Kena Dahulu Baharu Kahwin



Salam 1Malaysia buat pembaca yang budiman.

Saya berkongsi pandangan bersama pembaca dan bloggers sekalian berkaitan satu artikel yang bertajuk “Kena Dahulu Baharu Kahwin”. Artikel ini yang ditulis oleh saudara Mazidul Akmal boleh dibaca di http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/10/kena-dahulu-baharu-kahwin.html

Artikel ini berkisar perbualan saudara  Mazidul dengan seorang isteri ‘taukeh’ tempat beliau sedang menyelenggara keretanya. Dipendekkan cerita, sudah menjadi sesuatu yang ‘biasa’ walaupun mungkin bukan satu budaya dalam masyarakat Cina, untuk mengandung dahulu sebelum berkahwin. Ini berlaku kerana masyarakat Cina ini dikatakan sangat setia kepada pasangan bercintanya, menyebabkan mereka tidak risau akan ditinggalkan kekasih atau akan melahirkan anak ‘tanpa bapa’ yang akhirnya nanti nyawa anak tersebut akan berakhir di tepi semak dan belukar. Berbeza dengan pasangan ‘melayu’.

Dan kesimpulan yang boleh kita buat: Mungkin itulah sebabnya tiada atau jarang kita mendengar masyarakat Cina buang anak atau bayi yang baharu dilahirkan.

Isteri ‘taukeh’ yang beragama Kristian ini seterusnya ditanya berkaitan ‘kebenaran’  yang diberi dalam Kristian untuk mengandung dahulu sebelum berkahwin. Jawapannya, tidak dibenar dalam Kristian, tapi ramai yang buat dan tidak jadi masalah. Bahkan katanya lagi, orang Melayu pun buat

Moral daripada tulisan tersebut yang saya ingin kongsikan kepada anda semua ialah: Walaupun sesuatu perbuatan orang Islam itu melanggar hukum agama @ haram, tetapi bila ia dilakukan secara kerap dan berleluasa, maka masyarakat bukan Islam akan melihat ia sebagai sesuatu yang  BOLEH dan tidak salah. Contohnya: pakaian yang tidak menutup aurat baik lelaki mahupun perempuan (tak payahlah saya memberi diskripsinya di sini), pergaulan bebas, mat rempit, bohsia, tidak solat, tidak berpuasa Ramadhan, rambut yang pelbagai corak dan warna, berkahwin bila sudah berisi.

Sedang Islam adalah agama resmi, dan sering kita war-warkan kebaikan dan kehebatan agama Islam, malangnya masih terdapat segelintir umat Islam yang tega melakukan perkara yang boleh mencalar imej agama Islam, bahkan maruah diri seorang insan. Dan Malaysia juga dikenali seantero dunia sebagai sebuah negara Islam!

Lebih menyedihkan, apabila berlaku perkara yang mencemar imej Islam dalam kalangan remaja kita, maka guru dan ustaz ustazah yang menjadi mangsa tohmahan, tak pandai mengajar. Dan sistem pendidikan kita dikatakan gagal membentuk modal insan berkualiti.

Fikir-fikirkan dan ambil-lah tindakan yang sewajarnya.

11 Response to "Kena Dahulu Baharu Kahwin"

  1. Unknown says:

    SALAM,
    BETUL, INILAH MASALAHNYA SEKARANG INI. TERDAPAT KALANGAN ORANG ISLAM SENDIRI MENCEMAR KESUCIAN ISLAM. TINDAKAN MEREKA INI MENIMBULKAN SALAH TANGGAPAN ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP AGAMA ISLAM. OLEH ITU, KITA PERLU PERBETULKAN SIKAP DAN AMALAN KITA.

    islam itu jika dipatuhi sepenuhnya pasti akan menghasilkan umat yg paling cemerlang..namun siapa yg mahu dan mampu pilih kehidupan islam sepenuhnya untuk diterapkan kpd diri dan keluarga.mungkin ada tp tidak ramai..

    Abd Razak says:

    Salam kitak..

    Membenarkan atau membebaskan orang-orang melakukan zina itu boleh menyebarluaskan kejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Mula-mula akan menghancurkan keluarga dan akhir sekali menghancurkan ummah. Inilah yang mahu dicegah oleh Islam sebagai agama rahmat dan penyelamat sejagat.

    Menjawab soalan dalam gambar kitak ya, menurut Mazhab Imam Shafie SAH nikah perempuan yang mengandung daripada zina dan anaknya itu tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang kahwin dengannya tetapi dinasabkan kepada ibunya, tidak sah nikah dengan paksa.

    Assalamu'alaikum...

    Akal yang sihat yang dapat bimbingan Ilahi mampu melihat kebenaran itu sebagai kebenaran dan kesalahan itu sebagai kesalahan. Apabila telah mengetahui sesuatu itu sebagai kebenaran, maka mudahlah kita mengikutinya. Begitulah sebaliknya jika kita mengetahui sesuatu itu sebagai kejahatan, mudahlah bagi kita menjauhikannya. Kefahaman sebegini adalah pemberian Allah kepada hamba yang disayangiNya.
    Tepuk dada, tanyalah iman, adakah kita termasuk hamba yg disayangi ALLAH?

    Amar Ma'ruf Nahi Mungkar perlu ditegakkan...
    Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
    Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan
    tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya
    dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah
    selemah-lemah iman.

    syukran jazilan...

    hentian says:

    alah bisa tegal dik biasa.

    kekadang bila dah biasa jatuh 'wajib' pulak. kalau tak buat tak boleh...

    macam upacara bersanding masa kenduri kahwin. atau kenduri selepas 100 hari kematian...

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum, buat sahabat yang berkesudian berkongsi pandangan dalam blog yang kerdil ini. Saya menghargai segala pandangan anda semua.
    Terima kasih.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum sahabat LF.
    Terima kasih atas pandangan dan saranan saudara.
    Kalau setiap dari kita umat Islam ada kesedaran dan sedia menerima teguran dan nasihat, insya Allah masalah seperti tidak akan berbangkit lagi.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum sahabat Syahbanadar87.
    Setiap umat Islam perlu berusaha untuk terapkan Islam dalam diri dan kehidupan mereka.
    Janji Allah, semulia-mulia kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa kepadaNya.
    TQ

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam sahabat Abd. Razak.
    Walaupun kita tidak secara langsung membenar dan membebaskan perlakuan tersebut, jika kita tiada mengambil apa2 tindakan, maka seolah2 kita setuju dan membenarkannya.

    Bertidaklah, ubahlah walau hanya dengan hati, dan itu adalah indikator bahawa masih ada iman dalam diri kita...
    TQ

    Admin P@P says:

    Waalikumussalam sahabat AisyahHumaira.
    Mesti ada usaha dari dalam diri setiap muslim untuyk merubah keadaan.
    Mesti ada keimanan dalam diri muslim, hatta selemah2 iman kerana hanya mampu menegur dalam hati. Itu lebih baik dari bersubahat atau bersekongkol dengan mereka yang berbuat maksiat.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum sahabat Insan Marhaen.
    Ada betulnya, sebab dah biasa, maka dikira betul.
    Tapi sebelum 'membiasakan' eloklah dipastikan apa yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak @ haram.
    TQ

Powered by Blogger