Sekolah Harapan


Salam 1Malaysia buat pembaca yang budiman.  

Satu perkembangan yang sedikit masa dahulu menimbulkan ‘kontroversi’, apabila Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan akan mewujudkan sekolah khas bagi pelajar hamil. Lebih tepat kalau kita sebut sebagai hamil 'luar nikah' atau hamil tapi belum punya suami. Kalau kita rujuk kepada ‘istilah’ Islam untuk orang Islam, ia disebut zina. Dan kalau kita nak panjangkan dari  sudut hukum syarak, zina boleh dikenakan hudud iaitu samada sebat 100 sebatan atau rejam sampai mati, yang mana berkaitan. Ini adalah sebagaimana yang telah dirungkaikan dalam hadis Nabi saw. serta apa yang telah berlaku dalam sejarah Islam.

Dari sudut pandangan positif, kita boleh katakan bahawa kewujudan sekolah ini akan bertindak sebagai pelindung dan 'pembela' kepada pelajar yang berusia 16 dan 17 tahun, di mana mereka telah dikembalikan hak untuk meneruskan pelajaran walaupun telah melakukan satu kesalahan serius yang boleh menyebabkan mereka dibuang sekolah. Dan sebagai menunjukkan keperihatinan dan ‘membenarkan’ apa yang telah dinyatakan dalam Akta Pendidikan, yang mana seseorang itu hendaklah bersekolah sehingga ke Tingkatan 5 atau berusia 17 tahun.

Tetapi sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari paradigma negatif dimana kita juga merasakan kewujudan sekolah harapan ini juga memberi harapan baharu kepada pelajar-pelajar yang 'tengah gatal dan miang' untuk melampias nafsu mereka tanpa mengambilkira pandangan 'agama' dan moral sebagai masyarakat 'timur'. Dengan berbekalkan harapan 'masih ada yang sayang', maka tidak mustahil suatu hari nanti pelajar hamil tanpa nikah menjadi satu perkata biasa dan tiada celanya di mata masyarakat. Pada ketika itu nanti di manakah kita meletakkan kedudukan 'agama'? Walau apapun agama yang dianut, tetap tidak membenarkan perkara sebegini berlaku. Atau adakah agama itu hanya akan tinggal laksana simbol tanpa ada apa-apa signifikannya kepada nilai modal insan yang akan mewarisi negara di masa hadapan? Telah ‘benar’lah apa yang Tan Sri P. Ramli pernah ungkapkan: anak buluh betong…
 Sudut pandang positif juga mengatakan bahawa 'sesuatu perkara itu akan menjadi bahaya kalau ia digunakan secara salah'. Ambil contoh 'pisau', ia boleh digunakan untuk melakukan pembunuhan. Adakah kerana ia boleh digunakan untuk 'membunuh' maka ia harus dilarang dijual dipasaran? Berapa ramaikah yang sudah mati dibunuh menggunakan pisau? Saya cuba nak mengaitkan pandangan positif ini kepada usaha untuk menyelamatkan remaja terlanjur ini, agar mereka sedar bahawa masih ada yang perihatin terhadap mereka. Maka usaha telah dibuat agar mereka dapat menjalani kehidupan sepertimana remaja lain, dan juga agar kes bayi yang dijumpai samada hidup atau mati, ditempat yang tidak sewajarnya, dapat dikurangkan. Disamping program ‘penyucian’ oleh golongan agama agar remaja ini dapat dikembalikan ke landasan yang betul.
 Persoalan NAKAL. Kalau begitulah cara kita berfikir, kenapa kerajaan melarang senapang, pistol, dan rifel  dari dijual secara bebas dan berleluasa seperti pisau? Bukankah rakyat kita merupakan rakyat yang 'berbudi bahasa', biarkanlah sahaja senjata api ini dijual bebas. Takkanlah pula mereka tergamak menggunakannya untuk membunuh, merompak dan pelbagai kekejaman lagi... Begitulah pada hemat saya, perbandingan yang boleh dibuat kepada sekolah harapan ini. Walaupun tujuan atau niat itu baik dan betul, dalam masa yang sama janganlah sampai apa yang kita lakukan itu nanti dilihat sebagai cuba merendahkah ‘martabat’ Allah swt. sebagai Tuhan.
 Tahniah kepada Kesatuan Guru Sarawak yang membantah sebarang cadangan penubuhan sekolah harapan di Sarawak, kerana bimbang ia bakal mencetuskan 'epidemik' hamil luar nikah dalam kalangan pelajar di negeri ini.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”[al-Israa 17:32]

Sekian buat renungan bersama.
Salam hormat dari saya.

