Guru Sandaran Tidak Terlatih [GSTT] , Guru Terlatih: Memartabatkan Profesion Keguruan


Salam 1Malaysia buat pembaca yang budiman.

Saya sengaja  nak berkongsi pandangan berkaitan isu GSTT yang sering terbit di akhbar kebelakangan ini. Isunya bukan sahaja di sebuah negeri, di Semenanjung atau Sabah Sarawak. Isu yang ditimbulkan, mengapa kontrak GSTT tidak disambung semula untuk tahun berikutnya atau untuk tahun-tahun yang akan datang?

Sedih dan terharu juga apabila membaca keluhan hati  beberapa GSTT yang bergantung harap kepada pendapatan sebagai GSTT untuk menyara isteri dan anak-anak serta orang tua mereka. Begitu juga pengorbanan mereka yang terpaksa berulang alik dari rumah ke sekolah yang jaraknya mencecah sehingga lebih seratus kilometer.

Demikian juga terdapat keluhan dari kalangan mereka yang telah menggalas tanggungjawab yang besar setara dengan guru terlatih dan tetap, iaitu menjadi guru kelas, guru yang mengajar kelas peperiksaan seperti PMR dan SPM, guru sukan, dan pelbagai peranan yang penting. Ini yang dipersoalkan, kalau mereka boleh dipertanggungjawab dengan tugas yang ‘berat’ ini, kenapa pula tiba-tiba kontrak mereka tidak disambung semula? 

Beberapa saranan dari menteri dan individu perihatin, agar GSTT ini memohon untuk menjalani  latihan sebagai pelajar KPLI  atau KDC. Sudah tentu tempatnya adalah terhad dan mereka juga perlu bersaing dengan calon bukan GSTT. Dan seperti  yang selalu kita maklum, permohonan bagi setiap kohort setiap tahun mencecah 40 ribu permohonan (KPLI) dan tempat yang disediakan di 27 IPG seluruh negara hanya dalam lingkungan 4 hingga 5 ribu sahaja. BAYANGKANLAH…  Macam goreng pisang panas!

Bagi permohonan KPLI ambilan Januari 2011, permohonan secara on-line telah dibuka mulai 11 Oktober 2010, dan mereka yang ‘terpilih’ akan menghadiri  M-Test pada minggu ke dua, November nanti.

Berbalik kepada persoalan ‘memartabatkan profesion keguruan’ tadi. Perkara ini sering diwar-warkan setiap kali menjelang Hari Guru setiap tahun, sama ada melalui temanya, atau pengharapan dan impian para pemimpin tertinggi di kementerian. Selain dari skim gaji yang lebih ‘cantik’ sekarang ini, pelbagai elaun seperti elaun pedalaman dan  elaun bagi MP tertentu, kementerian telah mengangkat martabat guru dengan peningkatan sijil akademik guru di mana semua guru yang belum lagi ada ijazah, dikehendaki dan dibantu agar  memperolehi ijazah dalam bidang masing-masing. Bahkan guru sekolah rendah dan guru prasekolah juga memiliki ijazah.

Selain KPLI, IPG seluruh negara juga melatih bakal guru yang akan keluar dengan ijazah keguruan dengan kepujian, dengan tempoh latihan selama 5 tahun 6 bulan.

Mungkin sudah sampai masanya kementerian memikirkan agar GSTT dimansuhkan demi  martabat ‘guru’ di mata masyarakat. Kita tidak pernah ‘dengar’ adanya doktor sandaran atau doktor tak terlatih yang merawat pesakit, bahkan kalau ada, sudah tentu kita ‘menolak’ untuk dirawatnya. Begitu juga  tidak ada ‘polis sandaran’ atau tidak terlatih. Apa akan jadi kalau ada polis sandaran, bagaimana keyakinan kita terhadap tahap keselamatan kita? Begitu juga dengan pelbagai profesion lain, tiada sandaran atau tidak terlatih. HANYA GURU!

Untuk renungan para guru sekalian. 

18 Response to "Guru Sandaran Tidak Terlatih [GSTT] , Guru Terlatih: Memartabatkan Profesion Keguruan"

  1. hentian says:

    kesian guru-guru ni tersandar menanti harapan tertunai...

