paradigmpandangan.blogspot.com


Salam 1Malaysia buat pembaca yang budiman.


Menulis di blog atau weblog yang dikenali sebagai ‘blogger’ atau penulis blog, menjadi amat popular sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Blog yang dihasilkan samada melalui domain percuma atau berbayar, mempunyai pelbagai tujuan tersendiri. 

Mungkin ada yang mahu menjadi jutawan internet, maka wujudlah blog berbentuk perniagaan. Ada juga yang ingin menyebarkan serta berkongsi pengetahuan secara percuma, tanpa mengendahkan, samada mendapat ‘respon’ atau tidak, melalui bahagian ‘komen pembaca’. Ada juga yang berblog yang pada mulanya hanya ‘suka-suka’ dan akhirnya menjadi ‘gian’ atau ‘addict’ kerana mendapat respon yang baik di bahagian komen, setelah melabur banyak masa untuk ‘blogwalking’. Wujudlah silaturrahim yang begitu erat dengan ‘salam genggam erat’ antara bloggers, sama jantina atau silang jantina. Menulis tentang silaturrahim yang ‘erat’ silang jantina, saya suka mengingatkan diri saya dan pembaca budiman, agar tidak tersasar yang seterusnya nanti akan membibitkan benih-benih dosa, apabila hubungan intim ini boleh menghakis dan menguraikan ikatan kekeluargaan yang baik selama ini. Elok rasanya diperingatkan pada diri ini dan diri kita semua agar tidak perlulah hubungan silaturrahim silang jantina diteruskan dengan ‘chatting’, emel, sms, telefon dan bertukar-tukar gambar dan hadiah.  

Ingatlah keluarga tersayang, suami, isteri, anak-anak. Kawal diri dengan keimanan agar tidak tersasar dan lalai dengan keseronokan pujian dan dorongan rakan maya silang jantina ini. Ingatkan juga firman Allah tentang larangan agar ‘jangan dekati zina’, kerana pendekatan kepada zina itu ada bermacam-macam cara. Boleh juga berlaku di alam maya melalui kata-kata puji sehingga ingatan itu begitu kuat dan seronok kepada rakan-rakan maya ini. Diikuti dengan chatting dan bertukar-tukar hadiah dan sebagainya. Mungkin kalau masih berstatus ‘bujang’, kita kata tidak mengapa. Berbeza kalau sudah berumahtangga, dibimbangi rumahtangga akan goyah dengan kehadiran orang maya istimewa yang membawa kelalaian terhadap tanggungjawab kepada pasangan dan anak-anak. 

Lebih parah lagi sebahagian besar masa habis untuk internet, blog dan alam maya ini. Bangun awal terus ke internet, tidur lewat kerana berinternet. Dan kita bimbang Allah akan di’kebelakangkan’, juga kerana internet dan blog. Tinggal sisa-sisa waktu, baharulah terhegeh-hegeh ambil wuduk untuk solat. Baharu bagi salam, azan untuk waktu berikutnya pun kedengaran. Nampaknya internet atau blog kita itu lebih agung dari Allah. PELIHARALAH KAMI YA ALLAH, DARI KESERONOKAN YANG MELALAIKAN INI. 

Berikut saya petik kata-kata dari beberapa bloggers untuk perkongsian minda: 

[http://www.mamamurai.com/blog/2010/08/menulislah-untuk-pembaca-bukan-untuk-mesin-pencari/]
Ramai yang cakap seorang penulis blog yang hebat adalah mereka yang terdiri daripada golongan yang popular, yang mempelajari SEO tahap sarjana, Pagerank yang tinggi dan mempunyai tag relevan yang cukup mantap. Mungkin sebab itulah penulis blog yang ada sekarang begitu ligat berlumba-lumba menulis tutorial mengenainya walaupun mereka sendiri pun tidak pasti keberkesanannya. 

Tetapi pada saya konsep terlalu menekankan ketiga-tiga taktik diatas untuk mengejar status penulis blog popular adalah salah satu contoh pemikiran cetek golongan hingusan untuk mendapatkan traffik melalui enjin carian. Persoalan yang selalu timbul di kepala saya ialah bolehkah saya menarik kembali pembaca yang pertama kali berkunjung ke blog saya dengan menggunakan keupayaan enjin carian?  

[http://mukshim.blogspot.com/2010/04/menulislah-kerana-allah.html]
Dalam menuju keunggulan, aset utama yang perlu dimanfaatkan adalah diri sendiri. Manusia dijadikan Allah dengan potensi. Untuk berjaya potensi ini harus digilap dengan ramuan yang betul. Bagi mencapai keunggulan dan kekuatan, seorang blogger dan penulis harus mengilap akalnya dengan ilmu dan kesedaran yang tinggi. Jernihkan akal dan benarkan dengan amal.

Kita menulis bukanlah mencari glamour, bukanlah menjadi populariti. Jauh sekali. Azab Allah itulah perlu kita takuti. Firman Allah,
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" (As-Saff : 3).
Jika amal kita tidak seiring dengan kata-kata kita, inilah masanya untuk perbaiki. Ayuh berubah. Yusuf Qardawi ada berkata " Ubahlah dirimu nescaya sejarah akan berubah."

