Bosan = Stress: Elakkan


Salam 1Malaysia buat pembaca budiman.

Kita seringkali mendengar perkataan ‘stress’ atau tekanan, samada melalui media elektronik, atau mengalaminya sendiri dalam kehidupan kita. ‘Stress’ datang dan pergi dalam kehidupan dan kadang kala ia seperti tidak boleh dipisahkan dari kehidupan seharian kita.

Daripada pembacaan saya, ada yang mengatakan bahawa stress ini bermula dari rasa bosan. Bosan pula ada pelbagai sebab dan punca, samada di rumah atau tempat kerja, bahkan semasa dalam perjalanan (menaiki kenderaan) pun kita boleh merasa bosan. Rasa bosan ini kalau tidak ditangani, maka ia akan merebak menjadi stress. Wallahu a’lam.

Ada beberapa petua atau ‘tips’ menangani ‘stress’ yang saya nak kongsikan bersama pembaca budiman. Dari segi keberkesanannya, saya tak bolehlah nak beri jaminan, kerana ia tertakluk kepada sejauhmana anda yakin dan menghayatinya.


TIPS UNTUK HILANGKAN STRESS 

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk. Ini kerana wuduk itu merupakan lambang kesucian, dan dalam keadan berwuduk kita boleh melakukan beberapa perkara yang pada dasarnya adalah haram atau berdosa jika dilakukan tanpa wuduk. Contohnya haram atau berdosa mengerjakan solat dan memegang al-Quran tanpa wuduk. Jika martabat wuduk itu begitu tinggi dan menjadi syarat dalam ibadah kepada Allah, maka sewajarnyalah ia akan berperanan juga dalam memberi ketenangan jiwa dan mengurang atau menghapuskan stress.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an. Membaca al-Quran merupakan ibadah. Ganjaran yang Allah swt janjikan bukan pada setiap ayat atau perkataan, tetapi setiap huruf yang dibaca. Al-Quran juga merupakan ‘perlembagaan’ bagi umat Islam, yang mengandungi perintah dan tegahan Allah swt. Kalau begitulah hebat ganjaran yang Allah janjikan, masih adakah lagi rasa resah gelisah dan stress apabila kita membacanya?

3) Banyakkan solat sunat. Solat sunat selain solat fardhu 5 waktu yang Allah telah tetapkan, merupakan masa dan waktu kita berada dekat dengan Allah. Ketika inilah kita berpeluang untuk ‘berbicara’ dengan Allah dan mengadu kepadaNya disamping memohon agar diberi kelapangan jiwa. Allah telah berjanji bahawa “sesiapa yang mendekati Allah sejengkal, maka Allah akan mendekatinya sehasta”. Maka adakah kita akan merasa stress setelah bermunajat kepada Allah?

4) Cintai diri sendiri. "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Kalau kita mencintai diri kita sendiri, adakah kita perlu menyiksa diri dengan membiarkan stress menguasai diri.

Sekadar perkongsian. Semoga kita dikurniakan kelapangan jiwa dan dada dalam menghadapi tugas seharian.  Jika niat kita adalah untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Allah, nescaya segala tugas akan dapat dilaksanakan dengan gembira.

HIDUP BAHAGIA TANPA ‘STRESS’.

13 Response to "Bosan = Stress: Elakkan"

  1. IM mutakhir ni sakit bahagian dada. doktor kata IM mengalami muscle pain kerana stress...

    salam..setuju itu..al-Quran adalah pelindung diri..selain elakkan stress, ia juga boleh elakkan orang menghantar benda yang tak baik pd diri kita..maklumla, skrg nie mcm2 hal kan huhuhuh

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum IM.
    Didoakan agar IM akan lebih lapang dan selesa menjalani kehidupan seharian.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum Sahromnasrudin.
    Terima kasih atas perkongsian.
    Semoga ceria dan tidak stress.
    TQ

    kak Erna says:

    salam cik gu..terima kasih kongsi ilmu..

    Admin P@P says:

    Salam Kak Erna.
    Terima kasih sempat singgah.
    TQ

    Salam Admin P@P..

    benar... baca al-quran merupakan salah satu cara untuk menghilangkan stress dan mendapat ketenangan jiwa.Alhamdulillah...

    Al Quran shifa' terbaik...

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam. Afida Anuar.
    Terimakasih singgah berkongsi pandangan.
    Semoga kita dapat luangkan masa untuk membaca al-quran setiap hari.

    TQ

    Admin P@P says:

    Salam ckLah@xiiinam.
    Terimakasih sempat singgah berkongsi pendapat.

    TQ

    SALAM,
    N3 YANG MEMBERIKAN BANYAK PANDUAN UTK DIRI LF. SANGAT SETUJU DENGAN KANDUNGAN N3 INI. TERIMA KASIH

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam LF.
    Semoga panduan ini mendatangkan manfaat kepada kita semua. Terima kasih hadir.

    TQ

    Abd Razak says:

    Salam kitak...

    Maaf kerana lambat memberi komen, kamek sik sihat dalam 2-3 hari tok.

    Itulah Al-Quran yang menjadi penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam jiwa manusia, baik berupa perasaan tertekan dan stress, maupun dengki, dendam, rakus, dan penyakit hati lainnya. Itulah Al-Quran yang memberikan petunjuk yang terang bagi mereka yang sedang kebingungan dalam mencari makna kehidupan.

Powered by Blogger