Nilai Seekor Cicak.


Salam 1Malaysia buat pembaca budiman.

Semasa bersembang dengan rakan suatu petang, beliau ada menyebut tentang ‘cicak tokek’ yang sangat mahal harganya. Mulanya saya terkejut juga bila dikatakan bahawa seekor cicak tokek seberat 200 gram bernilai RM25K, dan yang seberat 400-409 gram boleh mencecah RM800K!  MACAM TAK MASUK AKAL PULA…

Tokek adalah nama umum  bagi cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah. Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cicak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris). [rujukan: wikipedia]

Fakta baharu dalam dunia perubatan menyatakan bahawa tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Fakta ini sama seperti empedu beruang yang juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif  tersebut yang masih dalam tahap ujian klinikal telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghalang pertumbuhan sel kanser, melawan HIV dan virus H1N1. Sejauhmana hasil kajian ini betul, kita tunggu dan lihat. Yang pastinya sekarang, ada yang sanggup ‘berhempas pulas’ memburu ‘tokek’ @ RM ribu-ribu.

Malumat lanjut tentang tokek boleh ditanya pada ‘pak google’. Sekian.

16 Response to "Nilai Seekor Cicak."

  1. maiyah says:

    xde makne derr bleh sembuh penyakit HIV.. kalo camtu kerajaan xyah buat lagi supply ubt utk pesakit HIV, bik jek cicak tuh hehe :D

    Abd Razak says:

    Salam kitak..

    Moga kitak sentiasa dalam rahmat~Nya..

    Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati dan sebagai manusia kita harus berusaha untuk mencari penawar kepada penyakit yang dialami asalkan tidak melanggar batas hukum syarak. Namun, perlu kita ingat bahawa ubat itu hanyalah sebagai usaha sekali pun sudah terbukti keberkesanannya. Semuanya atas keizinan Allah SWT penyakit itu sembuh.

    kebetulan baru lepas tengok drama AKU INGIN KE SYURGA.

    Hari tu ada 3 orang India nak masuk ke kebun suami bersama anjing2 buruannya....nak cari tokek, katnya. Suami tak izinkan.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum Pn.Maiyah.
    Terima kasih berkongsi pendapat.
    Belum tentu lagi boleh sembuh HIV tu, masih dalam kajian....

    TQ

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam U. Abd. Razak.
    Perkongsian yang amat ilmiah dan memberi kesedaran kepada kita semua. Ajal maut di tangan Allah. Penyakit hendaklah diusahakan ubatnya selagi tidak bertentangan dengan hukumNya.

    Rasanya tak patutlah bergantung pada cicak... mahal pula tu...

    TQ

    Admin P@P says:

    Salam IM.
    Terima kasih sempat menjenguk...

    TQ

    Admin P@P says:

    Salam ckLah.
    Kalau ada tokek dalam kebun tu, elok tangkap sendiri... mahal tuu.

    TQ sempat singkah kat sini.

    piewahid says:

    salam ziarah,
    secara klinikalnya ianya susah diterima akal. wallahu a'lam!

    p/s- tetapi saya selalu berangan ternak tokek tiap kali poket kempis. he3...

    Admin P@P says:

    Salam kembali. Saudara piewahid.
    Semoga anda ceria dan bahagia di samping keluarga.

    Satu perusahaan yang menguntungkan untuk diceburi.

    TQ atas ziarah.

    salam ziarah..1 mende yg sy respek mengenai cicak ialah dia masih boleh gerakkan ekornya walau telah putus..besarnya ciptaan Allah SWT

    Salam,

    Pertama kali dengar tentang tokek.

    Admin P@P says:

    Salam kembali saudara Sahrom.
    Terima kasih berkongsi pandangan.
    TQ

    Admin P@P says:

    Salam buat Kunang.
    Banyak lagi perkara dan keajaiban yang kita belum tahu. Semoga perkongsian seperti ini akan menambah pengetahuan bersama.

    TQ

    ibuintan says:

    masih dalam kajian, tak pasti benar atau tidak dakwaan tersebut.... oi mahal giler, nak cari untung2 dapat tiga ekor... dah boleh dapat inspira sebuah tu

    cik merah says:

    Salam ,rumah sy sentiasa dimasuki cicak tokek jantan ,tokek jantan ni bunyi dia kuat .Nak tangkap tak berani .Maklum la pelajar perempuan .haha .Banyak kali dah halau tapi masuk juga ==' Ni haa ,bukan ke cicak adalah binatang yg harus di bunuh dalam islam ?Bunuh cicak pada percubaan pertama dapat 100 kebaikan .Daripada cari kekayaan dunia ,saya rasa lebih baik cari kekayaan di akhirat kan ?Jadi daripada jual baik bunuh .Cicak ni mahal sebab mereka percaya cicak ni boleh menyembuhkan penyakit .Cicak ni binatang fuwaiqah .Kalau lah cicak tokek ni boleh dijadikan ubat ,errrrr anda semua tak rasa ke itu benda haram ?Ubat tu untuk dimakan dan akan mengalir dan sebati dengan darah daging kita .Jual benda haram ,jadi hasil MONEY pun haram la kan ?Sanggup kejar kekayaan dunia dari akhirat !?WOW untuk anda .Maafkan saya tapi saya tengok ramai orang yang dah agak berumur atau senang cerita TUA tapi masih tak sedar benda2 macam ni .Halal haram semua entah ke mana .Tak takut ke ?

Powered by Blogger