minyak masak disorok di dalam sebuah gudang, di kajang kalau tak silap saya.

    nahmy says:

    salam. rakyat = mangsa = daaahh...nasiibb! namun perubahan perlu dilakukan...

    assalamualaikum,

    bila bekalan kurang....tanda harga nak di naikkan...apalah daya saya..haihhh.

    Malaysia=semakin dikawal oleh korupsian dan kegilaan :(

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara
    Sebuah persahabatan....
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”

    yuppp baru aje nak gi belanja barang dapur kebetulan minyak dah nak habis... bila sampai kat kedai minyak dah habis.... esok kena gak gi bandar cari minyak

    salam alaik admin,

    ini taktik lama untuk naikan harga.
    Nasib kita sebagai rakyat marhein, suka atau tidak kena la akur.

    Bak kata kerajaan kita "ubah gaya hidup". huhuhu

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Masalah ni dah mula nampak serius ni.... wahai pak menteri tak ade jalan lain ke nak selesaikan masalah ni

Powered by Blogger