 [http://blog.jurnalanas.web.id/2009/09/menulislah-menulislah-dengan-nama_28.html]
Apapun pilihannya, menulislah untuk memberi manfaat. Sekecil apapun itu. Walaupun untuk keluarga, teman, atau sahabat. Walau kelihatannya manfaat itu sangat sepele. Berikan manfaat saat kamu menulis, walau itu hanya sebesar butiran pasir.

Rasulullah pernah bersabda, “sampaikanlah dariku walau satu ayat.”
 
Salam hormat dari saya.


13 Response to "paradigmpandangan.blogspot.com"

  1. kusut says:

    'content is king'
    tu yg sepatutnya. tapi banyak blogger rasa content tu boleh copy paste, yg penting iklan tu berjuta. terpesong sungguh mereka itu. tapi macam tu la dunia.. ada yg berilmu dan amalkan, ade yg tak berilmu tapi cuba amalkan, ade yg berilmu tapi tak amalkan :D

    suri says:

    salam sahabat..

    selamat masuk ke maya blog sahabatku..

    terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog suri.
    jejek sahabat amatlah suri gargai terima kasih ats kesudian sahabat meninggalkkan jejak di blog cinta..ingat msh ada yang tak sudi heheee...

    setiap orang mempunyai cara dan tujuan tersendiri mgpa dia berblog.tak kisahlah apa cara mrka sekalipun yang penting cara kita berblog sendiri biarlah dari penyampaian ilmu yang baik Insyallah pasti akan ada org yang akan tertarik dgn blog kita kelak.

    Assalamu'alaikum...

    Ziarah disini..
    Alhamdulillah, sebesar peringatan bt saya..terima kasih byk2, mmg banyak kebenarannya dr apa yg tuan katakan..kena betulkan niat, biarlah utk tujuan yg betul, dan batas pergaulan haruslah dititik beratkan meskipn di alam maya..Insya'ALLAH, semoga sentiasa menjadi peringatan bt semua pembaca disini..
    syukran atas komen dan kunjungan dr tuan..

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum sahabat Kusut, sahabat Suri dan sahabat Aisyah Humaira.
    Terima kasih kehadiran sahabat berkongsi pendapat dan pandangan. Indahnya hidup kita adalah nasihat menasihati dan saling ingat mengingati antara satu sama lain.
    Sila berkunjung semula untuk berkongsi pandangan di teratak yang serba sederhana ini.
    Terima kasih.

    Acik Erna says:

    salam Admin P@P..terima kasih..sudi berkunjung keblog akak yang tiada apa2..hanya cerita biasa..

    Admin P@P says:

    Salam sahabat Kak Erna.
    Terima kasih.
    Bagi kak Erna hanya cerita biasa, tapi bagi pembaca ia mempunyai nilai untuk dipelajari.
    TQ

    Salam...
    Terima kasih kerana sudi ke laman La Tahzan XIIINAM.
    Selamat datang ke dunia blog....
    Saya sudah berblog sejak 2008...Alhamdulillah, nampaknya ramai juga yang sudi membaca coretan saya yang kekadang caca marba dan coretan-coretan tidak berjiwa.


    ....dan sehingga hari ini, saya belum pernah berjumpa mana-mana kenalan blog di luar maya. Kerana saya juga berpandangan seperti cikgu. Apa yang saya tulis di blog, setakat itu sajalah peribadi saya boleh dikenali, meski kekadang saya agak ekspose bercerita tentang diri.... E-mail, facebook atau apa-apa medium siber sosial memang saya tutup untuk bloger...Wallahualam.

    salam ziarah dan berkunjung kembali..trime kasih sudi berkunjung di blog saya..pada pandangan saya, ia bergantung kpd niat penulis blog itu samada dia menulis untuk popular atau ingin meluahkan idea dia kerana medium blog ini terlalu bebas sebebas burung di angkasa..trime kasih :-)

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam/Assalamualaikum sahabat ckLah dan sahabat Sahromnasrudin.
    Terima kasih atas ulasan dan pandangan balas.

    Semoga persahabatan yang terjalin dapat membawa kebaikan dan keredhaan Allah.

    Sahabat Sahromnasrudin, sememangnya nabi saw ada menyebut dalam hadis; (maksudnya) sesungguhnya sesuatu yang dilakukan itu adalah berdasarkan niatnya.

    Semoga niat kita sentiasa baik dan betul. TKasih kembali.

    Maiyah says:

    salam..
    perkongsian yg baik, trm ksh krn mngingatkan

    Unknown says:

    terima kasih sudi meninggalkan jejak di blog kakyong..

    kakyong sudah 2 tahun aktif berblog.. tak amik kesah sgt pasal SEO, tak suka copypaste kecuali utk perkara yg perlu diulas.. lebih suka menulis citer anak2 & hal sekitar kehidupan.. tiada yg luarbiasa... dpt juga berkenalan dgn kwn2 yg seangkatan, mainly ibu2...

    Admin P@P says:

    W'salam sahabat Maiyah.
    Terima kasih sudi tinggalkan jejak.
    TQ

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum sahabat Kak Yong.
    Terima kasih sudi menjengok blog yang kerdil, baru nak merangkak.
    Harap Kak Yong sudi membaca dan meninggalkan jejak yang seterusnya.
    TQ

Powered by Blogger