14 Response to "Sekolah Harapan"

  1. kakyong says:

    singgah membaca n3..

    besar cabaran mendidik anak2 zaman skrg ni..

    Salam...

    Artikel yg menarik...mmg kita dh diakhir zaman...
    Sekolah Harapan?
    tak setuju sebenarnya, mereka yg lemah imannya akan ambil satu jln singkat, kerana 'masih ada yg sayang' dan 'beri perlindungan' kalau terjadinya kes sedemikian..seolah sebagai satu tiket bt mereka terus bergelumang dgn dosa... :(
    Allahu Akbar! Amannya hidup ni andai dilaksanakan hukum ALLAH...

    kak Erna says:

    salam cik gu..rasa takut dan ngeri,..dengan ramainya yang mendaftar..kita akan tau..ramainya pasangan zina..

    Admin P@P says:

    Salam. Sahabat Kak Yong.
    Susah nak komen tu. Banyak sangat pengaruh luar yang lebih di'dengar' mereka berbanding ibubapa. Kita pula seolah-olah membiarkan diri dipengaruhi persekitaran, pada hal sepatutnya kita yang mengawal pengaruh luar tersebut. Maksudnya melalui peraturan dan penguatkuasaan peraturan tadi.

    Sahabat Aisyah Humaira.Allah dah tetapkan cara penyelesaian sesuatu masalah. Dah dicerita dalam al-Quran dan melalui hadis nabi saw.
    Tapi orang Islam rasa bangga bila berjaya tolak hudud dsb. Alasannya kita mengamalkan Islam sederhana. Sederhana macamana?...

    TKasih atas perkongsian.

    Admin P@P says:

    Salam sahabat Kak Erna.
    Ya lah kak Erna. Macam nak bagitau kat orang 'lain' tu, yang kita juga hebat dan boleh lakukan perkara yang sama.
    Malu pulak rasanya bila kawan-kawan yang non bertanya tentang ini. Tanya tentang hukum dan kenapa buat...

    Allahumma... Selamatkanlah kami ya Allah.
    TQ

    Aslmkm.
    Kak G membalas kunjungan ni ... sampai lewat dinihari. Gagahi juga ni sbb banyak sangat terhutangnya!
    Setiap masaalah mesti ditangani secara total dari akar umbinya.
    Tidak cukup dengan rakyat berdoa. Selagi seluruh sistem tempang; asas tidak teguh & kukuh, penyelesaian tetap hanya bersifat sementara!

    Abd Razak says:

    Salam sdra...

    Terima kasih atas kunjungan ke blog kamek..

    Kamek pun sik setuju dengan sekolah harapan ya...kita seolah-olah membelakangi hukum yang sedia ada di al-quran dan sunnah. Masalahnya kita sik pernah melaksanakan hukuman yang disyariatkan. Sampai bila pun masalah tok sikkan selesai mun kita abaikan al-quran dan sunnah.

    Wallahu'alam

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum sahabat DDrfauziah @ kak G.
    Terima kasih berkongsi pandangan. Semoga selepas ini segala penyelesaian akan menjadi nyata dan bukan sementara. TQ

    Assalamualaikum sahabat Abd Razak.
    Tak pasti pulak sama ada pihak tertentu ada buat undian/bancian peratusan setuju dan tak setuju. Saya yakin ramai yang tak setuju dangan penubuhan sekolah tersebut walaupun tujuannya dilihat sebagai baik. Nampaknya pihak tertentu kena main peranan secara lebih agresif agar tuntutan syariah diutamakan.
    TQ

    SALAM,

    KALAU KITA NAK MENANGANI SESUATU MASALAH, KITA PERLU PERGI KEPADA PUNCA DAN AKAR UMBINYA. BUKAN SETAKAT MENJALANKAN OPERASI SEMBURAN SEPERTIMANA YANG DILAKUKAN OLEH JABATAN BOMBA SESUDAH BERLAKU KEBAKARAN.

    MENGAPA TERJADI ANAK LUAR NIKAH DAN PEMBUNUHAN BAYI ? MEMANG BANYAK FAKTOR YANG TERLIBAT DAN MENYUMBANG. ANTARA PUNCA PALING UTAMA IALAH HATI MANUSIA YANG SUDAH TERCEMAR DAN ROSAK. HATI MENGAWAL SEGALA AKTIVITI PEMIKIRAN DAN TINGKAHLAKU KITA. BILA HATI SUDAH ROSAK, MAKA KEIMANAN DAN KETAQWAAN KITA KEPADA ALLAH SWT JUGA MENJADI LONGGAR ATAU PUNAH ! SEPERTIMANA KITA FAHAMI, ORANG YANG BERIMAN MENJAUHI APA YANG DILARANG DAN MELAKUKAN APA YANG DISURUH OLEH ALLAH SWT. SEMENTARA ORANG YANG TIDAK BERIMAN BERTINDAK DI SEBALIKNYA.

