Bil 56/2011 Etika Berpakaian
Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.
Berpakaian adalah suatu rutin harian yang amat penting didalam kehidupan kita. Bahkan kita akan selalu pastikan bahawa pakaian yang kita ‘kenakan’ itu adalah yang terbaik selain daripada kebersihan yang menjadi kriteria utama. Sesetengah kita juga mungkin akan meletakkan harga yang mahal sebagai kriteria kenapa sesehelai pakaian itu digunakan. Semakin mahal, maka semakin tinggilah nilainya. Begitu juga semakin ‘berjenama’, maka semakin ‘kembang’ hidung dibuatnya.
Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang, apakah pakaian atau cara berpakaian, atau nilai pakaian yang kita gunakan itu selaras dengan etika berpakaian. Dan bila disebut etika berpakaian, ia merujuk kepada cara berpakaian yang di’benar’kan dalam sesebuah institusi atau organisasi semasa/ketika menjalankan tugas atau pada hari-hari berkerja. Dan sebagai seorang muslim maka wajarlah kita memilih pakaian yang beretika selaras dengan etika yang telah ditetapkan dalam al-Quran, baik lelaki mahu pun wanita, muda atau tua yang mukallaf (bukan muallaf), bila-bila masa dan di mana sahaja.
Menjadi ‘trend’ masa kini juga ialah berpakaian seperti ‘tak cukup kain’ atau ‘tak cukup benang’ atau pakaian yang telah lusuh dan berlubang, padahal pakaian tersebut baharu sahaja dibeli (first-hand, bukannya second-hand). Dan harganya pula boleh dikatagorikan sebagai mahal. Atau ada juga yang boleh dikatagorikan sebagai ‘menjolok mata’ atau ‘mencolok mata’. Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, menjolok mata ini didefinisikan sebagai ‘sangat jelas kelihatan’. Ia juga disebut sebagai memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya.
Nampaknya masih ramai yang tidak sedar bahawa berpakaian secara betul dan mengikut syarak adalah dituntut dalam Islam kerana ia mampu menghindarkan masyarakat dari terjerumus ke lembah hina/dosa. DALAM BAB BERPAKAIAN DENGAN ETIKA ISLAM, IA BUKAN SAHAJA PERLU DIIKUTI PARA MUSLIMAH, BAHKAN MUSLIM (LELAKI) JUGA. BAGAIMANA ANDA SEBAGAI KETUA KELUARGA MAHU MEMBENTUK KELUARGA YANG CENDERUNG KE ARAH JANNAH ALLAH, SEDANG ANDA SENDIRI TIDAK MENJAGA PAKAIAN (DAN AURAT)?
Maksud sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:
“Sesungguhnya di kalangan ahli neraka itu ialah wanita yang berpakaian tetapi telanjang, (sengaja) menarik perhatian dan menggoda (dengan perlakuan, cara berjalan dan tutur kata yang dibuat-buat), mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium baunya.”
“Sesungguhnya di kalangan ahli neraka itu ialah wanita yang berpakaian tetapi telanjang, (sengaja) menarik perhatian dan menggoda (dengan perlakuan, cara berjalan dan tutur kata yang dibuat-buat), mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium baunya.”
Kepada kita yang suka sangat mengikuti perkembangan fesyen terkini (yang nampak seperti balik semula ke zaman batu), sudah tentu akan berhujjah atas alasan hak peribadi dan akan secara semborono mengatakan ‘usah dijaga tepi kain orang lain’. Tetapi itulah yang Islam kehendaki, jaga tepi kain orang lain itu mencerminkan keperihatinan dan kasih sayang sesama muslim kerana kita tidak mahu ‘saudara’ kita di’lemparkan’ ke neraka kerana kesilapan yang dianggap kecil, dan kita tidak menegurnya...
Gambar dari ‘google’ yang dipaparkan di bawah hanya sebagai hiasan. Berani menjolok mata kerana mereka memang hebat dalam hal tersebut.
