Inspira, inspirasiku: PROTON



Salam 1Malaysia buat pembaca budiman.

Dua minggu lepas Proton telah mengadakan pra-tonton kereta keluaran terbaharunya iaitu Inspira. Ura-ura tentang pelancaran model terbaharu ini, yang dikatakan sebagai pengganti kepada model Waja, telah lama dibicarakan dalam blog berunsurkan permotoran. Tidak kurang juga para bloggers yang berkemahiran tinggi telah memperlihatkan lakaran dan model yang direka menggunakan perisian komputer, selain foto sebenar model ini yang masih dalam ujian. Harga bermula dari RM 79 ribu.

Pelancaran sebenar model Inspira akan diadakan pada 10 November 2010. Sekadar mahu berkongsi dengan rakan pembaca sekalian, sebenarnya masih ramai lagi warga Malaysia yang menaruh perasaan syak wasangka terhadap model-model keluaran Proton, termasuk model terbaharu ini. Selain memperli bahawa Inspira adalah ‘penjenamaan semula’ daripada  Mitsubishi Lancer, ramai juga yang mempertikaikan usaha Proton bekerjasama dengan Mitsubishi. Sedangkan kalau dilihat jenama ‘hebat’ dalam permotoran, juga melakukan perkara yang sama, demi menjimatkan kos dan memaksimakan keuntungan. Ini termasuk kereta nasional Perodua dan Naza.

Saya mengajak pembaca sekalian mengimbau zaman ibubapa kita muda-muda dahulu, anggaran dalam 15 hingga 20 tahun yang lalu. Bukan jangkamasa yang terlalu jauh ke belakang. Kalau ada dalam kalangan kita yang ibubapa kita adalah para pendidik atau guru [seperti saya sendiri] mungkin kita masih ingat lagi betapa susahnya mereka dahulu hendak memiliki kereta. Walaupun ketika itu harga kereta jauh lebih murah, tetapi gaji mereka juga adalah sama murahnya. Hendak memiliki kereta yang murah (Proton) pun bukan main susah. Susah nak dapat pinjaman bank, dan susahnya nak mendapatkan bayaran ‘muka’.

Zaman sekarang gaji guru ‘kira boleh tahan juga’. Tapi harga kereta sekarang sudah melambung tinggi. Kalau nak dilihat dari segi nisbahnya, kemampuan kita dan ibubapa kita dahulu adalah sama. Cuma sekarang, kita dipermudahkan untuk memiliki kereta. Bank yang datang buat tawaran semasa kita ke ‘show room’, dengan pelbagai pakej tawaran yang ‘menarik’.

Dengan kemudahan yang ada, maka kita tidak lagi berangan-angan memiliki Proton, sebaliknya jenama lain yang lebih ‘gah’ dan ‘mewah’. Hilang semangat cintakan negara, sebaliknya suka pula menimbulkan soal kualiti dan ‘paras rupa’ kereta buatan Malaysia.

Teman-teman saya sendiri, dalam setahun dua ini ramai yang telah beralih kepada jenama Honda dan Toyota, dua nama yang ‘agung’ dalam pembuatan kereta. Harga pula melepasi aras RM 100 ribu.  Jelasnya, demi kepuasan dan ‘status’. Walaubagaimanapun, saya tetap mengucapkan tahniah kepada teman-teman yang berjaya memandu jenama-jenama mewah tersebut. Saya tetap dengan Proton yang semakin meningkat remaja, 19 tahun usia tetapi masih gagah meredah jalanraya. Syukurlah semasa bajet yang lepas PM tidak mengeluarkan arahan ‘melupuskan’ kereta-kereta yang telah dewasa ini.

Terliur juga melihat keanggunan dan kejelitaan Inspira.

13 Response to "Inspira, inspirasiku: PROTON"

  1. tapi pada pandangan IM, Inspira ni cenge la...

    Admin P@P says:

    Salam saudara IM.
    Sokong buatan Malaysia.
    Walaupun Inspira mengambil flatform Mitsu, tapi dari segi pengilangan dan pemasangan dilakukan oleh warga kita.
    TQ

    pd pandangan sy harganya terlalu mahal untuk sebuah krete bertaraf nasional..katanya pengganti waja,sudah tentulah harganya dlm range waja jugak..lg 1, takut beli jual tak laku..mcm V6, beli mahal2 pas tue pas 5 tahun harganya tinggal RM30 - 40k je..rugi wooo

    Abd Razak says:

    Salam...

    Moga kitak sihat hendaknya..

    Bagi kamek, tak kisah sangat tentang jenama asalkan ciri-ciri keselamatannya berada ditahap yang tinggi dan sangat memuaskan.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum saudara Sahromnasrudin.

    Bagi sesetengah orang, betul harganya agak mahal. Tapi dari segi kuasa enjin, ia lebih besar dari waja iaitu 1.8 dan 2.0

    Mampu atau tidak terpulang kepada individu, tapi saya sedih juga kalau ada rakyat Malaysia sendiri yang mengutuk dan memperlekehkan kereta tempatan kita.

    Hanya pandangan peribadi saya.

    TQ.

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam kitak juak.
    Kita harap proton akan lebih memperkemaskan ciri keselamatan, setanding dengan kereta mahal yang lain.

    Harapan kita.

    TQ

    Kakzakie says:

    Salam cikgu,

    Kakak tak kisah tentang kereta ni. Tapi yang nyata kakak suka kalau hubby kata nak belikan kakak kereta baru. Brand tak kisah janji baru. He...3x

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam Kakzakie.

    Terima kasih berkongsi pandanagn.
    Pujuklah hubby beli Inspira.

    TQ

    ummu says:

    salam cikgu
    saya masih ingat masa sekolah rendah dulu,cikgu selalu ajar supaya utamakan degan jenama negara kita
    dan salah satunya Proton.

    salam ziarah

    kita pon sentiasa bangga dengan kereta nasional... biarpun terlalu banyak kekurangan...

    Admin P@P says:

    Salam Ummu.
    Terima kasih memberi pandangan.
    Kalau bukan kita rakyat Malaysia, siapa lagi ...
    TQ

    Admin P@P says:

    Salam Manje.
    Terima kasih ziarah anda.
    Kita harap lepas nie tak de kurangnya inspira dengan kete lain...
    TQ

    ibuintan says:

    berminat gak tapi tak mampu milik..

Powered by Blogger