    MENGAPA HATI BOLEH TERCEMAR ATAU ROSAK? ANTARA PUNCANYA IALAH LAMBAKAN HIDANGAN HIBURAN YANG MELAMPAU DAN MELALAIKAN OLEH MEDIA MASSA (LETRONIK DAN CETAK). BUDAYA HEDONISME (MENGUTAMAKAN HIBURAN DAN KESERONOKAN) MENJADI SUBUR TERUTAMA DI KALANGAN ANAK MUDA. GEJALA BERSERONOK-SERONOK INI AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA KETERLANJURAN DAN PERZINAAN. INI SETAKAT PANDANGAN PERIBADI LF. WALLAHUALLAM !

    puteri says:

    saya tertarik dengan pendapat seseorang di dalam sebuah majalah Islamik yang saya baca bari-baru ini. Berkenaan sekolah harapan. Bunyinya begini: "Lepas ini (sekolah harapan) apa pula? Kolej harapan? universiti harapan?"

    Bagi saya lah kan.. sekolah ni mungkin alternatif. tapi keberkesanannya kurang. atau mungkin langsung tiada. wujudnya sekolah ini hapuskan lahirnya anak2 luar nikah? hapuskah zina? hapuskah hubungan terlarang itu?

    bagai menampal getah paip yang bocor. sana sini cuba ditampal. tapi air tetap juga mengalir dan bocor. yang terbaik ialah tutup pili air, dan pasang getah paip yang baru.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum sahabat LuahFikiran.
    Satu persoalan yang diharap dapat membuka minda pihak tertentu berkaitan gejala sosial dan perlanggaran hukum Tuhan: MENGAPA HATI BOLEH TERCEMAR ATAU ROSAK? ANTARA PUNCANYA IALAH LAMBAKAN HIDANGAN HIBURAN YANG MELAMPAU DAN MELALAIKAN OLEH MEDIA MASSA (LETRONIK DAN CETAK).

    Terima kasih telah berkongsi pandangan. Semoga selepas ini kita sama-sama berusaha dengan daya yang termampu untuk mencegah segala kemungkaran...
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum sahabat Puteri.
    Tertarik dengan perumpamaan tersebut: Bagai menampal getah paip yang bocor?

    Kalau melihat kepada perkembangan dan kebangkitan gejala sosial melalui statistik yang ada, tidak mustahil akan ada Kolej Harapan atau Universiti Harapan. Pada saya ia tidak akan menyelesaikan masalah keimanan dan ketuhanan. Cuma menyelesaikan masalah 'kemaluan' dan kemanusiaan. Tapi ke mana arah tuju kehidupan kita, itu yang perlu difikirkan.
    Tegakkan hukum Allah dan hapuskan kemungkaran. Perlu ada kepimpinan melalui teladan-lah pulak...
    TQ

    Salam 'alaik

    Teringin untuk berkongsi pendapat di sini.
    Pertamanya kita hentikanlah penggunaan hamil luar nikah atau hamil tanpa suami,kita terus saja sebut hamil sebab zina. Kita selalu mencari perkataan yang lembut seperti terlanjur, ternoda.Kenapa tidak mahu menggunakan zina terus.

    Berhubung sekolah harapan, pendapat saya agak berlainan sedikit. Penubuhan sekolah ini seolah kita menyelesaikan masalah tanpa mengenali punca. Kita membersihkan kotoran di hilir tetapi di hulu orang bebas membuang sampah. Namun sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan bayi dari terbuang. Sungguh, cadangan ini sebenarnya kurang cerdik. Penubuhan sekolah ini perlu disertakan dengan penyelesaian untuk membasmi punca bagi masalah ini seperti pandngan di atas(menutup punca air).

    Wallahu 'alam

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam sahabat Al Mu'allim.
    Saya setuju dengan saudara.
    Kita rakyat Malaysia suka kepada bahasa yang lembut, sebab itu tak nak ikut.
    Bila guna bahasa yang 'lurus', jadi kasar pula, pun tak nak ikut...
    Terlalu sangat nak jaga hati, akhirnya makan hati.

    Terima kasih pandangan saudara, banyak membuat kita berfikir. Setiap penyelesaian yang segera perlu, perlu difikirkan cara menghentikan pucanya.

    TQ

Powered by Blogger