Cuti Persekolahan



Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Selamat bercuti kepada pelajar kita di seluruh negara. Ada sekolah yang sudah bercuti seawal 17 November yang lepas, kerana sekolah berkenaan terlibat dalam peperiksaan awam iaitu SPM dan STPM. Kesempatan cuti sekolah bagi pelajar juga membawa tuah kepada para guru kerana mereka juga turut dibenarkan bercuti.

Tapi perlu diingat, bahawa para guru masih lagi boleh dipanggil untuk menjalankan tugas rasmi di sekolah atau luar pejabat, atas arahan pihak pentadbiran atau kementerian. 

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang mengambil kursus dalam cuti untuk menaiktaraf sijil akademik melalui PGSR, iaitu pensiswazahan guru sekolah yang berjalan di IPG seluruh negara. Kursus yang dijalankan pada setiap kali cuti persekolahan, berterusan selama 4 tahun ini merupakan pengorbanan para guru untuk memartabatkan profesion keguruan. KPM pernah mensasarkan 100% guru sekolah menengah dan 50% guru sekolah rendah memiliki ijazah pertama menjelang 2010, iaitu tahun ini. Selain PGSR, KPM juga menjalin kerjasama dengan OUM bagi tujuan yang sama.

Kesempatan bercuti panjang di penghujung tahun ini juga sudah semestinya akan digunakan oleh ibubapa, terutama yang bertugas sebagai guru, untuk merehatkan minda dan membawa keluarga ‘bercuti-cuti Malaysia’. Bagi yang bukan dari profesian keguruan, sudah tentu cuti yang dikumpul selama ini akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Selamat Bercuti. Berhati-hati ketika memandu, agar sampai ke destinasi dengan selamat.

Pakai talipinggang keledar. Pakai topi keledar. Berhenti di lampu merah. Perhati dan ikuti had kelajuan. Memandu di lorong yang betul. Sebelum itu, periksa dan selenggara kenderaan anda.

Sekian.

8 Response to "Cuti Persekolahan"

  1. Selamat bercuti buat yang bercuti...

    *Saya akan terlibat dengan tugas2 di bawah Lembaga Peperiksaan hingga hujung Disember..

    Unknown says:

    SALAM,
    AMAT MEMAHAMI TUGAS GURU KERANA PERNAH MENJADI GURU DI AWAL KERJAYA. BIASANYA BILA CUTI PERSEKOLAHAN BEGINI, GURU TIDAK BERCUTI SEPENUHNYA. KALAU TAK BERKURSUS, ADA SAHAJA TUGAS DI SEKOLAH YANG PERLU DISEMPURNAKAN. TETAPI TAK MENGAPA. TUGAS GURU CUKUP MULIA.
    SELAMAT BERCUTI

    Abd Razak says:

    Assalamualaikum...

    Pa kabar kitak tek? Harap kitak sihat.

    Selamat bercuti. Pegi siney tek cuti tok?

    ibuintan says:

    selamat bercuti,

    ada juga cadangan untuk cuti2 malaysia tapi kena tunggu sehingga anak habis SPM dulu

    SELAMAT BERCUTI CIKGU

    IMANSHAH says:

    Salam

    Selamat bercuti juga untuk anda

    Mohamad says:

    Selamat bercuti.. selepas 20.12 rasanya mauk juak jalan2 ke sarikin. Lamak sik ke sia..

    Admin P@P says:

    Assalamualaikum
    Terima kasih sahabat P@P yang sudi berkongsi pandangan dalam ruangan ini.

    Selamat bercuti bagi yang berkenaan.

    TQ

    salam

    Benar, cuti bukanlah hak tapi hanya keistimewaan yang boleh ditarik balik. Bila-bila guru boleh dipanggil bertugas.

    Pandangan yang mengatakan kerjaya guru banyak cuti sebenarnya adalah tidak tepat

Powered by Blogger