    Maiyah says:

    yalah.. org atasan nk kene bik tahu ni

    salam..mmg kasiha sungguh kpd mereka..pengalaman yang telah dkutip langsung tak dihargai :-(

    salam ziarah,

    terima kasih berkunjung ke blog saya.

    tiada guna menukar nama jika mekanismanya sama.

    Panggilan 'cikgu' juga tetap terpahat hingga ke akhir hayat buat mereka. Apa salahnya diserapkan jika mereka memang berpengalaman luas dalam dunia pendidikan.

    Abd Razak says:

    Salam kitak...

    Sewajarnya mereka diberi keutamaan apabila memohon untuk mengikuti KPLI atas surat sokongan dari Pengetua atau Guru Besar

    Adakalanya setiap orang perlu menganjak paradigma...

    Mungkin ada hikmahnya dengan penamatan kerjaya ini.
    Kebiasaannya, kerjaya guru bukan pilihan pertama mereka ketika memilih jurusan di IPT...
    Mengapa kini?

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum IM.
    Semoga masih ada harapan untuk mereka, dan tidak semestinya dalam bidang perguruan.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum Pn Maiyah.
    Harapan kita begitu lah.
    Tapi memang ada usaha nak bantu, tinggal lagi 'tempat' adalah terhad.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum saudara Sahromnasrudin.
    Saya ingat bukan masalah tidak dihargai, tapi dasar juga perlu dipatuhi.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum saudara Ahmad Humairi.
    Terima kasih atas perkongsian pandangan di sini.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum saudara Abd. Razak.
    Keutamaan memang telah diberikan, namun mereka juga kenalah melepasi tahap minimum prosidur yang dilalui.
    Terima kasih atas pandangan.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum saudara Munsyi.
    Selalu juga kita di'hidang'kan dengan ayat-ayat tersebut; guru sebagai pilihan terakhir.
    Tapi tidak semua begitu. Ada yang begitu berminat, tapi rezeki tiada.
    TQ

    Unknown says:

    SALAM,
    LF SIMPATI DENGAN NASIB GURU SANDARAN INI. TETAPI PIHAK SEKOLAH TAK BOLEH TERUS BERGANTUNG KEPADA PERKHIDMATAN GURU YANG TIDAK TERLATIH INI. SAMADA MEREKA INI DIBERI LATIHAN ATAU DITAWAR PEKERJAAN LAIN.

    Anonymous says:

    Salam,

    Rasanya pihak Kementerian patut buat sesuatu untuk menyelesaikan perkara ini.

    Berdasarkan pengalaman mengajardan kelulusan akademik mereka mungkin Kerajaan boleh melatih guru-guru sandaran ini supaya menjadi guru terlatih dan perlantikan guru sandaran yang baru tidak lagi dibuat pada masa akan datang.

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum saudara LF.
    Kita bersimpati terhadap mereka tetapi untuk menyerapkan mereka ke dalam perkhidmatan perlulah mengikut prosidur dan peraturan, jika berkaitan.
    TQ

    Admin P@P says:

    Salam Kunang.
    Terimakasih atas pandangan.
    Pandangan saya secara peribadi, jika mahu profesion ini dimartabatkan sewajarnya, maka salah satu langkah ialah dengan mengambil hanya guru yang ada latihan di IPT atau IPG berkaitan.

    Berkaitan guru yang belum ada latihan ini, mereka ada beberapa pilihan yang mereka juga sedia maklum, cuma perlu bersaing dengan calon lain kerana tempat adalah terhad.

    TQ

    Anonymous says:

    Aslmkm.
    Kak G pernah menjadi guru sandaran sementara menunggu keputusan HSC & semasa cuti panjang U.
    Persefahaman sudah ada - sandaran itu jelas berbentuk sementara.
    Jika jawatan tetap yg dicari, segala syarat mesti dipenuhi. Tiap sesuatu ada prosidur.
    Jika anjakan paradigma yang dicari, maka syarat & prosidur harus dihormati!

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam DDrfauziah.
    Terima kasih atas perkongsian pandangan.
    Saya menghargai pandangan DDr.

    Masa berubah, zaman beredar, untuk maju dan dihormati maka profesion juga kena ikut mengalami peredaran.

    TQ

Powered by Blogger