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
t
Assalamualaikum cikgu....
Etika yang digariskan oleh Islam itu, sudah cukup baik, kan cikgu. Lebih selesa dan rasa selamat....
Assalamu'alaikum Cikgu,
Banyak garispanduan telah Islam bagi untuk penganutnya. Cantik dan selamat.
Hehehe... gambar google itu dia nak jolok mata dia terpulang. Ada cerita dia di dalam 1000 cerita keajaiban dunia. Kakak ada bukunya cikgu...
Salam buat ckLah dan Kakzakie;
Terima kasih berkongsi pandangan dalam ruangan P&P.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan kebaikan untuk semua.
Pasti. Etika yang digariskan dalam agama, itulah yang terbaik.
TQ
salam..
bagusnya ada entri mcm ni..boleh kita nilai balik apa yg kita kenakan setiap hari..
ngeri tgk gambar tu..
hehe
selamat malam, salam ziarah..
cikgu ya? terima kasih atas entry yang bagus nie,
kadangkala kita anggap ianya sempurna, namun tidak pada pandangan orang lain
yang penting tutuplah aurat kita sebaiknya...
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
vespa naza
setiap orang memiliki kepribadian dan selera tersendiri. penampilan bagi setiap orang dirasakan penting, karena penampilan merupakan salah satu cermin kepribadian mereka. salah satu nya adalah cara mengenakan baju. tidak semua orang bisa mempadupadankan apa yang mereka gunakan. apalagi dengan terus berkembangnya zaman banyak menuntut kita untuk bergaya dengan terlihat serasi. tidak harus selalu mahal untuk terlihat cantik, gaya, dan trendy
pakaian mengikut garis islam dan cukup selesa buat kita...tak perlu yg mahal atau berjenama asalkan menutup aurat dan selesa sudah mencukupi
Assalamualaikum cikgu...
Moga cikgu sihat hendaknya..:)
Kalau sudah sempurna tudung dan pakaiannya harap kaum wanita tidak lupa untuk menutup kaki mereka dengan sarung kaki kerana kaki itu aurat. Tidak sempurna jadinya jika bahagian kaki itu terdedah dan tetap tertulis dosa padanya jika ianya boleh dipandang oleh yang orang yang tidak layak melihatnya.
Assalamualaikum,
Perkataan yang tepat dalam konteks ini ialah mencolok mata.
ermmmm...pakaian seperti itu membuatkan mata terbeliak....ataupun mata terus pejam!!!
Assalamu'alaikum wbt,
Bila ALLAH SWT menentukan wanita atau lelaki sekalipun menutup aurat, wajib dilakukan walaupun zaman dikatakan moden.
Sebenarnya peraturan ALLAH itu sesuai dengan sebarang zaman, apa juga asas kemajuan sesuatu zaman mestilah mengikut kehendak agama bukannya memaksa agama diubah bg menyesuaikan dgn zaman.
Wallahu'alam
terima kasih atas perkongsian ni
fii amaanillaah.
assalam..
aiyooo.. seram tgk pic hehe :D
Assalamualaikum rakan bloggers sekalian.
Terima kasih buat kalian yang telah sudi berkunjung serta melontarkan pandangan untuk perkongsian, sebagai peringatan bersama.
Apabila saya diperlihatkan oleh rakan kepada gambar 'menjolok mata' tersebut, maka saya mula berfikir bagaimana saya boleh kaitkannya dengan 'entry' atau 'posting' untuk perkongsian. Dengan sedikit rujukan dan pandangan sendiri maka 'terkarang'lah tajuk ini.
Semoga kita semua beroleh rahmah Ilahi.
TQ
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
jenis jenis kereta mpv
perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
jenis jenis kereta mpv
assalamualaikum. ikut shj cara berpakaian tuntutan agama. mudah dan 'selamat'...dunia & di akhirat. pentingkan pandangan Allah dr pandangan manusia....