Berhenti di lampu. Merah



Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Mutakhir ini kita sering didedahkan dengan iklan baik di radio mahupun di TV,  berkaitan peri pentingnya berhenti di lampu merah. Iklan ini ditujukan kepada pengguna semua jenis kederaan  baik motosikal,  kereta atau bas. Bahkan ada juga iklan khas bagi pejalan kaki, agar berjalan bertentangan dengan arus lalu lintas, agar mereka dapat melihat kenderaan yang datang dari hadapan bagi mengelak kecelakaan dari berlaku.

Nak dijadikan cerita, suatu hari terjadi ‘perbahasan’ antara saya dan anak (tahun 2) ekoran dialog dalam iklan tersebut:

JANGAN JADI SEPERTI PENUNGGANG INI BERHENTI DI LAMPU MERAH ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Anak:  Abah, pelik betul iklan ni…  Adakah patut dia kata “ Jangan jadi macam penunggang tu, berhenti kat lampu merah.  Kan kah betul berhenti di lampu merah?

Saya:  Eh. Betullah tu. Dia kata jangan ikut penunggang itu. Kemudian dia kata: Berhenti di lampu merah.  Anda mampu mengubahnya…

Anak: Tapi dia kata jangan ikut penunggang itu, berhenti di lampu merah. Tak kan berhenti kat lampu hijau pula.


Perkongsian yang saya nak bawa kepada pembaca sekalian ialah berkaitan peri pentingnya menggunakan intonasi yang betul ketika menyampaikan maklumat. Biar nampak seperti ada ‘koma’ dan ‘noktah’nya, agar maksud atau ceritanya difahami secara lurus dan bukannya songsang. Iklan seperti ini bukan sahaja penting bagi orang dewasa, yang rasanya boleh faham apa yang disampaikan… tetapi juga kepada kanak-kanak, yang memahami sesuatu secara ‘lurus’ tanpa menggunakan ‘logik’nya.

Keadaan yang sama juga terjadi ketika pembaca berita menyampaikan berita di radio atau di TV, yang mana intonasi yang tidak tepat telah menyebabkan pendengar atau penonton keliru mengenai apa yang disampaikan.

JAGA INTONASI, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA !

12 Response to "Berhenti di lampu. Merah"

  1. Abd Razak says:

    Salam kitak...

    Pa kabar tek?

    Apa yang penting di sini ialah apabila mengeluarkan iklan seperti itu perlu diteliti dengan sebaik-baiknya agar ianya tidak mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

    Admin P@P says:

    Waalaikumussalam. Siahat ajak situk, gago sikit.

    Terima kasih berkongsi pandangan. Intonasi banyak memainkan peranan dalam komunikasi seharian.

    TQ

    salam..sy umpamakan hal ini seperti sehelai t-shirt putih yang dihamparkan kpd kita..ada sedikit calitan hitam di dada t-shirt itu..apabila ditanya kpd majoriti org, semua akan berkata " saya nampak calitan hitam di leher t-shirt itu"..amat jarang berkata " saya nampak t shirt putih di hadapan saya:..tuan huraikanlah apa maksudnya ya....

    Tidak betul tanda baca dan intonasi boleh membawa konotasi berbeza, ya cikgu!

    ..dan antara pekerjaan saya adalah membetulkan tanda baca serta wacana dalam ayat murid-murid.


    Untuk yang melanggar tatakarma bahasa dalam blog...tak mampu saya mengubahnya. Sudah menjadi buluh, melenturnya jadi payah.

    kalau berdiskusi dengan pakar bahasa memang mereka sensitif bahasa.

    kalau bercakap dengan bahagian sumber manusia di kilang IM, kataa mereka yang penting bukan bahsa tetapi isi yang nak disampaikan kepada pekerja.

    sebab itu papan kenyataan IM rojak bahasanya. maklumlah, pekerjanya ramai cina ,i ndia ,vietnam, bangla.

    dan mereka ini bukan sekolah tinggi mana pun...

    itulah dilemanya...

    ibuintan says:

    itulah besarnya pengaruh iklan

    Admin P@P says:

    Salam kembali saudara sahromnasrudin.
    Terima kasih perkongsian.
    Buat masa ini saya tak boleh nak memikirkan apa yang saudara kemukakan itu. Rasanya ia lebih kepada sikap kita yang suka memfokus kepada sesuatu yang jelik/kekurangan.

    Akan difikirkan semula, insyaAllah.
    TQ

    Admin P@P says:

    Salam ckLah.
    Terima kasih berkongsi ilmu dan pandangan.

    Kena fikirkan apa nak buat dengan buluh tu...

    TQ

    Admin P@P says:

    Salam IM.
    Terima kasih pandangan anda.
    Walaubagaimanapun, kena tanam dalam jiwa: cintakan bahasa kita...

    TQ

    Admin P@P says:

    Salam ibuintan.
    Terima kasih sempat singgah.

    TQ

    Salam ukhwah dan salam ziarah :)

    Sama gak macam (buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali), jadi berkali2 la buat jahat hu3

    Admin P@P says:

    Salam ukhwah. Terima kasih telah ziarah ke sini.

    Peribahasa tu kena pakar bahasa yang teliti semula...

    TQ

Powered by Blogger